BLOGGER DAN WEBMASTER

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

BLOGGER DAN WEBMASTER : 

MENU UTAMA BLOGGER DAN WEBMASTER AKTA UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN PENGGUNAAN INTERNET DI MALAYSIA BERITA 1 BERITA 2 AKTA UNDANG-UNDANG HUKUMAN PENGENALAN

Siapa blogger ? : 

Siapa blogger ? 1. Blogger sejati ialah penulis blog yang ingin menyampaikan mesej yang baik melalui blog yang dibina. 2. Blogger niaga ialah penulis blog yang terpengaruh dengan dunia “duit online” ataupun “wang internet”.

BERITA TAHANAN POLIS : 

BERITA TAHANAN POLIS Blogger Penarik Beca ditahan polis Ogos 7, 2008 by aminiskandar Updates: Bakar di bawa ke Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman menurut blogger Jiwo Kelate yang berhubung dengan keluarga beliau. Hari ini jam 2 petang, kita akan berkumpul di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman (berhampiran dengan Bank Negara) untuk menyatakan sokongan kepada Penarik Beca. Semua dijemput hadir. Sebarkan. Posting Asal: Blogger yang menggendalikan blog Penarik Beca, ditahan polis malam tadi. Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya. Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan. Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger! from → Demokrasi, Jahat, Kekuatan Rakyat, Politik, Semasa

BERITA TAHANAN POLIS : 

BERITA TAHANAN POLIS Berita Harian Online ====================Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu. “Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan. Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

AKTA UNDANG-UNDANG INTERNET : 

AKTA UNDANG-UNDANG INTERNET 1. • Akta Hasutan 1948Melarang penyebaran dan penerbitan maklumat yang menghasut. 2. • Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu (Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code). Klasifikasi Kod Kandungan Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan AktaKomunikasi dan Multimedia 1998; Kandungan lucah – perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi,pornografi kanak-kanak; Kandungan tidak bermoral – lucah, tidak bermoral; Kandungan berbentuk ancaman – propaganda menghasut, menanam kebencian, mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam; Bahasa kesat – ucapan yang menghasut, keganasan; Kandungan salah/tidak tepat – salah, mengelirukan.

HUKUMAN SABIT KESALAHAN : 

HUKUMAN SABIT KESALAHAN Untuk Akta Hasutan 1948- Bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun ataukedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, bolehdipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun. Untuk Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998- Peruntukan Seksyen 233 menyebut seseorang boleh didenda “tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM 1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan”.