1. BLOOM’S TAXONOMY

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

BLOOM’S TAXONOMY:

BLOOM’S TAXONOMY Learning Domain

Slide 2:

Menurut Bloom dan rakan-rakan (1956 ), Krathwohl dan rakan (1964), dan Simpson (1972 ), pengajaran dan Pembelajaran merangkumi tiga domain , iaitu Cognitive ( Kognitif ) Affective ( Afektif ) Psychomotor ( P sikomotor ) Penggunaan domain ini membantu melaksanakan latihan dan seterusnya melaksanakan proses penilaian & pengujian Learning Domain

Slide 3:

1. Domain Cognitive : Objektif pengajaran yang memberi penekanan terhadap daya intelek (Intellectual Capabilities) Kesediaan Mental Berfikir Menggunakan akal Menganalisis Mensintesis Menilai

Slide 4:

2. Domain Affective : Objektif pengajaran yang memberi tumpuan terhadap emosi, perasaan, dan Kepercayaan/ pelajar. Kesedian belajar Sikap Keinginan Semangat Ketekunan Perasaan Minat

Slide 5:

3. Domain Psychomotor : Objektif pengajaran yang memberi tumpuan terhadap pergerakan anggota fizikal pelajar. Bersedia untuk melakukan sesuatu Seseorang yang mempunyai potensi melakukan sesuatu kerja

Slide 6:

Domain Bloom’s Cognitive Pada tahun 1956, Bloom dan rakan-rakan telah membina satu cara pengelasan a ras taksonomi domain kognitif . Benjamin Bloom was born on February 21st 1913. He was employed by University of Chicago. Bloom graduated from Pennsylvania State University and University of Chicago. He worked as a psychologist. He died in September 1999 at the age of 86 years and 7 months old.

Slide 7:

Domain ini dikelaskan kepada enam aras Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian High Level Thinking Low Level Thinking

Slide 8:

Aras Pengetahuan Aras terendah dalam domain kognitif Bloom. Menekankan kebolehan minda untuk mengetahui dan mengingat sesuatu perkara yang diajarkan . Item ujian bagi aras ini boleh meminta calon mengingat dan mengenal pasti fakta , istilah , strategi penyelesaian masalah , prinsip , dan peraturan .

Slide 9:

Contoh item: 1. Siapakah Menteri Pendidikan Pertama Malaysia? A Tun Hussein Onn B Tun Abdul Razak Hussein C Dato’ Abdul Rahman Talib D Datuk Abdul Rahman Yaakub 2. Satu meter bersamaan dengan A 0.1 km C 0.001 km B 0.01 km D 1000 km

Slide 10:

Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta , istilah , konsep dsb Soalan berbentuk mudah spt apa , siapa , di mana , labelkan , dan bila Cth .: Bilakah Malaysia merdeka ? (A) 1957 (B) 1964 (C) 1967 (D) 1969

Slide 11:

Aras Pemahaman Menekankan kebolehan calon memahami sesuatu perkara yang diajarkan . Item ujian terdiri daripada usaha mencungkil calon menterjemah dan merubah bentuk sesuatu komunikasi , menyatakan semula apa yang telah dibaca , meneliti hubungan atau kaitan antara komponen sesuatu .

Slide 12:

Contoh item 3. Sebuah segi tiga sama sisi mempunyai panjang sisi 10 cm. Luas segi tiga ini dalam cm ialah A 25 C 100 B 50 D 173

Slide 13:

Menguji kebolehan calon untuk memahami , menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip Bentuk soalan seperti asingkan , terangkan , bezakan Cth .: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana (A) akarnya panjang (B) batangnya lembut (C) pokoknya ada pelampung (D) ada ruang udara dalam batangnya

Slide 14:

Aras Aplikasi Memerlukan calon menggunakan maklumat yang diperoleh pada situasi yang berlainan daripada situasi asal maklumat itu dipelajari . Item ini memberikan masalah situasi yang berbeza daripada situasi pengetahuan itu diajarkan . Masalah itu biasanya dalam bentuk gunaan . Dengan itu , pelajar boleh bergantung kepada konteks soalan bagi menentukan apakah maklumat pembelajaran yang mesti digunakan bagi menyelesaikan masalah itu .

Slide 15:

Contoh item 4. Andaikan sebuah lif menurun dengan satu pecutan konstan graviti ‘g’. Jika seorang penumpang cuba membaling sebiji bola getah hala ke atas , apa akan terjadi kepada gerakan bola itu ? A Bola itu akan naik ke puncak lif dan menetap di situ. B Bola itu tidak naik langsung tetapi akan jatuh ke lantai . C Bola itu akan berada tetap pada titik di mana penumpang itu membalingnya . D Bola itu naik melambung ke siling lif , kemudian memantul ke lantai dengan kederasan yang bertambah .

Slide 16:

Menguji kebolehan calon menggunakan konsep , prinsip , hukum atau fakta asas Bentuk soalan seperti kirakan , gunakan , selesaian dsb Cth .: Abu mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara memberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Abu. (A) RM17.00 (B) RM19.00 (C) RM 21.00 (D) RM 23.00

Slide 17:

Aras Analisis Memerlukan calon mengenal pasti kategori / bahagian / komponen / kelemahan / kekuatan / perkaitan / hubungan / perbandingan sesuatu fenomena / fakta / pendapat / andaian / hipotesis / kesimpulan . Tugasan item - mengesan - mengenal pasti - membezakan - membandingkan - mengkategorikan - menganalisis

Slide 18:

Contoh item 5. Dalam bidang linguistik, unit linguistik yang menduduki hierarki tertinggi ialah A kata B ayat C frasa D klausa

Slide 19:

Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil , membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan Bentuk soalan seperti bezakan , hubungkan dsbnya Cth .: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintisis , apakah bahan yang diperlukan A air dan cahaya B air dan karbon dioksida C air, oksigen dan cahaya D air, karbon dioksida dan cahaya

Slide 20:

Aras Sintesis Memerlukan calon menyatukan unsur atau bahagian bagi membentuk sesuatu yang menyeluruh . Sebagai contoh , berdasarkan novel Ranjau Sepanjang Jalan , calon dapat mengarang akhiran cerita yang berlainan dengan akhiran cerita dalam novel berkenaan .

Slide 21:

Contoh item 6. Sekumpulan haiwan mempunyai sifat-sifat yang berikut. - berdarah sejuk - bernafas dengan kulit dan paru-paru - bertelur dan persenyawaan di luar - rupa anak tidak serupa dengan ‘ibu bapa’ Kumpulan haiwan di atas ialah A ikan C amfibia B reptilia D mamalia

Slide 22:

Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil , mentafsir dan membuat satu rumusan . Cth .: Dalam satu eksperimen , seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid . Gas yang terhasil boleh memadamkan api . Gas itu terdiri daripada gas (A) oksigen (B) hidrogen (C) nitrogen (D) karbon dioksida

Slide 23:

Aras Penilaian Calon perlu membuat pertimbangan tentang sesuatu kaedah , idea, hasil , penyelesaian , bahan , dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu . Melibatkan penggunaan kriteria /standard bagi menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat , berkesan , ekonomik , memuaskan , dan sebagainya .

Slide 24:

Contoh item 7. Antara pendekatan yang berikut, yang manakah yang paling berkesan digunakan untuk menerap nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak? A Asuhan ibu bapa di rumah B Aktiviti kokurikulum di sekolah C Pengajaran guru di dalam kelas D Pembudayaan amalan nilai murni di sekolah

Slide 25:

Contoh item 8. Antara yang berikut, yang manakah binaan frasa yang betul dari segi hukum D-M? A Kedai Makan Abu B Abu Kedai Makan C Makanan Kedai Abu D Kedai Makanan Abu

Slide 26:

Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran , tugasan atau kaedah . Cth .: Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah (A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin (B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah (C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku (D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling

Slide 27:

1. Aras Pengetahuan (a) Pilih yang manakah (b) Apakah (c) Siapakah (d) Bilakah (e) Berikan (f) Senaraikan (g) Nyatakan Tugasan Aras Domain Cognitive

Slide 28:

2 . Aras Kefahaman (a) Menghuraikan ( Huraikan ) (b) Menjelaskan ( Jelaskan ) (c) Menukarkan ( Tukarkan ) (d) Menerangkan ( Terangkan ) (e) Memberikan sebab ( Mengapa )

Slide 29:

3. Aras Aplikasi (a) Menunjukkan (b) Mengirakan (c) Menyelesaikan (d) Mendemonstrasikan (e) Menyusun

Slide 30:

4. Aras Analisis (a) Mengenal pasti ( f) Menganalisis ( b) Mengesan ( g) Mengasingkan (c) Membezakan (h ) Membahagi (d) Membandingkan ( i ) Mentafsirkan (e) Mengkategorikan ( j) Mengklasifikasi

Slide 31:

5 . Aras Sintesis (a) Menggabungkan (f ) Menggubah (b) Merekabentuk (g ) Merancang (c) Menyusun (h) Menyatukan (d) Mengarang ( i ) Membanding (e) Mengumpul

Slide 32:

6 . Aras Penilaian ( a) Menilaikan ( f) Mengesahkan ( b) Merumuskan ( g) Membuat ( c) Mengulas pertimbangan ( d) Mengkritik ( e) Membuktikan

Slide 33:

END

authorStream Live Help