Teknik menjawab SPM -Sejarah

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

FORMAT KERTAS SPM 1249 SEJARAH:

FORMAT KERTAS SPM 1249 SEJARAH Kertas SPM Sejarah (Kod 1249) terdiri daripada 2 kertas, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1 merangkumi soalan-soalan objektif daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 5. Kertas 2 merangkumi soalan-soalan Struktur (Bahagian A) dan Esei (Bahagian B) daripada Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan 5.

FORMAT KERTAS 1:

FORMAT KERTAS 1 Masa yang diberikan ialah 1 jam Kertas 1 adalah penentu gred Sejarah SPM (pastikan calon mendapat 30 jawapan tepat dalam ujian/peperiksaan sekolah) Sebanyak 40 soalan objektif wajib dijawab Terdapat 2 jenis soalan objektif, iaitu soalan aneka pilihan dan soalan pelengkap dua pilihan (berdasarkan Kertas 1 SPM 2008) Ketiga-tiga format soalan ini disertai empat pilihan iaitu A, B, C dan D

Contoh Soalan Aneka Pilihan:

Contoh Soalan Aneka Pilihan Apakah kepentingan kandungan karya The Art Of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini ? (Soalan no.2, SPM 2008) Menerangkan sistem pemerintahan Mengatur strategi perniagaan Menentukan bentuk hubungan luar Membantu pelaksanaan peperiksaan awam

JENIS SOALAN ANEKA PILIHAN:

JENIS SOALAN ANEKA PILIHAN Ingatan, Rajah, Pernyataan, Aplikasi Soalan aneka pilihan berdasarkan Kertas 1 Sejarah SPM 2008 adalah bermula dari soalan nombor 1 – 36, 38 dan 40 (Jumlah 38)

Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:

Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan Berdasarkan Kertas 1 Sejarah SPM 2008, Soalan Aneka pelengkap Dua Pilihan adalah bermula dari soalan nombor 37 dan 39 sahaja (Jumlah 2)

Teknik Menjawab Aneka Pelengkap Dua:

Teknik Menjawab Aneka Pelengkap Dua Memahami keterangan item Memahami arahan soalan Mengesan jawapan tepat ( 2 Betul dan 2 Salah) Padankan dengan pilihan jawapan

Contoh Soalan Aneka Pelengkap Dua:

Contoh Soalan Aneka Pelengkap Dua Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar dapat dicapai? (no.37, SPM 2008) I Menyatupadukan penduduk II Membuka kawasan pertanian baru III Menyediakan kemudahan pinjaman IV Menamatkan kutipan cukai pertanian I dan II I dan IV II dan III III dan IV

SOALAN ANEKA PELENGKAP TIGA PILIHAN:

SOALAN ANEKA PELENGKAP TIGA PILIHAN Berdasarkan Kertas 1 SPM 2008, tidak ada soalan berbentuk ini Namun calon perlu tahu teknik menjawab soalan aneka pelengkap tiga pilihan

Teknik Menjawab Aneka Pelengkap Tiga Pilihan:

Teknik Menjawab Aneka Pelengkap Tiga Pilihan Memahami keterangan item Memahami arahan soalan Menggugurkan jawapan aneka pilihan yang salah (1 Pilihan Salah) Mencari jawapan yang tepat Padankan dengan pilihan jawapan

STRATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 1:

STRATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 Soalan-soalan objektif SPM mempunyai stimulus soalan jenis ingatan, aplikasi dan analisis. Jawab semua 40 soalan objektif (1.5 minit untuk setiap satu soalan) Jika sesuatu soalan sukar dijawab, anda dikehendaki menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu Tandakan jawapan pilihan anda pada kertas jawapan dengan hati-hati agar sama dengan jawapan pilihan yang terdapat pada kertas soalan ( Guna pensil 2B sahaja) Semak kertas jawapan dengan teliti sebelum anda menyerahkannya kepada pengawas pemeriksa

FORMAT KERTAS 2:

FORMAT KERTAS 2 Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam 30 minit . Ia terbahagi kepada 2 bahagian: Bahagian A - Soalan Struktur (4 soalan disediakan dalam bahagian ini dan calon mesti menjawab semua soalan dari bahagian ini) Bahagian B – Soalan Esei (5 soalan disediakan dalam bahagian ini dan calon WAJIB memilih 3 soalan untuk dijawab)

JENIS DAN BENTUK SOALAN STRUKTUR:

JENIS DAN BENTUK SOALAN STRUKTUR Bentuk soalan struktur berdasarkan : pernyataan / huraian jadual gambar rajah gambar graf / peta Dari segi pemarkahan, setiap ceraian soalan struktur menawarkan 1 - 3 markah.

STRATEGI MENJAWAB SOALAN STRUKTUR:

STRATEGI MENJAWAB SOALAN STRUKTUR Baca arahan dan jawab semua soalan struktur berdasarkan arahan. Tulis jawapan di ruang yang disediakan sahaja dalam kertas jawapan. Baca setiap soalan dengan teliti kerana soalan struktur mempunyai bahagian-bahagian yang saling berkait. Kadangkala, idea dari soalan terakhir mungkin dapat membantu anda untuk menjawab soalan pertama, ataupun sebaliknya. Tinggalkan soalan yang sukar. Tetapi anda perlu kembali untuk berusaha menjawab soalan sukar tadi selepas semua soalan lain sudah dijawab. Anda perlu menjawab soalan struktur ini dengan ringkas dan tepat . Soalan terakhir setiap soalan ceraian dari 1 -4 adalah berbentuk KBKK.

RAHSIA SKEMA KERTAS 2 BAHAGIAN A / STRUKTUR:

RAHSIA SKEMA KERTAS 2 BAHAGIAN A / STRUKTUR Jawab semua 4 soalan Setiap soalan mempunyai 4 / 5 ceraian SPM 2008: 1abcde, 2abcd, 3abcde, 4abcd Setiap soalan mengumpul 10 markah 4 soalan X 10 markah = 40 markah Bahagian ini penting untuk menentukan gred

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2 BAHAGIAN B / SOALAN ESEI:

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2 BAHAGIAN B / SOALAN ESEI Jawapan mesti dihasilkan dalam bentuk esei. Setiap soalan ceraian disediakan markah tertentu.Calon hendaklah memberikan fakta/huraian lebih kepada soalan yang mempunyai markah yang banyak. Soalan Sejarah SPM bertujuan menilai kematangan pelajar menyusun fakta, memberi penjelasan dan contoh yang munasabah.

Memahami Kehendak Soalan:

Memahami Kehendak Soalan Jelaskan peranan pembesar Melayu dalam peusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke -19. (4m) (Soalan 8a, SPM 2008) Tuliskan peranan pembesar sahaja Perlu 4 peranan pembesar = 4m Ada 1 perenggan sahaja

Slide 17:

Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. (10m) (Soalan 6b, SPM 2008) Tuliskan 5 fakta + 5 huraian masing-masing Ada 5 perenggan untuk jawapan soalan ini

Slide 18:

Huraikan tindakan penjajah British yang membawa kepada penentangan tersebut. (6m) (Soalan 7a, SPM 2008) Mesti ada fakta, huraian dan contoh 6 fakta + huraian + contoh Ada 6 perenggan untuk jawapan soalan ini

Slide 19:

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia.(8m) (Soalan 5a, SPM 2008) Mesti ada fakta, huraian dan contoh 8 fakta + huraian + contoh Ada 8 perenggan untuk jawapan soalan ini

Slide 20:

Bandingkan sistem demokrasi dalam Tamadun Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia.(10m) (target 2009) Cari aspek perbezaan dan persamaan Gunakan wacana ‘manakala’ Fakta + huraian + contoh Ada 2/3 perenggan perbezaan dan 2/3 perenggan untuk persamaan

TEKNIK TERAKHIR BAHAGIAN B / ESEI:

TEKNIK TERAKHIR BAHAGIAN B / ESEI Calon perlu peka dengan jumlah markah yang ditawarkan Jika markah yang ditawarkan lebih daripada 6 markah , pastikan calon menjawab dengan memasukkan fakta + huraian + contoh 1 perenggan mengandungi: 1 fakta + 1 huraian + 1 contoh

PENGAGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN KERTAS 2:

PENGAGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN KERTAS 2 Cadangan : Bahagian A / Soalan Struktur (4 soalan) = 60 minit -15 minit untuk 4 soalan struktur (15 X 4 = 60 minit) Bahagian B / Soalan Esei (3 soalan) = 1 jam 30 minit -5 minit membuat rangka jawapan untuk 3 soalan (3 rangka jawapan X 5 minit = 15 minit) -25 minit untuk menulis dan menghurai 1 jawapan esei (3 jawapan esei X 25 minit = 75 minit)

Mencari Fakta Sejarah:

Mencari Fakta Sejarah Kebanyakan soalan Sejarah SPM berkaitan dengan peristiwa penting, konsep penting dan peranan tokoh-tokoh penting. Oleh itu soalan Sejarah SPM lebih banyak memerlukan pelajar menjelaskan sebab-sebab, faktor-faktor, kesan-kesan, ciri-ciri, isi / syarat perjanjian dan cerita sesuatu peristiwa.