Semakan Daftar Pemilih

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

Semakan Daftar Pemilih dan daftar pengundi oleh SPR Malaysia Semakan Daftar Pemilih dan daftar pengundi oleh SPR Malaysia Apa yang kami nampak sekarang kesedaran rakyat “mengambil berat” setiap apa yang berlaku di Malaysia sangatlah tinggi ketika ini. Tetapi sayangnya apabila menyentuh pula kesedaran rakyat Malaysia untuk buat semakan daftar pemilih SPR Malaysia masih lagi kurang. Pilihanraya Negeri Sarawak semakin hampir. Bila-bila masa sahaja. Tetapi anda sudah bergelar sebagai pemilih atau masih lagi sebagai pemerhati pada pilihan raya kerana tidak layak membuang undi Kami tidak pernah sama sekali setiap kali menjelangnya pilihanraya untuk mengatakan anda sepatutnya: • mengundi calon daripada parti B kerana kebaikannya ataupun • jangan sesekali mengundi calon daripada parti A kerana keburukannya

slide 2:

LAKUKAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SEKARANG Semuanya kami pulangkan semula kepada anda sebagai seorang warganegara Malaysia umumnya dan pengundi di Sarawak amnya yang ada kelayakan untuk mengundi. Kami merasakan pembaca Berita Semasa sudah matang dalam memilih baik dan buruk yang mana hitam yang mana putih. Tetapi apa gunanya jika anda acapkali meluahkan pendapat dan bercakap soal politik tetapi hakikatnya anda belum lagi bertindak buat semakan daftar pemilih untuk dizahirkan melalui melalui “undi emas” anda dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak mandat kerajaan Malaysia hari ini sehingga tahun 2018 Statistik yang disuarakan sendiri oleh Timbalan pengerusi Suruhanraya Pilihanraya SPR Malaysia mengatakan: • Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil untuk mendaftarkan diri untuk menjadi pemilih bagi mengundi pada hari pilihanraya • Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera • 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun • 3.7 juta rakyat masih belum mendaftarkan diri

slide 3:

Berita Semasa tidak merasakan untuk buat semakan daftar pemilih cukup membebankan. Hanya curi sedikit masa anda untuk buat semakan daftar pemilih SPR. Banyak pilihan yang ada untuk daftar sebagai pemilih antara ialah : • melalui penolong pendaftar bagi wakil parti politik • melalui wakil jabatan • melalui wakil pertubuhan • melalui wakil universiti • melalui pejabat pos di seluruh negara. Berikan sahaja IC anda kepada kakitangan pejabat pos • untuk diisikan maklumat untuk anda. Dalam 5 minit segala proses selesai Pokok pangkalnya anda mahu bertindak atau tidak sahaja. Semuanya terpulang kepada anda. Ada 2 pilihan untuk anda buat semakan bagi memastikan di mana anda sudah benar-benar layak untuk mengundi semasa Pilihanraya Umum ke 14 kelak. Antaranya ialah:

slide 4:

SUMBER : https://www.beritasemasa.com.my/semakan-daftar-pemilih/

authorStream Live Help