presntation AGD

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK MIRI:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK MIRI AKIDAH ISLAM AHLI KUMPULAN: 1) MOHAMMAD FIKHRI BIN KIPRAWI 2) MOHD NAZRIN BIN OSIEN 3) MOHD AZRI BIN MOHD MAZLAN 4) WINDY ROSMAN BIN ROSLAN NAMA PENSYARAH: USTAZ FAUZAI

KONSEP AQIDAH DAN KESANNYA:

KONSEP AQIDAH DAN KESANNYA TAUHID ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH

KONSEP AQIDAH ISLAM :

KONSEP AQIDAH ISLAM Pengertian Aqidah. Bahasa: Perkataan Aqidah berasal dari bahasa Arab iaitu “aqada” yang bermaksud ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan ini,maka lahirlah aqidah iaitu ikatan atau simpulan khususnya dalam kepercayaan.

Akidah mempunyai beberapa kategori: :

Akidah mempunyai beberapa kategori: Kepercayaan yang batil,palsu dan sesat. Kepercayaan/akidah karut marut,bukan bersifat agama,dongeng dan lagenda. Kepercayaan yang benar dan sahih menurut ukuran Al-Quran dan As-sunnah.

Istilah::

Istilah : Kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Syara’: Kepercayaan atau keimanan kepada hakiki atau nilai-nilai mutlak,yang tetap dan kekal,yang pasti dan hakiki,yang kudus dan suci, seperti yang diwajibkan oleh syara’ iaitu beriman kepada Allah s.w.t ,rukun-rukun iman,rukun-rukun islam,dan perkara-perkara ghaibiyyat .

Para ulama bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang benar. Ibnu Taimiah: akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa,hati menjadi tenang,beroleh keyakinan dikalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Al-Fairuz: sesuatu yang diikat,disimpulkan didalam hati danjiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan. Al-Ghazali: suatu pegangan dan membenarkan didalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan. Al-Murtadha Az-Zabidi: sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa. Kesimpulannya: Akidah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun iman. :

Para ulama bersepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu pegangan yang benar . Ibnu Taimiah : akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa,hati menjadi tenang,beroleh keyakinan dikalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan . Al- Fairuz : sesuatu yang diikat,disimpulkan didalam hati danjiwa serta menjadi pegangan seseorang sebagai suatu agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan . Al- Ghazali : suatu pegangan dan membenarkan didalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan . Al- Murtadha Az-Zabidi : sebagai apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya tersemai di dalam hati dan jiwa . Kesimpulannya : Akidah suatu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun iman .

Sebutan lain untuk Aqidah.:

Sebutan lain untuk Aqidah . IMAN Iman menurut bahasa ialah membenarkan dengan hati. Manakala iman menurut syarak ialah beriman dengan Allah SWT, para Malaikat, kitab-kitab Allah, Hari Akhirat serta qada dan qadar Nya. Iman juga merupakan asas yang memantapkan akidah muslim dalam segenap bidang, baik dalam bidang pentarbiyahan diri, menstabilkan masyarakat, menguatkan umat serta memimpin kehidupan dari segi politik, ekonomi, sosial dan lainnya

Surah Al-Baqarah: (177):

Surah Al-Baqarah: (177) لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ “Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah ,hari akhirat,malaikat,dan segala kitab dan sekalian nabi”.

Slide 9:

Beriktikad bahawa hanya Allah (SWT) sahaja yang berhak disembah , dicintai , dipatuhi , dan ditumpui untuk meminta . Huraian : Meletakkan seluruh percakapan , perbuatan dan tingkah laku di atas petunjuk dan perintah Allah (SWT) semata-mata . Tauhid Uluhiyyah berpaksikan ‘ Kalimah Syahadah ’. Membezakan golongan yang mengesakan Allah SWT dan golongan musyrikin . Pengertian Tauhid Uluhiyyah

Slide 10:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” (Surah al-Zariyat:56) Firman Allah pada ayat yang lain “Dan kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku” (surah al-Anbiya’:25) Dalil

Slide 11:

“Sesungguhnya akulah Allah,tiada tuhan melainkan aku.Oleh itu,sembahlah aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati aku.” (Surah Taha,14) “Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang2 yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang2 yang) bartakwa.” (Surah Al-Baqarah,21)

Slide 12:

Menyembah berhala Hiburan yang melalaikan Mengamalkan sihir khurafat Ciri-ciri yang bertentangan

Slide 13:

Berzikir Solat/Sembahyang Menghadiri majlis ilmu Ciri-ciri yang tidak bertentangan

Slide 14:

Dari perkataan bahasa Arab,perkataan “Ar-Rabb” bermakna “yang mengatur” Allah (SWT) ialah pentadbir, pencipta, pemilik dan yang menguasai alam semesta. Huraian: Dia adalah pencipta yang menciptakan semua yang ada. Dia juga merupakan pentadbir, pemilik dan yang menguasai seluruh alam semesta ini. Tauhid rububiyyah pengertian

Slide 15:

“ Ingatlah yang menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan Alam Semesta ” ( Surah al-A’raf:54) Firman Allah pada ayat yang lain “ Wahai umat manusia ! Kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah ( dalam segala perkara ). Sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji ” ( Surah al-Fatir:15) dalil

Slide 16:

“Segala puji hanya bagi Allah,Tuhan (pemilik) langit dan bumi,Tuhan seluruh alam”. (Surah Al-Jathiat,36) “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala ghaib,tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah sahaja,dan dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan melainkan semuanya dalam pengetahuannya,dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,melainkan (semuanya) ada tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata”. (Surah Al-An’am:59)

Slide 17:

Mengakui adanya pentadbir, pencipta, dan pemilik seluruh alam ini selain Allah S.W.T. Mengakui bahawa semua perkara yang terjadi bukan daripada ketentuan Allah S.W.T. Ciri-ciri yang bertentangan

Slide 18:

Mengakui bahawa Allah S.W.T pemilik, pentadbir, dan pencipta seluruh alam. Percaya semua perkara yang berlaku adalah kehendak/ketentuan Allah S.W.T. Ciri-ciri yang tidak bertentangan

Slide 19:

Buku: - Islam Agama Rabbani,Ahmad Mohd Salleh - Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5,Mohammad Haidir Bin Haji Mohd Isa,Mohammad Shah Bin Ujang. Laman web: http://www.scribd.com/doc/7856094/Bab-3-Konsep-Akidah-Iman http://akidahmuslim.blogspot.com/2008/10/pengertian-akidah.html http://www.islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php http://www.saaid.net/arabic/ar45.htm http://www.hewarona.com/vb/showthread.php?t=510 rujukan

authorStream Live Help