4.1 - a 3 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN (VERSION 1)

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

OBJEKTIF PENGAJARAN:

OBJEKTIF PENGAJARAN Menerangkan konsep perniagaan. 2. Menjelaskan maksud keperluan. 3. Menjelaskan maksud kehendak. 4. Membezakan keperluan dengan kehendak. 5. Menyenaraikan kepentingan-kepentingan perniagaan. Selepas pengajaran ini, pelajar akan dapat; OBJEKTIF PENGAJARAN

KONSEP PERNIAGAAN:

KONSEP PERNIAGAAN PERNIAGAAN Kegiatan membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. 2. PENIAGA Seseorang yang melibatkan diri dalam kegiatan jual beli atau memberi perkhidmatan kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan keuntungan. NEXT KONSEP PERNIAGAAN

KEPERLUAN DAN KEHENDAK:

KEPERLUAN Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup. Terbahagi kepada dua iaitu keperluan asas dan keperluan lain. 2. KEHENDAK Keinginan terhadap barang mewah yang boleh menambahkan keselesaan dan meningkatkan status seseorang BACK KEPERLUAN DAN KEHENDAK KONSEP PERNIAGAAN CONTOH CONTOH

KEPERLUAN ASAS:

KEPERLUAN ASAS CONTOH-CONTOH BARANG KEPERLUAN ASAS: Makanan pakaian Tempat perlindungan / Tempat Tinggal NEXT

KEPERLUAN LAIN:

KEPERLUAN LAIN CONTOH-CONTOH BARANG KEPERLUAN LAIN: Pendidikan Agama Kesihatan Keselamatan

KEHENDAK:

KEHENDAK CONTOH-CONTOH BARANG KEHENDAK:

KEPENTINGAN PERNIAGAAN:

KEPENTINGAN PERNIAGAAN KEPENTINGAN PERNIAGAAN TINGKATKAN TARAF HIDUP MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN ERATKAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

PERKEMBANGAN (SISTEM SARA DIRI):

PERKEMBANGAN PERNIAGAAN MASA DAHULU SAMPAI SEKARANG SISTEM SARA DIRI Mendapatkan keperluan melalui usaha sendiri dan keluarga. SISTEM BARTER Manusia mula mengkhusus dalam sesuatu pekerjaan.Situasi ini membawa kepada kecekapan dalam pengeluaran. Barangan yang berlebihan kemudiannya ditukar antara mereka dan aktiviti ini dikenali sebagai “sistem barter”. 1 2 3 4 PERKEMBANGAN (SISTEM SARA DIRI) 5 CONTOH 6

CONTOH SISTEM SARA DIRI :

CONTOH SISTEM SARA DIRI CONTOH-CONTOH SISTEM SARA DIRI: Memburu Menangkap ikan Bercucuk Tanam

SISTEM WANG:

SISTEM WANG MASALAH SISTEM BARTER i. Kemahuan tidak serentak ii. Barang sukar dibawa iii. Barang tidak tahan lama iv. Barang sukar dibahagikan v. Kadar pertukaran sukar dipastikan 3. SISTEM WANG Wang adalah alat perantaraan pertukaran barangan atau perkhidmatan. Zaman dahulu: kulit siput, karang laut, kulit binatang, manik,dan gading gajah. Penciptaan wang kertas dan duit syiling. 1 2 3 4 5 6

CIRI-CIRI WANG:

CIRI-CIRI WANG CIRI-CIRI WANG YANG BAIK a. Diterima umum b. Tahan lama c. Mudah dibawa d. Mudah dibahagikan dalam unit-unit kecil e. Nilai yang stabil f. Mudah disimpan g. Mudah dikenali h. Serupa dan mempunyai bentuk piawai j. Sukar didapati dan tidak mudah ditiru 1 2 3 4 5 6

CONTOH ALAT PEMBAYARAN:

CONTOH ALAT PEMBAYARAN CONTOH-CONTOH ALAT PEMBAYARAN MASA KINI : WANG TUNAI KAD KREDIT KAD PRABAYAR KAD PINTAR CEK PEMBAYARAN ELEKTRONIK 1 2 3 4 5 6

WANG TUNAI:

WANG TUNAI Duit Kertas Duit Syiling

KAD KREDIT:

KAD KREDIT Kemudahan kredit Pembeli membeli barang pakai tanpa menggunakan wang tunai. Barangan tersebut akan dibayar oleh syarikat kad kredit. Pembeli akan membuat pembayaran secara ansuran mahupun sekaligus. Selamat dari kecurian atau kehilangan wang tunai.

CEK:

CEK CEK Perintah bertulis tanpa syarat oleh pemegang akaun semasa kepada bank untuk bayar sejumlah wang tertentu kepada penerima apabila dituntut.

KAD PRABAYAR:

KAD PRABAYAR KTM Komuter Tol KAD PRABAYAR Membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum menggunakan barang atau perkhidmatan. Setiap kali kad digunakan, nilai jumlah akan dipotong.

KAD PINTAR:

KAD PINTAR KAD PINTAR Kad yang mempunyai kepelbagaian fungsi Kad ATM e-purse e-debit

PEMBAYARAN ELEKTRONIK:

PEMBAYARAN ELEKTRONIK PEMBAYARAN ELEKTRONIK Dibuat melalui rangkaian internet Pembayaran dalam bentuk pendahan elektronik atau kad kredit.

CARA JUALAN MASA KINI:

CARA JUALAN MASA KINI 1 2 3 4 5 MESIN PERUNCITAN AUTOMATIK PRABAYAR PESANAN MEL CARA JUALAN MASA KINI : SEWA BELI TUNAI SISTEM BARTER BERASASKAN WANG JUALAN KREDIT INTERNET 6

JUALAN TUNAI:

JUALAN TUNAI JUALAN TUNAI Urusniaga yang dijalankan menggunakan wang tunai. Melibatkan nilai yang kecil dan kuantiti yang sedikit. Mengatasi masalah hutang lapuk.

SISTEM BARTER (WANG):

SISTEM BARTER (WANG) SISTEM BARTER BERASASKAN WANG Urusniaga yang melibatkan pertukaran antara dua pihak. Tidak melibatkan wang tetapi dinilai dengan wang dan mengikut syarat-syarat dalam perjanjian perdagangan. Contoh: Malaysia (Balak) bernilai RM10,000 dan Thailand (Beras) bernilai RM10,000.

JUALAN KREDIT:

JUALAN KREDIT JUALAN KREDIT Urusniaga yang membenarkan pembeli membeli barang atau perkhidmatan dengan menangguhkan bayaran kepada tempoh tertentu.

SEWA BELI:

SEWA BELI SEWA BELI Urusniaga ini membolehkan pembeli membuat ansuran tetap bagi barang yang dibeli sehingga harga barang selesai dijelaskan Contoh: kereta dan rumah

JUALAN PRABAYAR:

JUALAN PRABAYAR JUALAN PRABAYAR Urusniaga ini memerlukan pembeli membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan. Contoh: perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan lebuh raya.

PESANAN MEL:

PESANAN MEL PESANAN MEL Urusniaga melibatkan penjualan melalui perkhidmatan pos. Pembeli akan menghantar borang pesanan beserta kiriman wang yang secukupnya. Barang akan dihantar melalui pos.

MESIN PERUNCIT AUTOMATIK:

MESIN PERUNCIT AUTOMATIK MESIN PERUNCIT AUTOMATIK Urusniaga yang melibatkan penjualan barangan melalui mesin. Perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam mesin untuk mendapatkan barangan tersebut. Contoh: Mesin Air R.O.

INTERNET:

INTERNET INTERNET Urusniaga ini memerlukan pembeli melayari internet untuk mendapatkan barangan. Pesanan dan bayaran dilakukan melalui rangkaian internet

PERBEZAAN DAHULU DAN SEKARANG:

PERBEZAAN DAHULU DAN SEKARANG DAHULU Pertukaran barang dengan barang. Kemahuan mesti serentak antara penjual dan pembeli. Perniagaan memerlukan masa yang lama untul diselesaikan. Nilai barang sukar ditentukan. Barangan sukar dibawa dan tidak tahan lama. SEKARANG Menggunakan wang sebagai alat pertukaran Pelbagai cara seperti email, internet, dan sms. Urusniaga cepat dan berkesan Barang dan perkhidmatan Dinilai dalam sebutan harga. Barang bertukar tangan dengan cepat PERBEZAAN PERNIAGAAN ZAMAN DAHULU DAN SEKARANG 1 2 3 4 5 6

PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG:

PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG PERNIAGAAN AKAN DATANG DI MALAYSIA Lebih Cepat Dan Tepat Lebih Memudahkan Pelanggan Kaedah Pembayaran Lebih Mudah Syarat-syarat Yang Longgar

BENTUK PERNIAGAAN:

BENTUK PERNIAGAAN BENTUK PERNIAGAAN BARANG PERKHIDMATAN CONTOH JENIS

PERNIAGAAN BARANG:

PERNIAGAAN BARANG BENTUK PERNIAGAAN BARANG Perniagaan barang hanya melibatkan aktiviti menjual dan membeli barang siap. Barang siap adalah barang yang boleh terus digunakan oleh pembeli. Barang siap yang dijual meliputi berbagai-bagai barang yang menjadi keperluan dan kehendak pelanggan.

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN:

PERNIAGAAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN Perniagaan perkhidmatan tidak menjual barang. Perniagaan ini menggunakan tenaga dan kepakaran sebagai asas perniagaan. Pengguna memerlukan khidmat tenaga dan kepakaran orang lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam hidup. CONTOH JENIS-JENIS PERNIAGAAN PERKHIDMATAN: PERKHIDMATAN AGIHAN PERKHIDMATAN NASIHAT PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN PERKHIDMATAN AM

PERKHIDMATAN AGIHAN:

PERKHIDMATAN AGIHAN PERKHIDMATAN AGIHAN

PERKHIDMATAN NASIHAT:

PERKHIDMATAN NASIHAT PERKHIDMATAN KHIDMAT NASIHAT

PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN:

PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN

PERKHIDMATAN KEWANGAN:

PERKHIDMATAN KEWANGAN PERKHIDMATAN KEWANGAN

PERKHIDMATAN AM:

PERKHIDMATAN AM PERKHIDMATAN AM

JENIS PERNIAGAAN:

JENIS PERNIAGAAN JENIS PERNIAGAAN DALAM NEGERI LUAR NEGERI RUNCIT BORONG PERBEZAAN EKSPORT IMPORT ENTERPORT

PERNIAGAAN RUNCIT:

PERNIAGAAN RUNCIT PERNIAGAAN RUNCIT Terbahagi kepada 2 iaitu: i. Perniagaan runcit kecil-kecilan ii. Perniagaan runcit besar-besaran Perniagaan runcit kecil-kecilan pula terdiri daripada: i. Perniagaan runcit kecil-kecilan tanpa kedai ii. Perniagaan runcit berkedai TANPA KEDAI BERKEDAI NEXT PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN

PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN:

PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN Modal memulakan perniagaan adalah besar Pengurusan dan pentadbiran di jalankan oleh lembaga Pengarah atau menggajikan tenaga professional. Harga barangan adalah tetap Kaedah jualan pelbagai Dibahagikan kepada:- Pasaraya Kedai serbaneka / aneka jabatan Kedai sejaras Kompleks membeli belah francais 1 2 3 4 PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN

PASARAYA:

PASARAYA PASARAYA Menjual barang beraneka jenis. Di tubuhakan secara syarikat sdn berhad atau syarikat berhad. Mendapat bekalan dengan membeli secara pukal dari pengeluar. Di jual secara tunai dan harga tetap. 1 2 3 4

KEDAI SEJARAS:

KEDAI SEJARAS KEDAI SEJARAS Mempunyai cawangan di beberapa tempat. Setiap cawangan mempunyai ciri-ciri pengenalan yang sama. Urusan perniagaan dan bekalan barang di kawal oleh ibu pejabat. 1 2 3 4

KEDAI SERBANEKA & FRANCAIS:

KEDAI SERBANEKA & FRANCAIS KEDAI SERBANEKA Kedai besar dan menjual barang yang pelbagai jenis. Pengurusan mengikut jabatan. Menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan. FRANCAIS Perniagaan di mana syarikat induk memberi hak kebenaran kepada peniaga lain menjalankan perniagaan bagi pihaknya. Francaisi perlu membayar royalti dan yuran kerana menggunakan jenama dan identitinya 1 2 3 4

RUNCIT TANPA KEDAI:

RUNCIT TANPA KEDAI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN TANPA KEDAI Tidak mempunyai lokasi perniagaan tetap. Peniaga bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Barang mudah di bawa dan bersaiz kecil. Berniaga di tempat tumpuan ramai.

RUNCIT BERKEDAI:

jenis perniagaan ini ialah:- Kedai barang runcit Kedai khas Kedai perkhidmatan Kedai makanan RUNCIT BERKEDAI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN BERKEDAI Mempunyai satu tempat khas tetap untuk berniaga. Pelanggan terdiri dari penduduk berhampiran. Mendapat bekalan dari pemborong. Menjual secara tunai. Diurus sendiri. Menyediakan khidmat selepas jualan.

PERNIAGAAN BARANG:

PERNIAGAAN BARANG PERNIAGAAN BORONG Urusniaga membeli barang secara pukal daripada pengilang atau pengeluar dan menjual semula secara runcit Memerlukan modal yang besar Menyediakan kemudahan pergudangan dan pengangkutan Jenis-jenis pemborong di bahagikan kepada:- Pemborong hasil pertanian Pemborong bahan mentah Pemborong import eksport Pemborong am Pemborong ejen Pemborong pengilang

PERNIAGAAN ANTARABANGSA:

PERNIAGAAN ANTARABANGSA Mengeksport dan mengimport antara satu Negara ke Negara lain Berlaku kerana perbezaan kecekapan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan IMPORT – Membeli EKSPORT – Menjual Terbahagi kepada perdagangan secara nyata dan tidak nyata. NYATA (BARANG)- Beras, Getah, Kelapa Sawit, Petroleum, kereta TIDAK NYATA (PERKHIDMATAN- Telekomunikasi, pelancongan, Insuran, Pendidikan. PERNIAGAAN ANTARABANGSA 1 2 3 5 4 6

IMPORT:

IMPORT IMPORT Aktiviti membeli barang dan perkhidmatan dari negara lain IMPORT NYATA ( BARANG-BARANG ) Barang pengguna Barang pelaburan Barang perantaraan Barang import untuk dieksport semula IMPORT TAK NYATA ( PERKHIDMATAN ) Pengangkutan dan insurans Perjalanan / pelancongan Pelaburan Perkhidmatan lain 1 2 3 5 4 6

EKSPORT:

EKSPORT EKSPORT Aktiviti menjual barang dan perkhidmatan ke negara lain. Terbahagi kepada: EKSPORT NYATA ( BARANG-BARANG) barang pertanian Barang galian Barang perkilangan EKSPORT TAK NYATA ( PERKHIDMATAN ) pengangkutan dan insurans Perjalanan / pelancongan Pelaburan Perkhidmatan lain 1 2 3 5 4 6

CONTOH :

CONTOH Getah Bulu biri_biri Diimport – makanan (segar atau diproses), alat-alat jentera, kereta dan alat-alat binaan Dieksport – Hasil keluaran kayu, getah, kelapa sawit dan petroleum. CONTOH 1 2 3 5 4 6

AKTIVITI EKSPORT IMPORT:

AKTIVITI EKSPORT IMPORT Antara aktiviti yang terlibat dalam kegiatan eksport import adalah seperti berikut: Mendapatkan pasaran Pengawalan mutu dan bungkusan Ruang dalam alat pengangkutan Mengangkut barang-barang Menyediakan dokumen-dokumen Menguruskan prosedur kastam AKTIVIT EKSPORT DAN IMPORT 1 2 3 5 4 6

KEPENTINGAN EKSPORT IMPORT:

KEPENTINGAN EKSPORT IMPORT Tambah pendapatan Tukaran mata wang asing Memperluaskan pilihan pengguna dan pasaran keluaran industri Pertukaran pengetahuan dan teknologi Penuhi keperluan dan kehendak pengguna Atasi masalah kekurangan sumber alam semulajadi Meningkatkan taraf hidup rakyat Meningkatkan persefahaman dan kerjasama KENAPA PERLU EKSPORT DAN IMPORT: 1 2 3 5 4 6

ENTERPORT:

ENTERPORT ENTERPORT perniagaan antara negara dengan negara lain secara tidak langsung terdapat sebuah negara lain sebagai pengantara atau penghubung Negara penghubung Singapura Korea Selatan Malaysia Indonesia Filipina Negara pengeksport Eksport Eksport Agihan Negara pengimport

PERBEZAAN PERNIGAAN:

PERBEZAAN PERNIGAAN Perniagaan dalam Negeri Aspek Perniagaan Antarabangsa RM (Ringgit Malaysia) Mata wang Dolar Amerika Syarikat, Baht Thai dan Yen jepun. Rendah Kos Lebih Tinggi Terhad Pasaran Meluas Mudah Dokumen Rumit Tiada Sekatan Duti Kastam, Kuota dan Tarif Tiada masalah (bahasa yang sama digunakan) Bahasa Pelbagai bahasa Tiada masalah (kebudayaan yang Sama) Kebudayaan Kebudayaan, cara hidup dan Agama yang berbeza Dalam Sempadan Sempadan Diluar Sempadan Johor - Kedah Contoh Malaysia - Jepun PERBEZAAN ANTARA PERNIAGAAN DALAM NEGERI DAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

MILIKAN PERNIAGAAN:

MILIKAN PERNIAGAAN MILIKAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL KOPERASI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD PERKONGSIAN SYARIKAT AWAM BERHAD

MILIKAN TUNGGAL:

MILIKAN TUNGGAL Milikan Tunggal Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu. Ciri-ciri milikan tunggal : a) Milikan Seorang individu secara bersendirian b) Modal Simpanan sendiri, pinjaman daripada Saudara mara dan institusi kewangan c) Pengurusan Dilakukan sendiri oleh pemilik dan ahli keluarga NEXT

MILIKAN TUNGGAL 1:

MILIKAN TUNGGAL 1 d) Pembentukan perniagaan Didaftar dengan pendaftar perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mesti mendapat Lesen perniagaan dari majlis tempatan Liabiliti Pemilik perlu menangung liabiliti tidak terhad Agihan untung Keseluruhan keuntungan dimiliki oleh pemilik dan begitu juga dengan kerugian g) Cukai Tertakluk pada cukai pendapatan perseorangan Contoh : Kedai runcit Siti, John Enterprise, Restoran Juara

PERKONGSIAN:

PERKONGSIAN Perkongsian Jenis rakan kongsi - Rakan kongsi biasa - Rakan kongsi berhad Rakan kongsi biasa dibahagikan kepada tiga jenis : - Rakan kongsi aktif - Rakan Kongsi lelap - Rakan kongsi namaan (nominal) NEXT

PERKONGSIAN 1:

PERKONGSIAN 1 Ciri-ciri perniagaan perkongsian : a) Milikan Dimiliki ahli perkongsian, 2 -20 orang. b) Modal Disumbangkan ahli kongsi mengikut persetujuan ikatan kongsi. c) Pengurusan Diuruskan oleh salah seorang rakan kongsi aktif dan ia dibayar gaji. d) Pembentukan perniagaan Perlu didaftarkan dengan pendaftar perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia NEXT

PERKONGSIAN 2:

PERKONGSIAN 2 Liabiliti liabiliti tidak terhad kecuali rakan kongsi berhad f) Agihan untung mengikut syarat perjanjanjian perkongsian g) Cukai Tidak dikenakan cukai perniagaan tetapi Cukai pendapatan perseorangan yang Rendah kadarnya Contoh : Peter & Associates Chartered, Nasrun & partners penguambela Kelebihan - Modal lebih banyak - Kongsi kepakaran - Mudah dibentuk Kelemahan - Liabiliti tidak terhad - Kemungkinan pertelingkahan - Tindakan seorang melibatkansemua

SENDIRIAN BERHAD:

SENDIRIAN BERHAD Syarikat sendirian berhad Terdiri daripada 2-50 orang pemegang saham. Nama syarikat mempunyai perkataan ‘sendirian’ Atau ‘sdn’. Saham tidak dijual kepada orang ramai, cuma dijual kepada sekumpulan orang kenalan. Tidak menjual saham dipasaran terbuka. Ciri-ciri syarikat sendirian berhad : a ) Milikan Dimiliki oleh pemegang saham 2-50 orang pemegang saham b) Modal Dikumpul melalui penjualan saham c) Pengurusan Diurus dan dikawal oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham. NEXT

SENDIRIAN BERHAD 1:

SENDIRIAN BERHAD 1 d) Pembentukan perniagaan Perlu didaftarkan dengan pendaftar syarikat, Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia, tertakluk pada Akta Syarikat Berhad 1965. e) Liabiliti Liabiliti pemegang saham terhad pada jumlah modal yang disumbangkan. f) Agihan untung Diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen. g) Cukai Cukai pada kadar 28% daripada keuntungan boleh cukai syarikat. Kebaikan - Hal ehwal syarikat dirahsiakan. - Liabiliti terhad - Modal besar Kelemahan Sukar ditubuhkan Beban cukai yang berat Tawaran da.n pindah milik saham terhad.

AWAM BERHAD:

AWAM BERHAD Syarikat awam berhad Bilangan pemegang saham minimum 2 orang maksimum tidak terhad. Saham boleh dijual beli dipasaran saham. Akaun tahunan mesti diumumkan kepada orang ramai. Ciri-ciri syarikat awam berhad : a) Milikan Dimiliki oleh pemegang saham b) Modal Dikumpul melalui penjualan saham kepada orang ramai c) Pengurusan Diurus dan dikal oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham NEXT

AWAM BERHAD 1:

AWAM BERHAD 1 d) Pembentukan perniagaan Perlu didaftar dengan pendaftar syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia. e) Liabiliti Terhad kepada jumlah sumbanganpemegang saham f) Agihan untung Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen g) Cukai Kadar 28% pada keuntungan boleh cukai Kebaikan - Mudah mendapatkan modal - Liabiliti terhad Kelemahan - Pengurusan lebih rumit - Hal ehwal syarikat terdedah - Pembentukan perniagaan rumit

KOPERASI:

KOPERASI Koperasi Sebuah perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna untuk menjaga kepentingan dan kebajikan bersama. Jumlah pelaburan ahli tidak melebihi 20% daripada jumlah modal koperasi tersebut. Semua jumlah ahli berhak mengundi tanpa mengira jumlah modal yang disumbangkan. Ciri-ciri koperasi : a) Milikan Dimiliki oleh pemeagang saham. b) Modal Dikumpul melalui penjualan saham kepada orang ramai. c) Pengurusan Diurus dan dikawal oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham. NEXT

KOPERASI 1:

KOPERASI 1 d ) Pembentukan perniagaan Perlu didaftarkan dengan pendaftar koperasi, Jabatan Pembangunan Koperasi. e) Liabiliti Terhad pada jumlah modal yang disumbangkan. f) Agihan untung Diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen. g) Cukai Dikecuali daripada membayar cukai jika berurusan dengan ahlinya sahaja. Kelebihan - Menjaga kebajikan ahli - Setiap ahli berat mengundi - Liabiliti terhad Kelemahan - Perniagaan sukar dibubarkan - Kurang kebolehan dan pengalaman - Modal perniagaan bergantung pada saham ahli

FATOR PERNIAGAAN:

FATOR PERNIAGAAN Perniagaan Pesaing Pengusaha Pembekal Pekerja Pelanggan Keadaan Ekonomi Teknologi Peraturan & Undang - Undang

PERATURAN:

PERATURAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Digubal oleh kerajaan demi melindungi semua pihak yang terlibat dalam perniagaan. Seandainya penubuhan sesuatu perniagaan harus melalui peraturan dan undang – undang yang terlalu ketat dan rumit, maka ia akan menyebabkan aktiviti perniagaan berkurangan. Sebaliknya, peraturan dan undang – undang penubuhan mudah dan longgar, maka aktiviti perniagaan akan bertambah. Penguatkuasaan undang – undang amat mempengaruhiaktiviti perniagaan. Tindakan penindasan pengguna yang tidak dikawal oleh kerajaan juga boleh mengakibatkan aktiviti perniagaan tidak akan berkembang.

PESAING:

PESAING PESAING Pesaing merupakan orang atau perniagaan lain yang menandingi dengan sesuatu perniagaan. Aspek – aspek persaingan adalah seperti jenis keluaran, kualiti keluaran dan cara promosi. Pasaran yang mempunyai banyak syarikat mengakibatkan persaingan hebat. Sekaligus menyebabkan aktiviti perniagaan meningkat kerana pengguna mempunyai pelbagai pilihan. Persaingan dapat menghasilkan barang dan perkhidmayang berkualiti tinggi.

PEMBEKAL:

PEMBEKAL PEMBEKAL Pembekal ? Orang yang membekalkan barangan kepada peniaga lain atau pengguna. Peranan pembekal penting dalam mempengaruhi perniagaan. Sekiranya pembekal membekalkan barangan yang tidak berkualiti kepada penjual, maka akan menjejaskan jualan. Harga yang tinggi dikenakan oleh pembekal kepada para peniaga juga akan mengakibatkan aktiviti perniagaan turut terjejas.

PEKERJA:

PEKERJA PEKERJA Pekerja ? - Tenaga manusia yang menyumbangkan tenaga mental dan tenaga fizikal dalam kegiatan perniagaan. Pekerja yang bermotivasi, kreatif dan inovatif akan menyebabkan pengeluaran bertambah dan seterusnya menambahkan hasil jualan. Syarikat harus memberi galakan dan insentif kepada pekerja untuk meningkatkan aktiviti perniagaan.

PENGUSAHA:

PENGUSAHA PENGUSAHA Merupakan individu yang mengelola dan menguruskan perniagan. Menyediakan modal, tapak perniagaan dan mendapatkan pekerja. Menentukan bagaimana faktor – faktor pengeluaran dapat digunakan untuk mendapatkan pengeluaran yang maksimum. Harus peka dengan kedudukan kewangan dan juga harus bijak menguruskan stok, pekerja dan masa dengan cekap. Pengusaha menjadi nadi penggerak dan faktor penting dalam proses perniagaan.

PELANGGAN:

PELANGGAN PELANGGAN Dikenali sebagai pengguna. Faktor utama yang mempengaruhi perniagaan. Seandainya pelanggan tidak membeli barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga, maka semestinya jualan perniagaan akan jatuh. Strategi promosi harus dilancarkan untuk menarik pelanggan. Penawaran barangan yang berkualiti, harga berpatutan dan layanan yang baik juga menarik pelanggan.

TEKNOLOGI:

TEKNOLOGI TEKNOLOGI Perubahan dan perkembangan teknologi telahmewujudkan peluang perniagaan. Kemajuan dalam bidang telekomunikasi, sains, perubatan dan lain- laintelah membuka peluang kepada usahawan untuk mengeluarkan barang – barang dan perkhidmatan baru. Penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi dapat menjimatkan kos pengeluaran, masa dan meningkatkan kualiti sesuatu keluaran.

KEADAAN EKONOMI:

KEADAAN EKONOMI KEADAAN EKONOMI Merujuk kepada alam perniagaan secara keseluruhan. Keadaan ekonomi akan mempengaruhi aktiviti perniagaan sama ada mengembang atau mengecut. Keadaan ekonomi sesebuah negara yang kuat dan stabil iaitu tidak berlaku inflasi dan kadar pengangguran adalah rendah akan menyebabkan aktiviti perniagaan berjalan . Ekonomi yang lembap ( cth:1997 ) telah menyebabkan aktiviti perniagaan menjadi lembap. Keadaan ekonomi yang tidak berkembang dan kadar pengangguran yang tinggi menyebabkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan semakin berkurangan.

authorStream Live Help