Perkara Yang Membatalkan Iman

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

Perkara Yang Membatalkan Iman

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM PENDIDIKAN ISLAM TING. 5 AKIDAH ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 2: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Maksud Iman Bahasa : Percaya, yakin Istilah : Membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan

Slide 3: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN Syirik Kufur Riddah Khurafat Sihir Nifak ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 4: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM 1. SYIRIK Syirik bermaksud menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan makhluknya sama ada dari segi zat-Nya, sifat-Nya ataupun perbuatan-Nya

Slide 5: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Jenis-jenis Syirik Jenis-jenis Syirik Pengertian Perbuatan syirik yang dilakukan secara terang- terangan Syirik Jali Bertenung nasib Menyembah berhala Menyembah pokok Tidak meletakkan Allah yang mutlak dalam niat Syirik Khafi Menunjuk-nunjukan kehebatan diri Riak, ujub dan takbur Mengagungkan kuasa lain lebih daripada Allah ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Contoh

Slide 6: 

Akibat perbuatan syirik Membatalkan iman seseorang Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah Dibenci oleh orang lain Dimurkai oleh Allah Akidah akan rosak Maruah masyarakat Islam dipandang rendah dan tercemar Menimbulkan permusuhan dalam masyarakat Masyarakat menjadi lemah ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 7: 

Contoh Perbuatan Syirik Memohon hajat di kubur yang dianggap keramat dan boleh menunaikan sesuatu hajat Percaya kepada kuasa lain boleh menyembuhkan penyakit Percaya pada ilmu sihir Percaya pada tangkal azimat dapat menyembuhkan penyakit RO5MAWATI MAMAT 1(5P1(TM

Slide 8: 

Mengapa masih ada masyarakat yang melakukan syirik walaupun ditegah dalam Islam Pegangan agama yang tidak teguh Terpengaruh dengan keseronokan dunia Tidak memiliki ilmu agama secara mendalam Terpengaruh dengan rakan yang jahil ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 9: 

2. KUFUR Kufur bermaksud tidak percaya sepenuhnya terhadap hukum ALLAH swt dan menolak ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad saw. Kufur terbahagi kepada dua iaitu: Kufur Nikmat Kufur Hakikat ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 10: 

Jenis--jenis kufur ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 11: 

Akibat perbuatan kufur Membatalkan iman Menimbulkan kebencian dan kemarahan orang Islam yang lain Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Melemahkan pegangan masyarakat Islam terhadap ajaran Islam Umat Islam akan dipandang hina oleh masyarakat lain Mencemarkan kesucian agama Islam

Slide 12: 

3. Riddah Riddah bermaksud keluar daripada Islam. Seseorang yang berpaling tadah dan keluar daripada agama Islam dikenali sebagai murtad. Menasihatinya dan memintanya bertaubat dan kembali kepada Islam Memberi perlindungan sekiranya dia seorang muallaf Melaksanakan hukuman bunuh ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Cara menangani orang murtad:

Slide 13: 

Hikmat dikenakan hukuman bunuh Menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang boleh dipersendakan sewenang-wenangnya. Tidak akan ada lagi orang yang berani memburuk-burukkan agama Islam. Tindakan orang murtad boleh memecahbelahkan masyarakat Islam Menunjukkan bahawa hukuman Allah adalah tegas Perbuatan murtad mencemarkan kesucian agama Islam DOSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 14: 

Faktor yang membawa kepada perbuatan riddah Memiliki pegangan agama yang lemah Terpengaruh dengan kemewahan dan kenikmatan hidup di dunia Tiada bimbingan untuk memahami Islam Tidak sabar menghadapi kesusahan dan ujian Menganggap bahawa hukum Islam adalah kolot Lalai dalam melaksanakan hukum Allah ROSMAWATI MAMAT KSPK TM

Slide 15: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Akibat perbuatan murtad Menjadi penghuni neraka selama-lamanya Perkahwinannya tidak sah (terbatal) Tidak boleh memusakai harta pusaka Orang lain haram menerima hartanya Haram dikebumikan di perkuburan Islam

Slide 16: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM 4. Khurafat Khurafat bermaksud kepercayaan- kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perbuatan tersebut tidak termaktub dalam al-Quran dan hadith ROS,1AWAT! ,1A,1AT KSPK T,1

Slide 17: 

Contoh perbuatan khurafat yang masih diamalkan oleh masyarakat hari ini Mengadakan upacara tolak bala pada hari rabu dan akhir bulan safar Mempercayai tangkal azimat boleh mendatangkan kesan kepada pemakainya Mempercayai kubur itu ada keramat Mempercayai tuah dan sial melalui tanda seperti suara burung dll Mandi bunga boleh mempercepatkan jodoh Melenggang perut bagi perempuan mengandung sulung Membuang ancak

Slide 18: 

Kesan buruk perbuatan khurafat Boleh membawa kepada syirik dan terbatal Iman Menyekat kebebasan seseorang kerana adat- adat lama yang masih menjadi pegangan ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Masyarakat menjadi mundur kerana takut melanggar pantang larang Menyekat kebebasan berfikir Membazir masa, harta dan tenaga Membawa kepada berlakunya permusuhan akibat wujudnya dua golongan yang berlainan pendapat

Slide 19: 

5. Sihir Sihir bermaksud segala jenis ilmu yang berkaitan dengan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib seperti jin atau syaitan. Sihir bertujuan memudaratkan dan mengelirukan manusia.

Slide 20: 

Contoh amalan sihir Perbomohan yang menggunakan bantuan syaitan atau jin seperti santau, guna-guna dan sebagainya Perubatan yang mendekatkan diri kepada jin disertai upacara penyembelihan binatang Pertunjukkan silap mata dengan cara memukau penonton

Slide 21: 

Merosakkan akidah seseorang Menyebabkan persengketaan dalam masyarakat Menyebabkan pengamal ilmu sihir bersifat takbur dan zalim Membazirkan wang, masa dan tenaga akibat perbuatan sia-sia Sihir berpunca daripada perasaan dendam, irihati dan benci kepada seseorang Kesan buruk amalan sihir

Slide 22: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM 6. Nifak Nifak ialah berpura-pura beriman kepada Allah dan rasul-Nya sedangkan hatinya tetap kufur kepada Allah. Golongan ini dinamakan munafik.

Slide 23: 

Ciri-ciri orang munafik Berdusta apabila bercakap Khianat apabila diberi amanah Selalu memungkiri janji Bersikap melampaui batas apabila bertengkar.

Slide 24: 

Akibat buruk perbuatan munafik Melemahkan perpaduan masyarakat Hilang sikap percaya mempercayai antara satu sama lain Menghancurkan kekuatan umat Islam Hidup tidak tenang dan tenteram di dunia dan akhirat Usaha untuk membangunkan dan memajukan masyarakat terbantut

Slide 25: 

Bagaimana cara mengelakkan iman terbatal Berpegang teguh dengan ajaran Islam Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya Menghindari perbuatan yang boleh membatalkan iman Menghadiri kelas-kelas pengajian agama Mendampingi alim ulama Sentiasa melakukan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah

Slide 26: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM Faktor yang membatalkan iman Iktikad Perbuatan Mengkui ada kuasa lain selain Allah Mempermainkan hukum hakam Percakapan Mengatakan hukum islam sudah tidak sesuai diamalkan Ingkar pada nikmat kurniaan Allah Menghina ayat al-Quran Mempersendakan hukum Allah melalui ucapan Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Bertawakkal kepada selain Allah Melakukan perkara yang diharamkan Menghalalkan sesuatu yang haram Menghina ayat al-Quran seperti memijak dll Menentang hukum Islam seluruhnya Mengatakan hukum Allah itu kolot Mencintai dunia lebih dari akhirat

Slide 27: 

Perbezaan antara orang munafik dengan orang fasik

Slide 28: 

ROSMAWATI MAMAT KSPK TM DISEDIAKAN OLEH USTAZAH ROSMAWATI MAMAT

authorStream Live Help