sistem peredaran darah

Views:
 
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

By: Pebi (35 month(s) ago)

tlg izinkan saya mendownload

By: Pebi (35 month(s) ago)

very good

By: anthonytai (42 month(s) ago)

izinkan saya untuk memuatturun slide ini~ dijadikan sebagai bahan rujukan ISL saya~^^ thanks~

By: dewiks (42 month(s) ago)

izin ya sbg bhn aku belajar

By: vhasistthaa (46 month(s) ago)

can I download it?

See all

Presentation Transcript

SISTEM PEREDARAN DARAH : 

SISTEM PEREDARAN DARAH

Sistem Peredaran Darah: : 

Sistem Peredaran Darah: Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup karena darah mengalir di dalam saluran darah yang tertutup

Slide 3: 

Fungsi asas peredaran darah ialah mengantarkan zat-zat makanan dan oksigen pada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis yaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

Peredaran Pulmonari : 

Peredaran Pulmonari Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari

Peredaran Sistemik : 

Peredaran Sistemik Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bagian badan dan balik ke jantung

Slide 6: 

Struktur anatomi sistem ini terdiri dari : Jantung Saluran darah Darah

Jantung: : 

Jantung: Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibagikan pada 2 bagian yaitu kiri dan kanan. Ia dibagikan oleh dinding yang disebut septum.

Slide 8: 

Lapisan jantung pula terdiri darida 3 lapisan yaitu: Pericardium (luar) Myocardium (tengah) Endocardium (dalam) Jantung mempunyai 4 ruang yaitu: 2 ruangan atas disebut sebagai atrium 2 ruangan bawah disebut sebagai ventrikel Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung

Aliran darah di dalam jantung : 

Aliran darah di dalam jantung Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid

Slide 11: 

Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri.

Slide 12: 

7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan.

Denyutan jantung : 

Denyutan jantung Jantung berdenyut 60 – 80 kali semenit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.

Struktur dan Fungsi Salur Darah : 

Struktur dan Fungsi Salur Darah Terdapat 3 jenis salur darah yang utama: Arteri Vena Kapilari

Arteri : 

Arteri Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

Slide 16: 

Arteri Vena

Vena : 

Vena Vena ialah saluran darah yang membawa darah ke jantung dari bagian-bagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang tipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh karena itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Slide 18: 

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah saja, yaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang paling kecil dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Kapilari darah : 

Kapilari darah Kapilari darah ialah saluran darah yang paling kecil sekali. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang tipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Darah : 

Darah Darah terdiri daripada Pepejal (sel darah ) 40% Cecair (plasma) 60% Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)

Plasma : 

Plasma Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90% dari plasma yang terdiri daripada air. Bahan larut yang terkandung dalam plasma: Garam-garam Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin Bahan-bahan kumuh terutama urea Hormon

Sel Darah Merah (Eritrosit) : 

Sel Darah Merah (Eritrosit) Berbentuk ceper dwicekung Tidak mempunyai nukleus Mengandung pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya. bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma

Slide 24: 

Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang

Sel Darah Putih (Leukosit) : 

Sel Darah Putih (Leukosit) Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sama rata Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.

Slide 27: 

Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi. Ia mempunyai peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.

Sel Pembeku Darah (Platelet) : 

Sel Pembeku Darah (Platelet) Sel-sel ini terbentuk dari luluhan sel-sel lain, yaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia mempunyai peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari

Fungsi Darah: : 

Fungsi Darah: Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan seluruh badan. Melawan jangkitan kuman. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim. Memberi warna pada kulit Mengawal suhu badan.

Slide 32: 

Thankz.....