PowerPoint Presentation:
PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA
PowerPoint Presentation:
Di manakah manusia zaman dahulu tinggal ? Mari kita lihat. SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA Tema 1 (Unit 1) : PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA
PowerPoint Presentation:
Pada zaman dahulu manusia hidup secara nomad . Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara kumpulan. Petempatan awal mereka adalah di dalam gua, persekitaran gua, kawasan lapang, dan di tepi sungai atau tasik. GLOSARI Nomad ialah hidup berpindah randah dari suatu tempat ke tempat yang lain.
PowerPoint Presentation:
PERSEKITARAN GUA Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan. Tahukah kamu? Antara petempatan awal manusia di negara kita termasuklah Gua Niah di Sarawak dan Gua Cha di Kelantan.
PowerPoint Presentation:
KAWASAN LAPANG Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal. Pondok dibuat daripada batang pokok dan daun-daun pokok. Tahukah kamu? Di negara kita, antara petempatan awal manusia di kawasan lapang termasuklah Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah.
PowerPoint Presentation:
PINGGIRAN SUNGAI ATAU TASIK Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal manusia ialah di pinggiran sungai atau tasik. Mereka boleh mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang liar dan memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap ikan. Mari kita lihat, bagaimanakah ikan ditangkap? GLOSARI Pinggiran Sungai bererti Tepi Sungai Tahukah kamu? Di negara kita, antara petempatan awal manusia di pinggiran sungai atau tasik termasuklah Sungai Tembeling, Tasik Bera dan Tasik Chini, Pahang.