PJM3110

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani:

Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani KUMPULAN 3 SENTHILKUMARAN RAMASAMY UTAYARAJAN GOVINDARAJAN HARCANAA PONURENGAM SANGKARI SUPPAIAH YAMINI THIAGARAJAN NARMATHA PATHMANATHAN

Kaedah:

Kaedah kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur . Kaedah harus berubah   mengikut keadaan masa , tempat dan pelajar . Guru harus pandai memilih kaedah yang baik , yang sesuai dengan keadaan masa , tempat dan pelajar .  

PowerPoint Presentation:

Al- Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran , antaranya ialah : 1.     Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran . 2.     Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai . . 3.     Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar . 4.     Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar . 5.     Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru . 6.     Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan . 7.     Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada .

Kaedah Kuliah :

Kaedah Kuliah Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

Kaedah Kuliah-Demonstrasi :

Kaedah Kuliah-Demonstrasi Pendekatan ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. 

Kaedah Kontekstual:

Kaedah Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu , masyarakat dan alam pekerjaan . Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on

PowerPoint Presentation:

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual , pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi “ REACT ” Relating ( Menghubungkait ) Experiencing ( Mengalami ) Applying ( Mengaplikasi ) Cooperating ( Bekerjasama ) Transferring ( Memindahkan )

Kaedah Penemuan :

Kaedah Penemuan Menurut  Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk  memberi peluang  kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar diberikan satu atau beberapa masalah. Kemudian mereka diberi peluang dan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kaedah  Dapatan :

Kaedah  Dapatan Ciri-ciri kaedah ini tidaklah berbeza sangat dengan ciri-ciri kaedah menyelesaikan masalah. Kaedah ini mencabar pelajar supaya mencari jawapan berdasarkan maklumat yang diberi oleh guru. Guru memberikan maklumat yang kurang lengkap menganai sesuatu masalah dan pelajar diminta melengkapkan atau mencari jawapan bagi tugasan yang dikemukakan oleh guru. Peranan guru dalam kaedah ini ialah untuk member panduan dan bantuan kepada pelajar ketika mereka mencuba mendapatkan jawapan. Guru perlu berbincang dan mendorong pelajar supaya berusaha mendapatkan penyelesaian. Kaedah dapatan ini sangat sesuai bagi mengajar mata pelajaran yang memerlukan pelajar membuat “penyelesaian” contohnya mata pelajaran Sejarah. cabaran yang diberi kepada pelajar menjadikan kaedah ini lebih menarik dan berkesan.

Kaedah Perbincangan :

Kaedah Perbincangan Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajarnya di dalam kelas, ianya bertujuan melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topic yang ditetapkan. Pelbagai cara yang melibatkan aktiviti perbincangan diadakan di dalam kelas. Guru boleh merancangkan perbincangan secara kelas kumpulan –kumpulan kecil, perbahasan, forum dan sebagainya.kaedah ini menggalakkan pelajar member pendapat dengan cara sistematik. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat dilatih mengeluarkan pendapat yang bernas dalam bahasa yang teratur dan mudah difahami oleh orang lain.

Kaedah Konstruktivisme:

Kaedah Konstruktivisme Menurut pendapat John Dewey (1910), “ Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan . Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P .” Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik .

PowerPoint Presentation:

Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal . Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran . Fasa Keempat Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi . 

PowerPoint Presentation:

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada . Dalam proses ini , murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Kaedah Gaya Arahan:

Kaedah Gaya Arahan Dalam gaya ini , guru mengawal semua yang akan dipelajari , cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995 ). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru perlu 1.    Mengawal penuh pengajaran . 2.    Memilih aktiviti . 3.    Menentukan bagaimana dan bila   mengawal tingkah laku . 4 .    Menilai dan membuat keputusan . 5.    Menjimatkan masa untuk membuat percubaan   Individu mendapat kurang perhatian .

Kaedah Koperatif:

K aedah Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama . Dalam kaedah koperatif , guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar . Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur .

PowerPoint Presentation:

Selain itu , mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan , iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain . Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif : a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif b ) Saling berinteraksi secara bersemuka  c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri  d) Kemahiran koperatif  e) Pemprosesan kumpulan  

Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani :

Teknik Pengajaran Pendidikan Jasmani Teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani haruslah selaras dengan pendekatan dan kaedah yang digunakan.Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Teknik yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya yang dikemukakan. Teknik pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu : 1. Pengajaran Langsung  2. Pengajaran Tidak Langsung   3. Pengajaran Gabungan 

Pengajaran Langsung:

Pengajaran Langsung Teknik ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Teknik ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul

Teknik Tunjuk Cara:

Ciri-ciri teknik ini ialah ; Pembelajaran melalui pemerhatian dan   pendengaran. Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan   yang dilihat walaupun berlaku kesilapan. Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik   yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar. Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan   sebagai ganti. Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian   sebagai membantu penerangan. Teknik Tunjuk Cara

Teknik Arahan :

Teknik Arahan Dalam gaya ini, guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995). Ciri-ciri teknik ini ialah; Kemahiran yang boleh dipelbagai. Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan murid tidak ragu untuk mencuba. Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami. Bagi memgalakkan murid mencuba secara sendiri dan lebih kreatif. Bandingkan dengan pergerakan kemahiran tertentu (permainan atau acara tertentu).

PowerPoint Presentation:

Kelebihan penggunaan teknik ini ialah; 1.  Teknik yang berkesan. 2.  Berfokus kepada yang ingin dipelajari. 3.  Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi.  4 .  Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.   Kelemahan teknik ini ialah; 1.  Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan). 2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

Pengajaran Tidak Langsung :

Pengajaran Tidak Langsung Teknik ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan. Teknik pengajaran yang digunakan ialah;

Teknik Bimbingan Individu :

Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi . Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.  Ciri-ciri teknik ini ialah; Memerrhati setiap murid untuk mengetahui masalah pembelajaran. Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru. Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul dalam program yang dirancang. Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang mudah kepada susah dan kompleks. Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang lebih lama. Teknik Bimbingan Individu

PowerPoint Presentation:

Kelebihan – kelebihan Membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Memupuk pembangunan arah kendiri

Teknik Mengesan :

Teknik Mengesan Ada pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran. Disebabkan oleh tekanan emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru: Boleh melakukan kemahiran dengan betul. Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.

Rujukan:

Rujukan ( Modul PJM3110 Kurikulum dan pedagogi Pendidikan Jasmani ) Dimuat turun pada 6 Julai 2013 daripada http:// nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/12/modul-pjm-3110-kurikulum-pedagogi.html Kaedah dan Teknik Pengajaran . Dimuat turun pada 6 Julai 2013 daripada http :// www.berderu.com/share/kaedah-strategi-dan-teknik-pengajaran-dalam-pendidikan-jasmani Nota PJM3110, Dimuat turun pada 6 Julai 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/84485427/NOTA-PJM-3110

PowerPoint Presentation:

Terima Kasih