ETIKA KERJA DALAM ISLAM

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

ETIKA KERJA DALAM ISLAM:

ETIKA KERJA DALAM ISLAM Melahirkan Kerja Kualiti yang Berkesan

Definasi Etika Ustaz Razali bin Abd Rahim, (Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU, UiTM)):

Definasi Etika Ustaz Razali bin Abd Rahim , ( Centre for Islamic Thought & Understanding (CITU, UiTM )) Etika diterjemahkan sebagai peraturan adat dan budibahasa atau peraturan adat antara manusia dengan profesionnya . Secara mudahnya , etika bolehlah dianggap sebagai akhlaq dalam Islam. Akhlaq ialah budipekerti , perangai , tingkahlaku atau tabiat seseorang . Etika bolehlah diertikan juga sebagai tingkahlaku atau perlakuan manusia ke arah kebaikan dan kemanfaatan kehidupan .

Slide 3:

Etika Kerja Islam Adalah hasil gabungan antara kerja , sembahyang dan masa . Justeru itu , setiap perkara yang kita lakukan harus ada hubungan atau dipengaruhi oleh syariah . Maka kerja itu pasti dianggap sebagai ibadah bersifat sederhana wujud keadilan antara majikan dan pekerja supaya segala upah itu benar-benar halal tidak boleh menceburkan diri dalam sebarang kerja yang menghasilkan perkara yang haram harus ada kesepaduan antara tujuan ekonomi dan etika semua aspek kerja harus selaras dengan syariah

Slide 4:

Perbezaan Islam & Barat mengenai Etika Etika menurut Islam adalah berbeza dengan etika yang difahami oleh pihak Barat kerana Islam menganggap kerja itu sebagai satu ibadah Tindakan yang akan dilakukan oleh para pekerja Islam itu sentiasa selari dengan peraturan ibadah Agama dan kehidupan tidak terpisah Manakala etika Barat terhasil dari kajian dan pemerhatian akal semata-mata tanpa panduan agama. Agama dan kehidupan pada mereka adalah dua dunia yang berbeza.

Slide 5:

Perbezaan Islam & Barat mengenai Etika Sesuatu “KERJA” yang halal ialah tugas yang diamanahkan oleh Allah kepada seseorang insan Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah Menurut Islam setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat Perlu menyedari dan menghayati bahawa setiap kegiatan menjalankan kerja yang halal adalah wajib baginya dan kegiatannya itu sekiranya dimulai dengan niat, hendaklah dianggap sebagai ibadat.

Slide 6:

Kerja secara Islam Etika kerja dalam Islam adalah seperti : 1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah 2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah 3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap 4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan berpadu Fikiran 5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

Kesimpulan:

Kesimpulan “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah : 286) ‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’. (Riwayat Al-Quda’) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”. (An-Nisaa’ : 58) “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat Al-Baihaqi) “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan… (Al-Ma’idah : 2) “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia." (Riwayat Al-Baihaqi) “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari pada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah’. (Al-An’am : 153)

Terima kasih:

Terima kasih

authorStream Live Help