Psikologi ( Teori Behaviorisme )

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

Teori Behaviorisme

Comments

Presentation Transcript

TEORI BEHAVIORISME: 

TEORI BEHAVIORISME AHLI KUMPULAN: AHMAD FARED BIN KAMARUDIN LB 110409 MOHD ASRUL BIN AZMI LB 110444 ROS AZLINA BINTI IBRAHIM LB 110337 NATRAH BINTI AYOB LB 110397 SITI ESAH NORAINI BT ABD KADIR LB 110320 PENSYARAH: EN ATAN HJ HUSSEIN APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN DBK 10403

Pengertian Teori : 

Pengertian Teori Set konsep-konsep yang saling berkait , yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang ” ( Stanovich ,1992) Cohen R mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar . Andaian-andaian ataupun hipotesis - hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian .

Teori Pengajaran & Pembelajaran: 

Teori Pengajaran & Pembelajaran Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi tentang maksud pembelajaran , bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran . Asas pembentukan strategi pengajaran

TEORI BEHAVIORISME: 

TEORI BEHAVIORISME

PowerPoint Presentation: 

TOKOH SEJARAH IMPLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN -PEMBELAJARAN

PowerPoint Presentation: 

Proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan RANGSANGAN Apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas ( Ee Ah Meng,1994) GERAK BALAS Tingkah laku yang timbul akibat rangsangan Teori Pelaziman Klasik Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman Pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik

PowerPoint Presentation: 

IVAN P.PAVLOV ( 1849 – 1936 ) Teori Pelaziman Klasik Pavlov

PowerPoint Presentation: 

BIODATA Teori Pelaziman Klasik Pavlov Ivan Petrovich Pavlov Lahir – 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah Meninggal – 27 Februari 1936 di Leningrad, Rusia Sekolah Seminari Teologi Universiti St. Petersburg (Kimia dan Fisiologi ) gelaran doktor falsafah pada 1879 Profesor Fisiologi (Institute of Experimental Medicine) pada 1884 Hadiah “Nobel” bidang Psysiology Of Medicine kajian “ Proses Penghadaman ” pada 1904

Teori Pelaziman Klasik Pavlov : 

Teori Pelaziman Klasik Pavlov KAJIAN PAVLOV mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma Kajiannya berasaskan pada ' hukum perkaitan ' (Law of Association) diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal Aristotle “ sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan .” Contohnya : apabila kita melihat sebuah kereta mewah kita mungkin membuat andaian pemandu itu seseorang kaya atau seorang terkemuka . Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau .

Teori Pelaziman Klasik Pavlov: 

Teori Pelaziman Klasik Pavlov Anjing melihat bekas dengan makanan Anjing mengeluarkan air liur Hipotesis Sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan . Anjing tersebut telah ' belajar ' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak .

PowerPoint Presentation: 

Bunyi loceng ( rangsangan terlazim ) Tiada gerak balas Makanan ( rangsangan tak terlazim ) Air liur ( gerak balas tak terlazim ) Sebelum pelaziman

PowerPoint Presentation: 

Semasa pelaziman Bunyi loceng ( rangsangan terlazim ) Makanan ( rangsangan tak terlazim ) Air liur ( gerak balas tak terlazim ) Selepas berlakunya pelaziman Bunyi loceng (rangsangan terlazim) Air liur ( gerak balas terlazim )

KESIMPULAN KAJIAN PAVLOV: 

KESIMPULAN KAJIAN PAVLOV TINGKAHLAKU KESIMPULAN PENGUASAAN (Acquisition) Penguasaan atau bagaimana organisma mempelajari sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku berperingkat-peringkat . Lebih kerap organisma itu mencuba , lebih kukuh penguasaan berkenaan . GENERALISASI ( Generalisation ) Sesuatu organisma itu dapat membuat generalisasi dan akan diikuti dengan gerak balas DISKRIMINASI (Discrimination) Organisma dapat membezakan antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain PENGHAPUSAN (Extinction) Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim , lama kelamaan organism itu tidak akan bergerak balas

Implikasi dalam pengajaran-pembelajaran: 

Implikasi dalam pengajaran-pembelajaran 1. Gerak balas positif dapat dipupuk melalui pelaziman klasik Sebelum pelaziman Semasa pelaziman Selepas pelaziman Guru matematik mengajar kelas kali pertama ( rangsangan tak terlazim ) Gerak balas tak terlazim ( perhatian murid ) terhadap aktiviti pengajaran sahaja Guru mengajar dengan cara yang menarik ( rangsangan terlazim ) Murid tumpukan perhatian ( gerak balas tak terlazim ) Kehadiran guru ( rangsangan terlazim ) Murid tumpukan perhatian ( gerak balas terlazim )

PowerPoint Presentation: 

2. Diaplikasikan dalam bidang tingkah laku pembelajaran manusia Contoh : Mengajar kanak-kanak berumur 4 tahun perkataan ‘ buku ’ selepas mereka telah sebut bunyinya apabila ditunjukkan sebuah buku di depan mereka . Perkaitan baru : menunjukkan kad perkataan ditulis ‘ buku ’ dan diikuti sebuah buku untuk dapatkan gerakbalas kanak-kanak Aktiviti diulang beberapa kali hingga dapat menyebut perkataan buku apabila kad ‘ buku ’ sahaja ditunjukkan BUKU ‘ buku ’ disebut oleh kanak-kanak Bu- ku

Pengajaran berkesan:: 

Pengajaran berkesan : Mengaitkan pengalaman positif ( rangsangan terlazim ) dengan tugasan pembelajaran ( rangsangan tak terlazim ) demi menghasilkan gerak balas terlazim iaitu melalui aktiviti pembelajaran yang memuaskan Bimbing murid :

PowerPoint Presentation: 

John Broadus Watson (1878-1958) TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON

PowerPoint Presentation: 

1878 – Telah dilahirkan di Greenville, South Carolina. 1899 - Tamat pengajian di Furman University. 1901 - Mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di University of Chicago. Beliau telah mengahwini isterinya yang bernama Mary Ikes . Menerima ijazah kedoktoran di University of Chicago. 1914 - Watson telah menerbitkan buku Behavior : An Introduction to Comparative Psychology. 1903 -1915 - Menjadi Presiden American Psychological Association. 1958 - Meninggal dunia . BIODAT A

PowerPoint Presentation: 

Ahli psikologi pertama mencipta istilah “ behaviorisme ” utk menghuraikan tingkah laku manusia Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov. Perbezaan antara manusia ialah pengalaman . Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid . TEORI PELAZIMAN klasik WATSON

PowerPoint Presentation: 

TEORI PELAZIMAN WATSON Mengikut Watson, tingkahlaku manusia ialah sesuatu refleks terlazim . Watson berpendapat, gerakan refleks yang mudah berlaku secara semulajadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baru.

PowerPoint Presentation: 

‘ Little Albert Study’ Watson telah menjalankan kajian bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak lelaki 11 bulan bernama Albert .

PowerPoint Presentation: 

Eksperiman Tahap 1 Albert diberikan tikus putih , arnab , monyet , anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza . Reaksi Albert adalah seronok dan selesa . Eksperimen tahap 1 (9 bulan ) Eksperimen tahap 2 (11 bulan ) Albert sekali lagi ditunjuk tikus putih , arnab , monyet , anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza . Suara kuat telah dihasilkan dengan batang paip besi dan pemukul . Bunyi yang mendadak menyebabkan Albert menangis . Keadaan ini berulang-ulangan selama seminggu .

PowerPoint Presentation: 

Albert diberikan lagi tikus putih , arnab , monyet , anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza . Reaksi Albert tetap menangis dan takut walaupun tanpa sebarang bunyi dihasilkan . Akibat dari perkaitan ini , maka hasil gerak balas takut yang dimanifestasi melalui tangisan . Eksperimen tahap 3 (11 bulan 1 minggu ) Kesimpulannya , Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional .

Implikasi Teori dalam Pengajaran & Pembelajaran: 

Implikasi Teori dalam Pengajaran & Pembelajaran Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman . Tingkah laku positif boleh diajarkan dgn rangsangan yang sesuai Untuk menguasai kemahiran penyelesaian masalah , pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak-gerak balas secara sistematik Untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan , latihan-latihan hendaklah diberikan secara kerap kali Guru hendaklah guna rangsangan yang boleh memotivasikan murid supaya minat belajar,elak guna rangsangan yang membawa kesan negatif

PowerPoint Presentation: 

Edward Lee Thorndike (1874-1949 ) TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE/ TEORI CUBA RALAT 1911

PowerPoint Presentation: 

Dilahirkan di Williamsburg, Mass Mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan (1895) dan master di universiti Harvard(1896 ) Mendapat Ph.D dalam tahun 1898 dari Columbia Merupakan seorang pendidik Amerika dan ahli psikologi Penulisan : Educational Psychology (1903), Mental and Social Measurements (1904), Animal Intelligence (1911) BIODATA

PowerPoint Presentation: 

Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat . Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia . Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas . Motivasi , ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran . Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.( Rangsangan dan Gerak balas ) TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE/ TEORI CUBA RALAT 1911

Eksperimen: 

Eksperimen Kucing yang lapar dikurung di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar Kucing melakukan pelbagai tindakan melepaskan diri-proses cuba jaya Terpijak tuil,pintu sangkar terbuka menuju ke makanan Dikurung semula,dan melakukan proses yang sama untuk melepaskan diri

KESIMPULAN EKSPERIMEN: 

KESIMPULAN EKSPERIMEN Pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting ).

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE: 

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE HUKUM KESEDIAAN Pelajar bersedia belajar ( ransangan motivasi ) – pembelajaran berkesan dan memuaskan Pelajar tidak bersedia ataupun dipaksa belajar ( tiada rangsangan ) – pembelajaran tidak berkesan HUKUM LATIHAN Pertalian antara rangsangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh jika latihan , aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan kerap kali HUKUM KESAN Pertalian antara ransangan dan gerakbalas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan Manakala,jika kesan pengalaman itu menyakitkan gerak balas tersebut akan lenyap

IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P& P: 

IMPLIKASI TEORI THORNDIKE DALAM P& P

PowerPoint Presentation: 

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER BURHUS FREDERICK SKINNER 1904-1990 BIODATA TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER SKINNER BOX

BIODATA: 

Nama Sebenar Burrhus Federic Skinner Tarikh Lahir 20 Mac 1904 Tarikh Meninggal 18 Ogos 1990 L.Akademik Ijazah Kesusteraan Bahasa Inggeris (1926) Ijazah Kedoktoran ( Ph.D ) dalam bidang Psikologi Sumbangan Buku –”Behavior of Organism” Anugerah National Medal Of Science ( 1968 ) Gold Medal of The American Psychological Foaudation (1971) Human of The Year Award ( 1972 ) BIODATA

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER: 

TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER “ All we need to know in order to describe and explain behavior is this: actions followed by good outcomes are likely to recur , and actions followed by bad outcomes are less likely to recur.” (Skinner, 1953)

EKSPERIMEN: 

EKSPERIMEN Seekor tikus yang lapar diletakkan dalam kotak yang dilengkapi alat penekan pada dindingnya Tikus mudar mandir kerana kelaparan Biji-biji makanan terkeluar kerana tikus tersebut terpijak alat penekan Proses yang sama berulang sehinggalah tikus akan memijak alat penekan untuk mendaptkan makanan Skinner memutuskan hubungan alat penekan dengan makanan menyebabkan makanan tidak lagi keluar Tikus tidak lagi menekan alat penekan

PowerPoint Presentation: 

PROSES DALAM TEORI PELAZIMAN OPERAN PENEGUHAN DENDAAN PRINSIP PREMACK PELUPUSAN

PENEGUHAN: 

PENEGUHAN PENEGUHAN POSITIF PENEGUHAN NEGATIF memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

DENDAAN: 

DENDAAN Proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini

PRINSIP PREMACK: 

PRINSIP PREMACK mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati . Contohnya , selepas mengakhiri mata pelajaran matematik , satu aktiviti bermain komputer akan diadakan .

PELUPUSAN: 

PELUPUSAN Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya . Keadaan ini dapat di atasi jika : Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti . Peneguhan itu tidak lagi digunakan .

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P : 

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan

PowerPoint Presentation: 

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk , Murid belajar sambil mengantuk Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon , Murid belajar dengan tekun . Kalau seorang guru mengajar tanpa alat , Murid belajar dengan ralat Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap , Ada murid yang bertambah gagap Kalau seorang guru menjadi pemudah cara , Ramai murid pandai berbicara Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai , Tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai Kalau seorang guru berbudi bahasa , Dikenang murid sepanjang masa .

Adakah anda ingin keluar?: 

Adakah anda ingin keluar ? YA TIDAK