Pengurusan kurikulum

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1:

PENGURUSAN KURIKULUM

Konsep Kurikulum:

Konsep Kurikulum Kamus Dwibahasa, “kurikulum” diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah . Jika ditinjau dari segi sejarah, perkataan “kurikulum”berasal drpd perkataan Latin “curriculum” yg bermaksud ruang tempat di mana pembelajaran berlaku. Mengikut www.iteawww.org/TAA/Glossary.htm , kurikulum didefinisikan sebagai bahan pengajaran yg guru & murid-murid perlu meliputi dlm proses pembelajaran. Pakar2 pendidikan :Kerr (1968)pula mendefinisikan kurikulum sebagai “ semua jenis pembelajaran yg dirancang &dipandu oleh sekolah sama ada dlm kumpulan @ secara individu, di dlm @ di luar sekolah.”

2.1.1 DEFINISI KURIKULUM:

2.1.1 DEFINISI KURIKULUM Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak (Valiga, T. & Magel, C., 2001) Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah. Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai : “ Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan . Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform.’’

Sambung…:

Sambung… Hirst(1975)-mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yg mengandungi aktiviti2 pembelajaran & disusun oleh guru utk membolehkan murid2 mencapai objektif yg telah ditentukan. Tafsiran umum utk kurikulum=aktiviti-aktiviti yg dialami oleh seseorang individu dr peringkat kematangan kanak-kanak ke peringkat kematangan orang dewasa. Tafsiran spesifik pula=pelbagai aktiviti pembelajaran yg dijalankan di dlm & luar bilik darjah. Pengertian kurikulum juga merujuk kpd bidang-bidang mata pelajaran yg diajar di sekolah.

Sambung…:

Sambung…

Sambung…:

Sambung…

Sambung…:

Sambung…

2.1.2 JENIS-JENIS KURIKULUM:

2.1.2 JENIS-JENIS KURIKULUM Kurikulum tersembunyi Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid Cadangan kurikulum Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar

2.1.2 JENIS-JENIS KURIKULUM :

2.1.2 JENIS-JENIS KURIKULUM Kurikulum bertulis/yang dihasratkan Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulm kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kurikulum sokongan Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya

JENIS-JENIS KURIKULUM:

JENIS-JENIS KURIKULUM Kurikulum yang diajarkan Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru Kurikulum yang diuji Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian Kurikulum yang dialami/dipelajari - Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman persekolahan

JENIS-JENIS KURIKULUM:

JENIS-JENIS KURIKULUM Kurikulum masa depan Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan. 3 pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini: 1. kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunkana pelbagai strategi. 2. kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan. 3. bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR):

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) Tujuan utama=utk meningkatkan tahap literasi murid-murid & kemahiran kognitif mereka.

KOMPONEN UTAMA KBSR:

KOMPONEN UTAMA KBSR Kemahiran Asas ( membaca , menulis , dan mengira ) PENDIDIKAN ROHANI NILAI HUMANISTIK DAN SIKAP PERSEKITARAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL SENI REKREASI MUZIK LUKISAN PENDIDIKAN JASMANI

Slide 15:

Objektif Matlamat FPK-falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsip-prinsip dalam FPK. 2. Mengembangkan potensi individu secara Menyeluruh yang akan membenarkannya untuk beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial negara. 1.Supaya murid boleh membaca,menullis dan mengira(3M). 2. Memperoleh ilmu pengetahuan yang sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka. 3. Agar menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan taraf BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Matlamat KBSR:

Matlamat KBSR Dibentuk berlandaskan konsep pendidikan umum, iaitu pendidikan yg seimbang & berlandaskan prinsip-prinsip dlm Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Utk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yg akan membenarkannya utk beroperasi dgn efisien dlm struktur sistem sosial negara.

Matlamat KBSM:

Matlamat KBSM Matlamat program KBSM ialah seperti berikut : a) Matlamat KBSM sama dgn KBSR iaitu utk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh , seimbang & bersepadu & ia meliputi aspek-aspek intelek , rohani , emosi , & jasmani bagi melahirkan insan yg seimbang , harmonis & berakhlak mulia . b) Matlamat ini selari dgn kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Masalah dan Penyelesaian:

Masalah dan Penyelesaian Karenah birokrasi/protokol Contoh : perlukan kelulusan banyak pihak untuk melaksanakan sesuatu program/perancangan MASALAH PENYELESAIAN Permudahkan kelulusan bagi melaksanakan sesuatu program. Program-program kecil hanya perlukan kelulusan di peringkat sekolah sahaja. Hanya program-program yang besar perlu kelulusan peringkat PPD/JPN.

RUMUSAN:

RUMUSAN Kurikulum ialah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang nilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasi dan melaksanakan kurikulum.