TEKNIK MEMBACA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

By: wira5472 (33 month(s) ago)

macam mana nak dapat ni

By: hafida8888 (35 month(s) ago)

MACAM MANA YA NAK DOWNLOAD POWER POINT INI

By: afidah63 (37 month(s) ago)

Mohon bantu untuk saya downlord bahan bagi menghasilkan kajian tindakan

By: leein0 (38 month(s) ago)

mte kongsi maklumat boley?

Presentation Transcript

Teknik Membaca Dengan Baik : 

Teknik Membaca Dengan Baik MENU UTAMA Definasi membaca Pengenalan Teknik membaca SQ3R Q- QUESTION Cara Melaksanakan S S-SURVEY Cara Melaksanakan Q (a) Cara Melaksanakan Q (b) Cara Melaksanakan Q (c) Cara Melaksanakan 1R 1R - READ Cara Melaksanakan 2R 2R - RECITE Cara Melaksanakan 3R 3R - REVIEW KESIMPULAN

Definisi Membaca : 

Definisi Membaca Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang - lambang bercetak dan bertulis. ( Harris dan Sipay, 1980 ) Membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehingga terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. ( Goodman, 1973 )

Pengenalan : 

Pengenalan SQ3R diperkenalkan oleh Robinson Tujuan untuk memberi peluang kepada pembaca membuat analisis terhadap bacaan.

Teknik Membaca SQ3R : 

Teknik Membaca SQ3R SQ3R adalah singkatan bagi: S - Survey (Kaji) Q - Question (Soal) R - Read (Baca) R - Recite (Lafazkan semula) R - Review (Ulang)

S- SURVEY : 

S- SURVEY Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Cara Melaksanakan S : 

Cara Melaksanakan S Baca tajuk buku Baca arahan Perhatikan sebarang huruf besar atau huruf yang dihitamkan Perhatikan jika anda gambar atau ilustrasi mengenai bab yang akan anda baca. Teka, apa agaknya yang akan anda baca sebentar lagi. Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab yang anda mahu baca.

Q- QUESTION : 

Q- QUESTION Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.

Cara Melaksanakan Q (a) : 

Cara Melaksanakan Q (a) Soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, jika anda diberi apa-apa soalan, walaupun anda tidak mahu menjawabnya, minda anda akan terbuka untuk mencari dan menerima jawapannya. Contoh : Bolehkah ayam mengeramkan telur itik? Apakah yang anda bayangkan?

Cara Melaksanakan Q (b) : 

Cara Melaksanakan Q (b) Anda mungkin tidak berminat hendak menjawab soalan ini tetapi apabila soalan ini diajukan, minda anda mula terbayang gambar ayam sedang mengeramkan telur itik. Mungkin anda pergi lebih jauh lagi dengan membayangkan ayam membela dan membesarkan sekumpulan anak itik yang menyangka ayam itu sebagai ibu mereka.

Cara Melaksanakan Q (c) : 

Cara Melaksanakan Q (c) Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah: Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus.

R - READ : 

R - READ Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anada bina melalui langkah S dan Q

Cara Melaksanakan READ : 

Cara Melaksanakan READ Membaca sepatutnya ada kaitan dengan berfikir. Apabila anda membaca, anda akan berfikir Readers are leaders. Leaders are readers Persoalannya, mengapa apabila anda membaca anda boleh mempunyai ciri-ciri dan kemampuan seorang pemimpin. Sebabnya ialah apabila anda membaca, anda akan berfikir. Seorang pemimpin yang hebat mesti mempunyai keupayaan untuk berfikir Jika selama ini anda membaca sambil merasa mengantuk, anda mungkin tidak berfikir. Jika anda baca tetapi langsung khayal dan tidak sedar apa yang anda baca, sudah tentunya anda tidak berfikir

Slide 13: 

Anda perlu ingat, semasa membaca, anda perlu berfikir. Bagaimana mahu berfikir? Mudah sahaja. Ingat kembali soalan-soalan yang telah anda fikirkan dalam langkah S dan Q tadi. Apabila membaca, aktifkan minda anda dengan berfikir sambil mencari jawapan kepada soalan-soalan yang telah anda fikirkan tadi. Apabila anda aktif berfikir untuk mencari jawapan, minda anda akan fokus. Anda akan mampu menumpukan sepenuh perhatian dan minat anda untuk terus membaca juga akan semakin meningkat. Apa yang menarik ialah, apabila anda terjumpa jawapan kepada soalan yang telah anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat akan fakta itu. Ini sebenarnya membantu daya memori anda juga.

Slide 14: 

Untuk lebih mudah ingat soalan-soalan yang telah anda fikirkan, tuliskan soalan-soalan tersebut di atas kertas dan letakkan kertas itu di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semual kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut. Selalunya, apabila anda membaca dan aktif berfikir, anda akan terfikirkan soalan-soalan baru. Tuliskan soalan itu di atas kertas tadi supaya anda tidak lupa. Mungkin tidak semua soalan anda akan dapat terjawab. Soalan yang tidak dapat anda jawab itulah yang patut anda tanyakan kepada guru anda. Penjelasan daripada guru pasti akan membantu anda memahaminya.

R - RECITE : 

R - RECITE Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca

Cara Melaksanakan Recite : 

Cara Melaksanakan Recite Lafazkan semula ini tidak hanya bermaksud anda perlu sebut dengan kuat apa yang telah anda baca. Anda boleh hanya fikirkan dan sebutkan dalam hati Semasa anda membaca, adalah normal jika anda jadi khayal dan leka hingga anda hilang fokus kepada apa yang anda baca Anda perlu tahu, buku selalunya disusun mengikut bab atau bahagian-bahagian tertentu. Elakkan daripada membaca kesemua bab sekaligus tanpa berhenti dan melakukan langkah ini

Slide 17: 

Selepas habis membaca satu-satu bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut. Anda cuma perlu jawab dalam minda anda sahaja. Jika anda tidak dapat jawab, buka semula muka surat yang anda telah baca dan cari semula jawapan tersebut dengan pantas Jika boleh, jangan teruskan membaca selagi anda tidak tahu apa jawapan yang anda sedang cari melalui bab tersebut Setelah anda yakin anda faham dan dapat jawab soalan tersebut, teruskan membaca bab dan bahagian seterusnya.

R - REVIEW : 

R - REVIEW Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

Cara Melaksanakan REVIEW : 

Cara Melaksanakan REVIEW Langkah terakhir ini adalah sangat penting untuk memastikan anda ingat apa yang telah anda baca. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi kepada memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang

Slide 20: 

Setelah anda habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan itu di dalam minda anda. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, atau bayangkan apa yang anda baca tadi sebenarnya diceritakan oleh guru anda. Bayangkan anda melihat tayangan gambar dan penerangan itu dari awal hingga akhir. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan di sekolah anda. Bayangkan, jika soalan itu benar-benar keluar, apa yang akan anda jawab. Akhir sekali, antara aktiviti yang paling berkesan untuk membuat anda ingat apa yang anda baca ialah dengan menulisnya di atas kertas. Anda tidak perlu tulis cantik-cantik seperti menulis nota yang lengkap..

Kesimpulan : 

Kesimpulan Anda harus menggunakan teknik ini setiap kali anda membaca atau mempelajari sesuatu yang baru Anda akan dapati diri anda lebih fokus terhadap apa yang anda baca Kebolehan anda untuk mengingat apa yang anda baca meningkat dengan mendadak Teknik ini membantu anda menggunakan kemahiran berfikir terutama bagi memahami teks yang dibaca