Pengurusan Pemakanan Ayam - Usrah

Views:
 
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

PENGURUSAN PEMAKANAN AYAM KAMPUNG : 

PENGURUSAN PEMAKANAN AYAM KAMPUNG Mahfuz Jaffar http://usrahagrofarm.blogspot.com

CIRI MAKANAN YANG BAIK : 

CIRI MAKANAN YANG BAIK Mengandungi semua jenis nutrien (Zat Makanan) Kandung nutrien yang optima/cukup bagi keperluan pembesaran atau pengeluaran Segar dan sesuai dari segi fizikal, bau dan rasa Dikeluarkan mengikut piawaian yang telah dikeluarkan oleh SIRIM

CIRI MAKANAN YANG BAIK… : 

CIRI MAKANAN YANG BAIK… Makanan komersial untuk ayam kampung sudah ada dalam pasaran Boleh guna makanan komersial yang ada untuk ayam daging, penelur dan ayam baka Makanan tambahan kepada makanan komersial yang sedia seperti jagung, lebihan kilang dan sebagainya

CIRI MAKANAN YANG BAIK… : 

CIRI MAKANAN YANG BAIK… Dan makanan tambahan kepada makanan yang dicari/kutip oleh ternakan di kawasan lepas Makanan asli (ulat, serangga, bahan hijau) yang mencukupi mengurangkan keperluan makanan komersial

ZAT PENTING DALAM MAKANAN : 

ZAT PENTING DALAM MAKANAN Karbohidrat – Sumber tenaga Protin Lemak Galian Vitamin Air

CAMPURAN MAKANAN KOMERSIL AYAM : 

CAMPURAN MAKANAN KOMERSIL AYAM Ikut piawaian SIRIM/NRC/ARC Menepati keperluan jurusan tertentu Jagung – melebihi 50% Mil Kacang Soya – sehingga 25% Minyak/Lemak – sehingga 5% Garam Biasa Garam dan Vitamin Lain – Gandum, Beras Hancur, Ubi, Mil Ikan…

SUMBER NUTRIEN/ZAT(CAMPURAN KERING) : 

SUMBER NUTRIEN/ZAT(CAMPURAN KERING) Tenaga/Karbohidrat – jagung, gandum, beras hancur, ubi kayu Protin – mil kacang soya, mil ikan, mil kacang tanah Vitamin – campuran vitamin komersial Galian – garam dapur, campuran galian komersial Lemak/Tenaga – Minyak kelapa sawit

SUMBER-SUMBER LAIN : 

SUMBER-SUMBER LAIN Tenaga – sayur, biskut hancur, roti luput, kelapa parut, lebihan dapur/kantin/restoran Protin – kepala ikan bilis, ikan baja segar, hampas kacang soya (perlu dimasak), hampas kilang minuman (perlu dimasak) Vitamin – sayur, roti luput, lebihan dapur Galian – kulit kerang/siput, pasir laut

KEPERLUAN PROTIN : 

KEPERLUAN PROTIN Peringkat anak sehingga 6 minggu – 17% Peringkat pembesaran – 14% Peringkat bertelur – 17%

MAKANAN BAGI PERINGKAT PERINDUKAN : 

MAKANAN BAGI PERINGKAT PERINDUKAN Bagi umur sehingga 5 minggu Makanan permulaan ayam kampung atau ayam daging Makanan sentiasa ada (ad-libitum) Cahaya (malap) pada sebelah malam bagi menggalakkan ayam makan

MAKANAN BAGIPERINGKAT PEMBESARAN HINGGA JUAL : 

MAKANAN BAGIPERINGKAT PEMBESARAN HINGGA JUAL Makanan ayam kampung/daging membesar (>60%) dan tambahan lain (genapkan 100%) Bagi sistem tidak lepas – sehingga 100% makanan komersial Ayam lambat membesar jika dikurangkan zat penting seperti protin

KADAR PERTUKARAN MAKANAN (FCR) : 

KADAR PERTUKARAN MAKANAN (FCR) Nisbah bagi pertukaran unit berat makanan untuk setiap unit kenaikan berat badan atau unit berat telur Misalan FCR 4.0 maknanya, 4.0 kg makanan dimakan oleh seekor ayam bagi menaikkan berat badannya sebanyak 1.0 kg

KADAR PERTUKARAN MAKANAN (FCR) : 

KADAR PERTUKARAN MAKANAN (FCR) FCR 2.0 (pada ayam daging) maksudnya 2.0 kg makanan diperlukan bagi kenaikan berat badan sebanyak 1.0 kg Sembelihan awal mengurangkan nilai FCR Pembaziran makanan dan mutu makanan yang menurun akan meninggikan nilai FCR

AMALAN PENGURUSANMAKANAN YANG BAIK : 

AMALAN PENGURUSANMAKANAN YANG BAIK Beli makanan yang bermutu Simpan cara baik Elakkan pembaziran Peralatan sesuai Makanan cukup Kawalan persekitaran

BELI MAKANAN YANG BERMUTU : 

BELI MAKANAN YANG BERMUTU Beli terus dari kilang atau ejen yang sah Tidak galak beli dari kedai runcit Ciri makanan bermutu ketika pembelian Beg makanan kelihatan bersih dan baru Bau menarik (tidak hapak) Makanan tidak berkepal (tidak berkulat) Pembelian setiap minggu atau jarak pembelian tidak lebih dari 2 minggu Elakkan renjisan hujan ketika penghantaran dari kilang atau ejen ke ladang

SIMPANAN MAKANAN CARA BAIK : 

SIMPANAN MAKANAN CARA BAIK Tindih atas atas lantai yang berlapik (platform kayu, elak dari berpeluh jika sentuh lantai) Makanan baru disusun di belakang Makanan lama dihabiskan dahulu Adakan tempat simpanan makanan yang sesuai (tidak terkena renjisan hujan/air) Kawal semut, tikus, lipas dan perosak yang lain Racun tikus – tukar/selang jenama Racun semut – jenis penghapus koloni

ELAKKAN PEMBAZIRAN MAKANAN : 

ELAKKAN PEMBAZIRAN MAKANAN Berhati-hati ketika mengendalikan guni makanan – elakkan berlaku limpahan sebab guni koyak/pecah Tidak isikan makanan dalam bekas makanan secara berlebihan (tidak ada masalah jika pakai bekas makanan komersial) Ketinggian bekas makanan disesuaikan dengan saiz ayam – elakkan ‘kais’ Buat perkiraan keperluan makanan sebelum membuat pembelian

PERALATAN SESUAI : 

PERALATAN SESUAI Peralatan komersial lebih sesuai sebab dapat kurangkan limpahan makanan Peralatan plastik/logam lebih baik dari kayu kerana mudah dicuci dan tahan lama Cuci (semasa ada ayam) bila perlu kerana kekotoran adalah punca penyakit

PERALATAN SESUAI… : 

PERALATAN SESUAI… Galakkan penggunaan sistem otomasi jika projek berskala besar – dapat kurangkan bebanan kerja Sumber air bersih dan tidak berkeladak agar sistem otomosi (nipple) tidak tersumbat

MAKANAN CUKUP : 

MAKANAN CUKUP Makanan yang mencukupi menjaminkan bahawa semua ayam dapat membesar dengan kadar yang sama – iaitu tidak berlaku ada ayam yang kecil ketika jualan Cukup adalah dari segi mutu dan kuantiti

KAWALAN PERSEKITARAN : 

KAWALAN PERSEKITARAN Tidak berlaki renjisan hujan yang boleh masuk ke bekas makanan – merosakkan makanan dan bekas makanan Suhu dalam reban tidak terlalu panas – akan kurangkan selera makan Pasang kipas angin dari jenis yang sesuai Kawal gangguan binatang liar dan pelawat dari kerap datang (sumber ancaman penyakit)

TERIMA KASIH“SELAMAT MAJU JAYA” : 

TERIMA KASIH“SELAMAT MAJU JAYA”