KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF KE ATAS PELAJAR MATRIKULASI DALAM

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF KE ATAS PELAJAR MATRIKULASI DALAM PELAJARAN MATEMATIK[ jurnal review] : 

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF KE ATAS PELAJAR MATRIKULASI DALAM PELAJARAN MATEMATIK[ jurnal review] Dihantar kepada: Dr. Abdul Halim bin Mohamed Oleh: Izzah binti Ismail [807991] Effandi Zakaria & Abd Razak Habib. (2006). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pelajar matrikulasi dalam pelajaran matematik. Jurnal Teknologi, 45(E), 43-62.

Persoalan Kajian/ Objektif Kajian: : 

Persoalan Kajian/ Objektif Kajian: Menentukan perbezaan pencapaian antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional berdasarkan ujian pos Menentukan perbezaan kemahiran menyelesaikan masalah antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional berdasarkan ujian pos Menentukan perbezaan sikap terhadap Matematik antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional berdasarkan ujian pos Menentukan perbezaan sikap terhadap penyelesaian masalah antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional berdasarkan ujian pos

Metodologi : 

Metodologi Reka bentuk eksperimen kuasi kumpulan Ujian pra digunakan utk memastikan ada terdapat kesamaan antara kumpulan dan sebagai pengawalan secara statistik Selepas 17 minggu ujian pos digunakan utk menentukan perbezaan antara kumpulan.

Pelaksanaan kajian : 

Pelaksanaan kajian Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, diajar oleh guru sama, tetapi berlainan kaedah yg digunakan Kumpulan rawatan melibatkan pembelajaran koperatif Kumpulan kawalan melibatkan pengajaran tradisional. Guru terbabit diberi latihan praktikal dan teori dlm mengendalikan pembelajaran koperatif

Perbincangan: : 

Perbincangan: Pencapaian matematik (ujian pos) Soalan ujian dibuat mengikut sukatan yang ditetapkan dan skema pemarkahan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Bah. Matrikulasi Terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dari segi pencapaian Dalam suasana berinteraksi antara satu sama lain, membolehkan pelajar menjelaskan strategi dan idea matematik dengan perkataan mereka sendiri, dengan itu saling membantu dalam proses aktiviti kognitif yang kompleks (Davidson, 1985)

Perbincangan: : 

Perbincangan: Kemahiran menyelesaikan masalah (ujian pos) Ujian penyelesaian masalah mengandungi 14 soalan. Jawapan dan cara penyelesaian masalah kepada ujian digunakan untuk menentukan kemahiran menyelesaikan masalah Matematik. Markah bagi kemahiran penyelesaian ditentukan melalui rubrik pemarkahan Szetela dan Nicol (1992) Terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dari kemahiran menyelesaikan masalah. Faktor yang membawa kejayaan kepada pembelajaran koperatif boleh dikaitkan dengan teori Vygotsky tentang zon perkembangan proksimal (Vygotsky, 1987), yang mana implikasinya ialah kolaborasi seseorang pelajar dengan rakan sebaya yang lebih berkeupayaan membolehkannya menyelesaikan masalah yg susah dan kompleks. Perbincangan dengan rakan-rakan membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

Perbincangan: : 

Perbincangan: Sikap terhadap Matematik (kaji selidik) Instrumen soal selidik sikap terhadap Matematik diterjemah dari instrumen yang dibina oleh Fennema dan Sherman (1986). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dari segi sikap terhadap Matematik Bertentangan dgn dapatan Ahmadi (2000) dan Austin (1995) Namun begitu, sikap terhadap Matematik adalah stabil bagi kump koperatif berbanding kump tradisional. Faktor yang mempengaruhi: Pelajar tertekan dengan peperiksaan semester akhir Kajian selama 17 minggu tidak mencukupi untuk mempengaruhi sikap pelajar.

Perbincangan: : 

Perbincangan: Sikap terhadap penyelesaian masalah (kaji selidik) Student Attitude Questionaire yang dibina oleh Charles et al. (1997) digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dari segi kesedaran kognitif Dapatan selari dengan sikap terhadap Matematik. Bertentangan dgn dapatan Mwerinde dan Ebert (1995) Walaupun tiada perbezaan yang signifikan, didapati pembelajaran koperatif tidak mengurangkan sikap positif pelajar terhadap penyelesaian masalah. Sikap positif terhadap penyelesaian masalah adalah penting bagi menentukan kejayaan seseorang (O’Connell, 2000)

Komen: : 

Komen: Kajian yang dijalankan: Tajuk artikel jelas dan difahami maksud kajian Penulisan abstrak yang menyeluruh dan maklumat penting dinyatakan dalam abstrak Penggunaan instrumen yang kebolehpercayaan pekali alfa yang tinggi Perbincangan yang dibuat bagi setiap instruman yang dijalankan relevan, dikaitkan dengan kajian-kajian yang lepas, teori-teori yang berkaitan serta dinyatakan faktor-faktor lain yang mempengaruhi dapatan kajian. Pada masa depan, kajian boleh dipanjangkan untuk mengesan keberkesanan pembelajaran koperatif kepada pelajar sekolah menengah.