MALAY VERSION

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

sejarah

Comments

Presentation Transcript

PowerPoint Presentation: 

TUGASAN KUMPULAN NAMA NO MATRIK SOFIAH BINTI MOHAMAD D20101038969

TAJUK :: 

TAJUK : BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN, KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA.

PENDAHULUAN: 

PENDAHULUAN Perkembangan kerajaan Melayu Melaka memperlihatkan susur galur yang menarik untuk dikaji dan diteliti. Bermula daripada sebuah perkampungan yang tidak mempunyai visi dan wawasan untuk bertukar menjadi sebuah kerajaan, seterusnya empayar yang besar dan kuat tidak pernah dibayangkan oleh penduduk asalnya. Namun , hasil usaha dan kerja keras seorang manusia yang layak digelar orang luar pada peringkat awalnya, Melaka memacu perkembangan yang menakjubkan sehingga menjadi sebuah empayar yang kuat dan terkenal sehingga dikenali pada hari ini. Namun, pertumbuhan yang menakjubkan ini bukanlah berlaku dalam sekelip mata, namun berdasarkan susur galur dan urutan peristiwa bermula daripada satu tahap kepada satu tahap yang membanggakan. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II, banyak implikasi yang terjadi membawa kepada perubahan yang besar kepada empayar Melayu. Jurai keturunan Bukit Siguntang yang diagung-agungkan selama ini lama kelamaan hilang keistimewaannya dan berubah kepada pemerintahan yang bercorak ketenteraan dan penguasaan ekonomi pihak asing.

PowerPoint Presentation: 

KEMUNCULAN KERAJAAN Melayu Melaka Melaka telah diasaskan oleh Parameswara iaitu seorang putera Srivijaya yang menganut agama Hindu berasal dari Palembang. Parameswara telah dihalau dari Palembang akibat pengaruh Jawa iaitu Majapahit dan serangan kerajaan Chola di India. Seterusnya, beliau melarikan diri ke Temasik bersama pengikut setianya iaitu Orang Laut. Bagi membolehkannya menjadi pemerintah di Temasik, Parameswara telah membunuh seorang wakil Siam di Temasik iaitu Temagi. Tindakannya menimbulkan kemarahan Siam menyebabkan Siam sentiasa mengancam Parameswara dan akhirnya beliau melarikan diri ke Muar dan seterusnya ke Melaka. Beliau menamakan tempat tersebut sebagai Melaka kerana ketika menyaksikan peristiwa seekor anjing ditendang oleh seekor rusa, beliau sedang bersandar di bawah sebatang pokok Melaka, lantas menamakan tempat tersebut sebagai Melaka. Buktinya, di dalam buku yang berjudul A History of Malaysia menyatakan, “And as the king is out hunting one of his hounds is kicked by a white mousedeer . Sultan Iskandar said, “ This is a good place, where even the mousedeer are full of fight!”. Because he was then standing under a Melaka tree, he decides that new settlement should bear that name”.

ASAL USUL NAMA MELAKA: 

ASAL USUL NAMA MELAKA a ) Berasal daripada nama pokok. Parameswara berehat di bawah pokok Melaka - terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya. .Peristiwa dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing. Tempat tersebut didirikan kerajaan Menamakan nama Melaka sempena nama pokok b ) Berasal daripada istilah Arab. Pedagang Arab - Melaka “Mulaqah” bermaksud “pertemuan”. Melaka disebut “Malakat” bermaksud “perhimpunan segala dagang”. c ) Berasal daripada bahasa Sanskrit. Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali “Amalaka”. Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok pertama yang hidup di alam semesta . Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva. . Buah pokok - dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

PERKEMBANGAN AWAL: 

PERKEMBANGAN AWAL Pada peringkat awalnya sudah tentulah keadaan Melaka itu tidak begitu teratur . Walau bagaimanapun parameswara dan para pembesar baginda memang sudah mempunyai pengalaman dalam hal pemerintahan dan pentadbiran Orang tempatan dan luar mula memenuhi negeri Melaka. Mailink-Rulofz menyatakan bahawa “ Petempatan baru itu segera mengalami kebanjiran pendatang-pendatang baru, yang bercampur- gaul dengan penduduk-penduduk tempatan yang asal. Faktor geografi telah banyak membantu parameswara memajukan Melaka. Daripada sebuah kampung nelayan yang kecil dan semak, Melaka kemudianya menjadi sebuah kawasan pelabuhan yang sangat hebat . Oleh itu Parameswara telah melakukan beberapa strategi bagi mengukuhkan empayar pemerintahannya antaranya menjalinkan hubungan dengan siam dan china Parameswara turut memperkukuhkan benteng pertahanan negaranya,

SUSUR GALUR PEMERINTAH KERAJAAN MELAKA: 

SUSUR GALUR PEMERINTAH KERAJAAN MELAKA KESULTANAN MELAKA Tempoh Sultan 1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah 1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid 1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah 1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAKA: 

Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu pendapatan bagi kerajaan Melaka. Mengikut Sejarah Melayu versi tahun 1612, edisi 1961 halam 81, 220 "Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang". Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan sriwijaya yang terletak dipalembang . Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan. Pemerntah Melaka iaitu Parameswara merupakan keturunan kerabat diraja Palembang. Parameswara berusaha menjadikan Melaka ebagai sebuah emporium melayu pada abad ke 15. Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan kerana terdapat faktor antaranya: KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAKA

POLITIK DAN PENTADBIRAN: 

POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

PowerPoint Presentation: 

EKONOMI

FAKTOR GEOGRAFI : 

FAKTOR GEOGRAFI Di laluan Timur & Barat. Kuasai Selat Melaka Kapal dagang singgah dan tinggal serta dapatkan bekalan makanan dan minuman. Muara Sg Melaka dalam - dapat berlabuh dengan mudah Terlindung drp tiupan angin monsun Barat Daya kerana terdapatnya pulau Sumatera Banjaran Titiwangsa halang tiupan angin monsun Timur Laut ke pelabuhan Melaka. Pedagang Timur datang - ikut angin monsun Timur Laut. Pedagang Barat datang - ikut angin monsun Barat Daya. Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedagang timur dan barat berjual beli Pedagang Melaka menjadi orang tengah dalam urusan jual beli antara pedagang Bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau menjadi panduan kepada pedagang yang belayar di Selat Melaka – awasi keselamatan Selat Melaka

FAKTOR SOSIAL: 

FAKTOR SOSIAL Bahasa Melayu sebagai lingua franca Sistem masyarakat yang teratur Kedatangan agama Islam Pusat kegiatan ilmu Istana - pusat kegiatan intelektual

PowerPoint Presentation: 

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

KEJATUHAN KERAJAAN Melayu MELAKA: 

KEJATUHAN KERAJAAN Melayu MELAKA Kelemahan Pemimpin Bendahara Tun Mutahir bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara. Tun Perpatih Putih – tua dan uzur. Sultan Mahmud Shah – kurang mengambil berat hal-hal pentadbiran Sultan Ahmad Shah – lemah dan tidak cekap Selepas kematian Tun Perak jawatan bendahara diganti oleh Tun Mutahir. Kelemahan pentadbiran Tun Mutahir Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati. Difitnah cuba  mengatasi kekayaan Sultan. Dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan. Kelalaian pemerintahan Sultan Mahmud Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah Melantik Tun Perpatih yang uzur dan tepok sbg Bendahara Amalan rasuah & fitnah yang berleluasa Kadar cukai yg tinggi

Kelemahan askar Melayu Melaka: 

Kelemahan askar Melayu Melaka - Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap - Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap - Askar Portugis lebih terlatih - Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera di Goa,India. - Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri.

RAKYAT TIDAK SETIA / MASALAH PERPADUAN : 

RAKYAT TIDAK SETIA / MASALAH PERPADUAN Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir. - Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai Melaka. - Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada Portugis. - Persaingan antara orang Melayu dengan orang India Muslim untuk mendapat pengaruh - Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan. - Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir.

Kedatangan Portugis: 

Kedatangan Portugis Penyebaran agama Kristian (GOSPEL ) Ingin meneruskan Perang Salib Menghapuskan kerajaan Islam di Timur Menyebarkan Kristian - Penemuan jalan laut (GLORY) Galakan Putera Henry yang membawa kepada : Ketibaan Diaz di Tanjung Harapan pada 1488. Ketibaan Vasco da Gama di India pada 1498. Ketibaan Lopez de Sequeira di Melaka 1509. Kegiatan perdagangan (GOLD) Ingin menguasai perdagangan rempah di Timur Ingin menguasai jalan perdagangan utama iaitu Selat Mela

PowerPoint Presentation: 

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China. Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Penutup : 

Penutup Kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan kelebihan dan kekuatan yang dimiliki oleh Melaka sehingga mampu menjadi suatu kuasa unggul di rantau ini boleh dibincangkan dalam pelbagai aspek. Dalam hal ini, Melaka tidak mampu berdiri dengan sendiri tanpa elemen-elemen atau faktor tertentu. Kehebatan Melaka menjaga kestabilan politik telah memberi kesan positif dalam pembentukan Melaka sebagai kuasa penakhluk baru di rantau ini. Tidak dinafikan juga, faktor politik ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat bagi menentukan kelangsungan sesebuah kerajaan. Kemakmuran yang dicapai dalam aspek politik telah membantu mengukuhkan kuasa Melaka sebagai kuasa yang mengawal aktiviti perdagangan dunia seterusnya memacu kegemilangan yang tersendiri. Kehebatan yang dimiliki oleh Melaka ini telah memberi kesan dan pengaruh yang tersendiri sehingga dalam kewujudan kerajaan Melayu sehingga ke hari ini dan keagungan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas itu, Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam di rantau Asia Tenggara.

Rujukan : 

Rujukan