ASAS SOSIOLOGI PENDIDIKAN MUZIK

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

ASAS SOSIOLOGI PENDIDIKAN MUZIK:

ASAS SOSIOLOGI PENDIDIKAN MUZIK TINGKAHLAKU MUZIKAL

Sifat Semulajadi vs Asimilasi Persekitaran:

Sifat Semulajadi vs Asimilasi Persekitaran Kontroversi di antara kedua faktor ini wujud dalam tingkahlaku muzikal seseorang . Para saintis menyatakan bahawa ianya wujud secara semulajadi di dalam diri individu .

Slide 3:

Berbeza pula dengan ahli sosiologi , yang menyatakan bahawa ianya melalui asimilasi dan interaksi individu dengan alam sekitarnya . Menurut mereka , jika seseorang individu boleh dilatih untuk melakukan apa sahaja jika ia dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang tertentu .

Slide 4:

Dalam hal ini , keluarga Bach dari jerman menjadi sebutan kerana telah menghasilkan beberapa generasi pemuzik yang begitu handal . Kedua-dua pihak menggunakan keluarga Bach sebagai bukti untuk menyokong pandangan masing-masing .

Slide 5:

Bagi ahli sosiologi,mereka berpendapat bahawa keluarga Bach dibesarkan di dalam persekitaran yang kaya dengan muzik sehingga mereka menjadi pemuzik yang termasyhur . Bagi saintis pula, mereka berpendapat bahawa faktor genetik dapat menghasilkan begitu banyak pemuzik dari keluarga Bach. Masing-masing mahu mempertahankan teori mereka sendiri .

Slide 6:

Bagi mereka yang lebih percaya kepada faktor semulajadi , peranan persekitaran tidaklah begitu penting . Menurut mereka , setiap individu mempunyai potensi masing-masing . Pada tahun 1912, telah diadakan penyelidikan mengenai kontroversi ini dan menunjukkan kedua-dua faktor ini terlibat dalam menentukan segala tingkahlaku manusia .

Slide 7:

Melalui pemerhatian terhadap pelajar , kita dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat sifat-sifat personaliti di dalam kalangan mereka yang diwarisi oleh salah seorang ibu bapa mereka . Selain itu , tidak boleh dinafikan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan di dalam pembentukan tingkahlaku manusia .

KESIMPULAN:

KESIMPULAN

Slide 9:

Tanpa mengira faktor genetik atau persekitaran , perkara yang paling penting di dalam pembinaan karakter pelajar kita adalah peranan guru muzik itu sendiri yang mendidik pelajar mereka . Dengan adanya didikan yang sempurna oleh guru, seseorang pelajar yang sebelum ini tidak mengerti apa pun mengenai hal yang berkaitan dengan bidang ini mampu menguasainya dengan baik .

Slide 10:

Hal ini jelas menunjukkan peranan seorang pendidik muzik itu , iaitu untuk mengajar setiap pelajarnya dengan baik . Hal ini kerana belum ada kajian mengenai potensi diri setiap individu .

SEKIAN, TERIMA KASIH.:

SEKIAN, TERIMA KASIH.

authorStream Live Help