Teknik Menjawab Pendidikan Moral

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

Teknik Menjawab Pendidikan Moral

Comments

Presentation Transcript

Teknik Menjawab Pendidikan Moral:

Teknik Menjawab Pendidikan Moral Oleh : Majlis Guru Cemerlang Sabah

Slide 2:

GARIS PANDUAN TEKNIK MENJAWAB PENGETAHUAN MORAL SPM 2007 (FORMAT BARU ) Kertas 1 (1225/1) Penilaian dan pengujian Pendidikan Moral SPM adalah berasaskan objektif mata pelajaran . Dengan itu item bagi Kertas 1 iaitu struktur dan esei merangkumi tahappengetahuan , kefahaman , analisis dan kemahiran berfikir ( membuat keputusan dan menyelesaikan masalah ) Kertas 2 (1225/2) Kerja kursus wajib dilaksanakan . Dua elemen diukur dan ditaksir ia itu sahsiah dan penyediaan folio kerja-kerja amal dan tugasan harian . Objektif mata pelajaran yang diuji menerusi kerja kursus ialah aspek penghayatan dan amalan nilai murni .

Slide 3:

Teknik Menjawab Kertas 1 I. Bahagian Struktur (8 soalan = 80 markah ) Prinsip asas ialah “ Jawab apa yang disoal ” A. Penulisan Nilai Sahaja i . Apakah nilai yang diamalkan … ii. Berikan dua nilai yang patut ada pada ….… iii. Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh penduduk Taman Orkid . Untuk kata tugas di atas , calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk “ ayat”ringkas . Contohnya : Nilai yang diamalkan ialah … amanah . Nyatakan merupakan Kata Tugas yang banyak diguna pakai .

Slide 4:

B. Soalan Yang Meminta Definisi / Takrif Nilai Contoh soalan : Berikan maksud nilai amanah dalam situasi di atas . Terangkan maksud nilai …… ( cth . tanggungjawab terhadap keluarga ) Takrifkan nilai …… ( cth . amanah ) Jelaskan maksud nilai …… · Cara Menjawab Item Definasi / Maksud Calon perlu menulis maksud / takrif nilai amanah dalam bentuk ayat yang lengkap . Misalnya untuk nilai Amanah , kata kunci nilai amanah hendaklah ditulis sebagai respon kepada takrif nilai . Seboleh-bolehnya semua kata kunci nilai tersebut ditulis semula dengan lengkap untuk mendapatkan markah penuh . Contoh jawapan : Amanah bererti sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain . (3 kata kunci ) # Jika lengkap semua kata kunci yang bergaris di atas akan dapat markah penuh .

Slide 5:

C. Soalan Yang Memerlukan Nilai dan Penerangan ( Tulis Seperti Lazim Dalam Format Lama) Contoh kata tugas : Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Ah Meng dalam situasi di atas …… Terangkan dua nilai …… yang patut diamalkan oleh Mariam . Jawapan calon haruslah merangkumi N1 + P1 ( sekurang-kurangnya satu penerangan bagi setiap nilai ) Elakkan menulis jawapan umum ( tanpa dikaitkan dengan situasi soalan ) Contoh Jawapan Umum : Pegawai itu bertanggungjawab . Beliau menjalankan tugas dengan sempurnaSepatutnya nyatakan apakah tugas pegawai dengan tepat : ” Beliau menjalankan tugas menangkap pencuri motosikal dengan sempurna ”

Slide 6:

Soalan Yang Memerlukan Nilai + Penerangan + Huraian / Contoh Contoh kata tugas : Huraikan satu nilai …… (3 markah ) Jawapan hendaklah merangkumi N1 + P1+ Huraian / Contoh untuk mendapat 3 markah Contoh soalan : Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibubapa bagi mewujudkan ‘ Keluarga Bahagia ’. [6 markah ] Contoh Jawapan Lengkap . Ibu bapa harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga . Mereka perlu menyayangi ahli / anggota keluarga dengan perasaan cinta yang mendalam . Contohnya mengambil tahu masalah dan keperluan anak-anak . ( atau sentiasa berdamping dan bermesra dengan anak-anak .) ( Jawapan di atas : Nilai diikuti penerangan dan contoh )

Slide 7:

Contoh situasi : Pencemaran alam sekitar . Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan pencemaran udara . Jawapan : Masyarakat patut amalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar . Mereka hendaklah memelihara kebersihan udara di sekitar rumah mereka . Misalnya tidak membakar sampah di mana-mana sahaja kerana ini menyebabkan jerebu sebaliknya membawa sampah ke tempat pelupusan . ( Jawapan yang bergaris merupakan huraian bagi penerangan . Jika tiada contoh , boleh juga beri huraian lanjut untuk penerangan nilai .)

Slide 8:

E. Soalan Berkaitan Dengan Ciri-Ciri Nilai Contohnya : Nyatakan ciri-ciri nilai bertanggungjawab . Calon perlu menyatakan kata kunci dan ciri-ciri nilai berkenaan . Contohnya ciri-ciri nilai bertanggungjawab ialah menjalankan kewajipan , menjalankan tugas , memikul tugas / kewajipan , menjalankan tugas dengan sempurna , menjaga kebajikan , melaksanakan sesuatu amanah , memastikan tugas selesai dsbnya .

Slide 9:

F. Soalan Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak Memerlukan Nilai ) Nyatakan dua kesan pencemaran …. [2 markah ] Berikan dua langkah membentaras ….. [2 markah ] Jelaskan dua kesan / akibat / sebab / aktiviti …. [4 markah ] Terangkan dua langkah / cara / masalah / tujuan … [4 markah ] 1. Jika kata tugas “ nyatakan / berikan ” : tidak perlu huraian / penjelasan . Contoh 1 : Nyatakan satu pertubuhan antarabangsa yang anda tahu . Jawapan : Pertubuhan tersebut ialah KOMANWEL. 2 . Jika kata tugas “ jelaskan / terangkan ” : tulis isi dan huraian / contoh . Tidak perlu nilai .

Slide 10:

Contoh 2 : Jelaskan dua kesan penebangan hutan yang berleluasa . [4 markah ] Jawapan : Contoh 3 : Terangkan dua tujuan ‘ Hari Patriotisme ’. [4 markah ] Jawapan : Tujuannya untuk memupuk semangat patrotik di kalangan rakyat . Dengan itu rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-dasar negara . Isi ( Tujuan ) – memupuk semangat patriotikHuraian – rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-dasar negara . Kesan penebangan hutan Huraian / contoh Berlaku kesan rumah hijau Suhu semakin meningkat / cuaca panas Berlaku malapetaka / bencana Banjir lumpur / kilat / hakisan

Slide 11:

G. Soalan Kemahiran Berfikir Menguji Kandungan Akademik ( Yang Tidak Memerlukan Nilai ) Contoh : Ramalkan dua kesan pencemaran udara ….. Nyatakan dua tindakan ….. untuk membanteras rasuah Apakah yang patut dilakukan jika tidak mendapat pekerjaan ….. Bandingkan ciri-ciri nilai amanah dan bertanggungjawab …..

Slide 12:

Calon perlu tulis jawapan yang bernas / lojik tanpa nilai dalam bentuk ayat ringkas.Huraian boleh diberi untuk mengukuhkan jawapan . Ini bergantung kepada peruntukan markah untuk soalan tersebut . Lain Contoh Soalan Struktur 1 . Namakan nilai-nilai dalam bidang perkembangan diri 2. Nyatakan nilai-nilai dalam bidang kekeluargaan . 3. Huraikan secara ringkas bagaimana anda bertoleransi dalam masyarakat . 4. Apakah nasihat bermoral yang boleh anda berikan sekiranya kawan anda suka berlumba haram ?

Slide 13:

II. Bahagian Esei Calon harus jawab dua soalan daripada tiga soalan esei . Setiap esei 10 markah . Aras soalan esei ialah analisis , menghurai , membuat keputusan dan menyelesaikan masalah . Dijangkakan dua bentuk soalan esei i . berbentuk diskusi ( menghuraikan ) ii. berbentuk tindakan ( membuat keputusan / menyelesaikan masalah )

Slide 14:

Contoh ( i ) : Berbentuk HURAIAN ( Nilai + Penerangan ) 1. Bincangkan nilai yang diamalkan … 2. Huraikan nilai-nilai yang ingin dipupuk … 3. Bincangkan langkah-langkah … 4. Bincangkan sebab-sebab … 5. Bincangkan peranan … 6. Mengapakah remaja harus … 7. Bagaimana ibu bapa dapat …

Slide 15:

Untuk jenis esei ini , tak kira apa kata tugas , jawapan mesti dimulakan dengannilai dan diikuti oleh penerangannya . Setiap esei mestilah ada nilai , diikuti penerangan pertama dan huraian atau contoh . Kemudian diikuti dengan penerangan kedua dan huraian atau contoh . Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1Huraian/ Contoh Penerangan (Pa2) + Huraian / Contoh . Setiap esei dijawab dengan ayat yang lengkap atau ringkas sama adaberperenggan atau satu perenggan .

Slide 16:

Hanya memberi nilai tanpa penerangan tidak diterima lagi . Senarai nilai dalam bentuk perenggan tidak diterima . Penerangan yang mengguna ayat biasa tanpa mengandungi kata kunci nilai juga tidak diterima lagi . Mesti menjawab dalam bentuk esei . Jika dijawab dalam bentuk poin dan bernombor tidak diterima .

Slide 17:

Contoh Soalan 1 : Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah . [ 10 markah ] Contoh Jawapan : Ketua pengawas perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab . Dia perlu memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah . Contohnya mendenda murid yang tidak memakai tanda nama / lewat ke sekolah . Ketua pengawas juga harus melaksanakan tugasnya dengan sempurna . Dia perlu membuat laporan kepada guru disiplin walaupun rakannya melanggar peraturan sekolah . (5 markah )

Slide 18:

Contoh Soalan 2 : Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara untuk merealisasikan Wawasan 2020 . Contoh Jawapan : Rakyat harus amalkan nilai toleransi . Mereka harus sabar dalam tindak-tanduk mereka . Misalnya mendiamkan diri jika ada jiran berbangsa lain mahu bertengkar . Setiap warganegara juga harus bertolak ansur ketika sesuatu kaum mengadakan aktiviti keagamaan . Misalnya bertolak ansur dengan kesesakan jalan raya ketika Thaipusam di Batu Cave . Setiap warganegara juga mengamalkan nilai kasih sayang . Mereka hendaklah peka terhadap keperluan orang lain. Misalnya bersimpati terhadap mangsa Tsunami di Kuala Muda . Rakyat perlu sayang terhadap golongan orang kurang upaya . Misalnya menghulurkan bantuan kewangan / benda kepada yang memerlukan . (10 markah )

Slide 19:

Contoh (ii) : Berbentuk TINDAKAN 1. Wajarkah tindakan pemimpin X … ( Mesti ada Wajar atau Tidak Wajar dalam ayat pertama sebelum nilai diberi …) 2. Setujukah anda dengan tindakan … ( Saya Setuju atau Tidak Setuju .. ) 3. Jika anda adalah Perdana Menteri Negara X, jual atau tidak …. ( Saya akan jual kerana ... atau Saya tidak akan jual kerana ... ) 4. Jika anda penduduk Negara X, lari atau tidak jika Negara dilanda peperangan … ( Saya akan lari ... atau Saya tidak akan lari ...) 5. Bincangkan tindakan pihak-pihak berikut menangani gejala sosial · ibu bapa · guru· masyarakat Untuk Soalan Tindakan , calon hendaklah menulis : Tindakan + Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1) + Huraian / Contoh Penerangan (Pa2) + Huraian / Contoh

Slide 20:

III. Peraturan Pemarkahan 1 . Jumlah isi bergantung kepada jumlah markah bahagian soalan Nilai – 1 markah Penerangan – 1 markah Contoh – 1 markah Huraian – 1 markah Jawapan – 1 markah Jika 3 markah , maka calon perlu memberi :   1 Nilai + 1 Penerangan + 1 Contoh = 3 markah Jika soalan minta “ Berikan tiga sebab ” : Calon perlu memberi tiga alasan untuk memperoleh 3 markah

Slide 21:

2 . Jika soalan minta nilai dan tiada nilai diberi , maka diberi 0 markah walaupun penerangan / huraian tepat seperti dalam skema . 3. Nilai mesti ditulis dan dieja dengan tepat seperti dalam Sukatan Pelajaran . Tiada kelonggaran diberi untuk ejaan . 4 . Jangan tulis dalam bentuk poin seperti berikut : Bertanggungjawab . Pengawas harus memikul … Kerajaan patut menggubal undang-undang … atau ditulis dengan nombor seperti berikut : Nilai bertanggungjawab diamalkan oleh Ah Meng … Kerajaan patut menggubal undang-undang … 5 . Jumlah Nilai Yang Patut Ditulis Dalam Jawapan Untuk soalan struktur , dasar 2 + 1 diterimapakai untuk soalan berbunyi …. Berikan dua nilai …. Hanya 3 nilai pertama diterima .

Slide 22:

IV. Isu-Isu Popular 01. Alam sekitar – jerebu , bencana , sampah , sungai , pembalakan haram , kebakaran hutan 02. Keluarga – keluarga bahagia , ibu mithali , mengenang jasa dll . 03. Perayaan di M’sia – Hari Kebangsaan , Citrawarna dll . 04. Kejayaan rakyat / negara – Gunung Everest, Kutub Utara, Nicol David dll . 05. Keamanan dunia – ASEAN, NAM, OIC, isu nuklear dll .

Slide 23:

06. Kemanusiaan / keprihatinan insan – membantu mangsa gempa bumi /tsunami dll . 07. Pembangunan negara – kemerdekaan , Wawasan 2020, mahasiswa menggangur dll . 08. Persoalan remaja / gejala sosial remaja dll . 09. Persekolahan – pengawas , kokum, pelajar contoh dll . 10. Masyarakat – majmuk , gotong royong , membanteras jenayah , Rukun Tetangga dll 11 . Golongan kurang bernasib baik – kejayaan , sumbangan , peranan NGO dll .

Slide 24:

V. Nilai-Nilai Popular Amanah Kerajinan Menyayangi dan menghargai alam sekitar Berdikari Kesederhanaan Peka terhadap isu-isu alam sekitar Bertanggungjawab Rasional Cinta akan negara Harga diri Toleransi Mematuhi peraturan dan undang-undang Hemah tinggi Kasih sayang terhadap keluarga Hidup bersama secara aman Kasih sayang Tanggungjawab terhadap keluarga Saling membantu dan bekerjasama Perhatian : 1. Sentiasa baca / ingat kata kunci nilai-nilai ini . 2. Gunakan dalam kehidupan seharian di sekolah / rumah . 3. Buat latih tubi banyak dengan nilai-nilai ini . 4. Cari isu-isu semasa yang memerlukan nilai-nilai ini .

Slide 25:

VI. Simbol-Simbol Penandaan Skrip N1 – nilai Na1 – nilai pertama dalam soalan esei Nb1 – nilai kedua dalam soalan esei P1 – penerangan Pa1 – penerangan pertama dalam esei untuk nilai yang pertama ~~~ - digaris seperti ombak pada nilai yang tepat ( ) – dibuat kurungan untuk penerangan yang tepat UN1 – untuk nilai yang diulang Max N – untuk nilai yang telah diberi markah / ditanda lebih awal dalam kelompok yang sama / untuk nilai yang kelima . Max P – untuk penerangan yang kelima bagi sesuatu nilai TB – tidak berkaitan J1 – simbol baru untuk jawapan bukan nilai . Contohnya : kesan , cara , langkah , sebab , akibat , ramalan dll

Slide 26:

Don't limit a child to your own learning, for he was born in another time. . .. Rabinnical Sayings