Ayah Ibu, Kaulah Permata Hatiku

Views:
 
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

SISTER GATHERING : 

SISTER GATHERING Ayah Ibu, Kaulah Permata Hatiku

Mukaddimah : 

Mukaddimah

Mohon kerjasama semua… : 

Mohon kerjasama semua… Cerita mengenai ibu bapa masing-masing: Biodata Latar belakang keluarga Apakah sifat yang paling anda kagumi pada ibu dan bapa

Ibu… : 

Ibu…

Ayah… : 

Ayah…

Ayah ibu… : 

Ayah ibu…

Slide 15: 

Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. (Surah Al Israa’ 17: 23)

Slide 16: 

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

Slide 18: 

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.” (Surah An Nisaa’: Ayat 36)

Slide 19: 

Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan. (Surah Luqman: 14-15)

Slide 21: 

Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: “Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu. Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.

Slide 22: 

Hadis diriwayatkan melalui jalan Anas dan juga lainnya, bahawasanya Rasulullah pernah menaiki mimbar, kemudian berucap: “Amin.Amin.Amin. Lalu ditanyakan: Ya Rasulullah, apa yg engkau aminkan tadi?”. Beliau menjawab: “Aku telah didatangi Jibril lalu ia berkata: ‘Sungguh hina org yg (namamu disebut di sisinya), namun ia tidak berselawat kepadamu. Maka ucapkanlah amin’. Maka Aku mengucapkan amin. Kemudian ia berkata lagi: ‘Sungguh hina org yg masuk bulan Ramadhan, lalu ia keluar darinya dgn tidak mendapatkan ampunan.Maka ucapkanlah amin’. Maka kuucapkan amin. Selanjutnya Jibril berkata: ‘Sungguh hina org yg mendapatkan kedua/salah satu org tuanya, namun (kesempatan bakti kepada) keduanya tidak memasukkannya ke Syurga.Maka ucapkanlah amin’. Maka kuucapkan amin”.

Slide 24: 

Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.” Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Slide 25: 

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Usail, yakni Malik bin Rabi’ah As-Sa’idi, ia bercerita: “Ketika aku sedang duduk dekat Nabi,tiba-tiba baginda didatangi oleh seseorg dari kaum Ansar, lalu ia bertanya: ‘Ya Rasulullah, masihkah ada sesuatu dari baktiku kpd org tuaku dpt kulakukan setelah keduanya wafat?’ Baginda menjawab: ‘Ya,masih ada 4 perkara iaitu mensolatkan keduanya (solat jenazah), memohonkan ampunan utk keduanya, melaksanakan janji keduanya, dan menghormati sahabat keduanya serta menyambung tali silaturrahim yg engkau tidak akan mempunyai hubungan silaturrahim kecuali melalui keduanya. Demikian itulah yg masih tersisa dari bakti kpd org tua yg harus kamu lakukan setelah keduanya wafat’. (HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Sayangi keluarga,di situlah bahagia! : 

Sayangi keluarga,di situlah bahagia!

Its about time to say Goodbye… : 

Its about time to say Goodbye…

Thank you & Sorry for everything : 

Thank you & Sorry for everything Segala yang baik datangnya dari Allah, dan segala yang buruk datang dari kelemahan diri ini, yang mana hakikatnya datang dari Allah jua