BAB 5 ASAS GRAFIK

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Kumpulan 5 :

BAB 5 : ASAS GRAFIK 1.PRINSIP-PRINSIP GRAFIK 2.REKA BENTUK VISUAL PERALATAN PENGHASILAN GRAFIK Kumpulan 5 IPG KAMPUS KENINGAU TUTORIAL BERSAMA SIR AGUSTINE PALIKAT http://notappismpsejarah.blogspot.com/

Pengenalan Asas Grafik:

APAKAH ITU GRAFIK? • Kombinasi gambar , lakaran , lukisan , huruf , angka , lambang , perkataan atau citra yang menjadi satu media pengajaran untuk memberi dan menterjemahkan konsep atau idea • Suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej Pengenalan Asas Grafik

Slide3:

Definisi Grafik Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual.   Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.  Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “ graphikos ” bererti lukisan . Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan . Grafik ialah kombinasi gambar-gambar , lambang-lambang , simbol-simbol , huruf , angka , perkataan , lukisan , lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses penyampaian maklumat .

1.Prinsip Grafik:

Kejayaan sesuatu media pengajaran bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan .  Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggunaan pelbagai jenis teknik Penghasilan grafik tertentu . Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta , graf , gambarajah , poster,kartun , Lutsinar dan lain-lain media pengajaran . 1.Prinsip Grafik

2.Reka bentuk visual:

-  Visual : Sesuatu yang boleh diperhatikan   - Alat komunikasi yang lebih konkrit Visual ( Realistik @ Kurang realistik ) Fotografik   Elektronik Grafik 2.Reka bentuk visual

Video 1:

Video 1

Ciri-ciri visual yang baik:

Mudah dan jelas Mesej dapat ditafsir Mendorong interaksi yang aktif Membantu memfokuskan perhatian Ciri-ciri visual yang baik

Elemen Reka Bentuk Visual:

1 .         Ruang / space 2.         Garis 3.         Permukaan 4.         Bentuk tiga dimensi 5.         Bentuk dua dimensi Elemen Reka Bentuk Visual

Ruang /space:

Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemen-elemen visual yang dipaparkan , serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang .  Ruang kosong yang ditinggalkan di sekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati . Ruang / space

Slide11:

Garisan Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan tertentu . Permukaan Permukaan boleh diubah dan diolah dengan   memberi warna dan tekstur . Garis dan tekstur boleh memberi kesan yang berbeza kepada visual. Boleh diolah untuk menjadikan visual lebih menarik .

Slide12:

Bentuk Dua Dimensi /  shape Setiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak . Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain .

Slide13:

Contoh Bahan 2 dimensi adalah yang dilukis atau dicetak di atas permukaan rata atau kertas : 1.   Gambar                     5.   Grafik 2.   Carta                         6.   Peta 3.   Graf                          7.  Poster 4.   Kad Imbasan             8.   Kad Gambar

Slide14:

Bentuk Tiga Dimensi/ form Mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. 

Video 2:

Video 2 Video 3

Prinsip Reka Bentuk Visual yang mengandungi 6 prinsip dalam reka bentuk visual supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan iaitu C.A.S.P.E.R. :

C - Contrast ( kontras ) 2 item tidak serupa , maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara . Ideanya adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama . Kontras ada kaitan dengan imej , warna dan tipografi . Prinsip Reka Bentuk Visual  yang mengandungi 6 prinsip dalam reka bentuk visual supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan iaitu   C.A.S.P.E.R.

Slide17:

A - Alignment ( Seimbang ) Elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk . 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan . S - Simplicity ( Simplisiti ) Rekaan    haruslah    memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas . Mengandungi sedikit elemen kerana mudah dilihat .  Hadkan 15 atau 20 patah perkataan dalam satu visual tayangan . Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan .

Slide18:

P - Proximity ( Penyatuan ) Perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan . Diperolehi dengan menggunakan anak panah , kotak , garisan , bentuk-bentuk tertentu , warna dan sebagainya . E - Emphasis ( Dominan ) Pusat penumpuan atau minat . Dalam sesuatu rekaan visual, objek    atau item  utama    mestilah   ditonjolkan   agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya . R - Repetition Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu

Prinsip Reka Bentuk Visual:

1 .      Mudah 2.      Dominan 3.      Pola 4.      Seimbang 5.      Variasi 6.      Harmoni Prinsip Reka Bentuk Visual

Mudah / simplicity:

Hadkan jumlah perkataan yang ditayangkan kepada 15-20 patah perkataan sahaja dalam sesuatu visual tayangan.   Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar . 1.      Lukisan hendaklah jelas dan terang.  Garisan luar ( outline)  hendaklah dibuat dengan garisan tebal.  Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan. 2.      Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca Mudah  / simplicity

Dominan:

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian . Gunakan warna , huruf tertentu , saiz , ruang untuk menegaskan idea tersebut Dominan

Pola:

Pola atau corak merupakan sususnan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Antara tujuanya ialah menarik perhatian. Ia menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. Ia juga mengekalkan penglihatan mata sehingga kepada titik akhir visual. Pola

Seimbang:

Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah .  Perimbangan merupakan susun atur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang . Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan tidak formal Seimbang

Variasi:

Elemen-elemen yang menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak . Variasi dapat menyokong pola bagi menambahkan minat terhadap visual . Harmoni Dapat menteteramkan jiwa dan perasaan . Variasi

3.Peralatan Penghasilan Grafik:

Ramai berpendapat , peralatan asas bagi pereka bentuk grafik ialah ; 1. Akal ( kreativiti ) 2. Mata 3. Tangan , 4. Alat-alat tradisional ( seperti pensel atau dakwat ), dan 5. Komputer . Pada pertengahan tahun 1980, kedatangan penerbitan desktop publishing serta pengenalan sejumlah aplikasi grafik telah melahirkan generasi pereka bentuk grafik yang mahir memanipulasikan imej dengan komputer dan imej itu kelihatan seperti imej fotografi atau objek video yang sebenarnya . 3.Peralatan Penghasilan Grafik

Slide26:

Pada masa kini pereka grafik hanya memerlukan ; 1. Sebuah komputer 2. Pengimbas 3. Kamera digital atau camcorder digital 4. Pencetak Perisian grafik juga kini terdapat dengan banyaknya di pasaran dan boleh dipilih sesuai dengan keserasian anda sebagai pengguna .   Bagaimanapun , alat yang paling penting dan paling diperlukan dalam mencipta reka bentuk grafik ialah AKAL . Fikiran yang kritis , pemerhatian , kuantitatif dan analitis juga diperlukan untuk merancang dan meralisasikan idea tersebut .

Prinsip penghasilan grafik:

1.      Perancangan 2.      Penyediaan ilustrasi 3.      Warna 4.      Huruf 5.      Persembahan Prinsip penghasilan grafik

Perancangan:

Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan , satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai . Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip reka bentuk . Perancangan

Penyediaan ilustrasi:

Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan: a.      Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis. b.      Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran. c.      Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem,           video) bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran (poster, lukisan) Penyediaan ilustrasi

Warna:

1.   Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek . 2.   Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu .  Walaupun begitu , penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya . 3.   Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.  Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik . Warna

Panduan am mewarna:

1.   Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan. 2.   Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokromik, warna, berhampiran atau warna penggenap. 3.   Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami. 4.   Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. 5.   Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna latar.  Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning. Panduan am mewarna

Skema warna:

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna Skema warna

Slide33:

1.    Skim warna monokronomik  Warna monokromik berharmoni adalah sangat popular.  Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua.  Cthnya: warna ungu muda hingga warna ungu tua. 2.    Skim warna berhampiran Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada waran-warna yang berhampiran dalam carta warna. Cthnya: warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren. 3.    Skim warna penggenap Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Cthnya: warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu .

Alat mewarna:

1 .      Pena bermata felt. 2.      Pensel warna,kapur warna, pastel dan krayon. 3.      Cat air. 4.      Cat sembur. 5.      Kertas berwarna dan plastik berwarna Alat mewarna

Huruf:

Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.   Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis , jarak antara huruf dengan huruf,perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris , kontras di antara huruf dengan warna latar ; jenis atau bentuk huruf yang digunakan . Huruf

Saiz huruf:

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar ( mengikut tahap ) supaya dapat dibaca dengan baik . Jarak huruf 1.   Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah    sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah . 2.   Dekatkan huruf-huruf bulat (O.G,S,C). 3.   Jauhkan huruf-huruf lurus (E, H,L,M,N). 4.   Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur . 5.  Tinggalkan jarak bersaiz M ( besar ) di antara perkataan dengan perkataan . 6.   Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil Saiz huruf

Jenis huruf:

Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak .  Secara amnya , gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif ( huruf blok ) serif (times roman) dekoratif ( huruf berbunga ). Jenis huruf 1 .      Tulisan bebas . 2.      Huruf yang dipotong 3.      Huruf pindah kering ( dry transfer lettering ) 4.      Huruf stensilan Cara menulis huruf / angka

Persembahan Cara membuat gambar:

1 .   Menekap (tracing)        - karbon pensil        - kapur atau pastel        - kaedah tebuk 2.   Petak grid 3.   Pantograf 4.   Episkop 5.    Penyalin gambar ( fotostat ) 6.   Kaedah pengunjuran (OHP, Slaid ) Persembahan Cara membuat gambar

Video 4:

Video 4

Sekian terima kasih:

JEFFERSON Sekian terima kasih JAMILI IPG KAMPUS KENINGAU TUTORIAL BERSAMA SIR AGUSTINE PALIKAT http://notappismpsejarah.blogspot.com/

authorStream Live Help