Keselamatan Bengkel wt fire extingusher

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Keselamatan Bengkel:

Keselamatan Bengkel Norhayat Marzuki

Teori Motivasi Maslow:

Teori Motivasi Maslow Rajah 1 : Lima perkara yang diperlukan manusia

Falsafah didalam keselamatan:

Falsafah didalam keselamatan Menyelamatkan nyawa Menyelamatkan harta benda Menyelamatkan masa

Seterusnya::

Seterusnya: · dapat menyelamatkan nyawa, · mengelakkan kecederaan, · selamatkan harta benda/wang, · selamatkan masa, · tingkatkan pengeluaran (motivasi tinggi), · tinggikan semangat bekerja, · hilangkan rasa bimbang dan · mencapai kebahagiaan hidup.

PowerPoint Presentation:

Sumber-sumber berlaku kemalangan 1. Kecuaian. 2. Jahil. 3. Tidak mengikut peraturan / langkah-langkah. 4. Kerosakan mekanikal :- diluar kawalan manusia. Walaubagaimana pun penyenggaraan yang baik dapat mengurangkan kerosakkan mekanikal. 5. Fenomena alam (bencana seperti banjir dll :- diluar kawalan manusia). 6. Kesihatan tubuh badan. 7. Kecacatan kekal.

Mengambil Mudah Terhadap Sesuatu Perkara :

Mengambil Mudah Terhadap Sesuatu Perkara Pada tahap ini anda tahu bahawa kecuaian, kurang perhatian, boleh menyebabkan kemalangan. Ianya kerap berlaku kerana andaian, dengan mengambil mudah sesuatu perkara tanpa mengusul periksa andaian terlebih dahulu.

Beberapa contoh “Perkataan terakhir” sejurus sebelum berlaku kemalangan.:

Beberapa contoh “Perkataan terakhir” sejurus sebelum berlaku kemalangan. “ Tidak ada apa-apa. Pistol itu tidak berpeluru “ “ Tekanlah minyak tu, polis tidak pernah ada di jalan ini ” “ Kejap lagi sampailah kita ke garaj “ “ Ah! Ular ini tidak beracunlah” “ Oh! Air di sini tidak dalam “ “ Tali ini takkan boleh putus “

……..Beberapa contoh “Perkataan terakhir” sejurus sebelum berlaku kemalangan.:

……..Beberapa contoh “Perkataan terakhir” sejurus sebelum berlaku kemalangan. “ Pecahkan saja penekan itu; asid sudah disalur (flush) keluar “ “ Satu paku itu pun sudah cukup “ “ Itu tahan berat badan kamu, teruskanlah “ “ Tak payahlah tutup lubang ini. Siapa pun tidak pernah sampai sini “ “ Kabel itu sudah lama tidak digunakan “

PowerPoint Presentation:

Jangan meneka. Jangan ambil mudah Periksa Teliti Tanya Fikir

Keselamatan Umum/Am Untuk Semua Bengkel (Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan):

Keselamatan Umum/Am Untuk Semua Bengkel (Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan) 1. Mengambil risiko . 2. Terlampau terburu-buru mengambil sesuatu tindakan . 3. Menunjuk-nunjuk . 4. Kurang maklumat . 5. Tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada kerja . 6. Gangguan luar atau sebarang gangguan . 7. Bimbang .

PowerPoint Presentation:

8. Mencuba-cuba (experimenting). 9. Gagal mengikuti arahan . 10. Kurang berdisiplin . 11. Mesin yang rosak ( tidak sampurna ) 12. Mesin yang tidak dilindungi dengan sempurna . 13. Susunan / susunatur yang tidak sesuai . 14. Pemasangan yang salah . 15. Kecacatan fizikal mesin . 16. Terlampau gairah . 17. Mementingkan diri sendiri . 18. Pakaian yang tidak sesuai . 19. Kesihatan yang tidak memuaskan .

…fikirkan fakta satu kajian ini::

…fikirkan fakta satu kajian ini: 80% kemalangan disebabkan kegagalan manusia 20% kemalangan disebabkan kerosakan mesin/alat/sistem

Cadangan untuk diamalkan disekolah-sekolah(Keselamatan Am):

Cadangan untuk diamalkan disekolah-sekolah (Keselamatan Am) Tidak dibenarkan bermain -main. Jangan ambil risiko . Ikut semua arahan-arahan keselamatan ( samada didalam poster dsb ). Pemadam api , di mana diletak dan cara guna . Sistem pengaliran udara berfungsi ( ¼ luas lantai ). Dapatkan kebenaran dari guru untuk melakukan kerja projek . Laporkan dengan segera kepada guru/ penyelia jika mendapat sebarang kecederaan ( walaupun kecil ). Ingatkan orang lain jika didapati ada orang lain melanggar peraturan keselamatan bengkel .

PowerPoint Presentation:

Laporkan dengan segera kepada guru/penyelia jika sesuatu peralatan tidak berfungsi dengan baik. Simpan peralatan yang tajam pada tempat yang selamat. Ikut aturan-aturan apabila menagani alat-alat yang besar, panjang, berat atau lebih 20 kg. (seperti: lebih dari 2 meter mesti dipikul oleh dua orang). Lakukan seperti yang telah diamalkan ketika latihan kecemasan apabila berlaku sebarang kecemasan. Bertimbang rasa keatas keselamatan orang lain. Patuhi semua arahan khusus untuk satu-satu keadaan/bengkel. Jangan baling/campak sesuatu.

PowerPoint Presentation:

Penggunaan pemampan udara hanya pada perkara-perkara tertentu atau benar-benar perlu. Kebersihan: selepas kerja. Pulangkan peralatan. Peraturan-peraturan keselamatan hendaklah diteliti. Jangan kendalikan mesin jika tidak sihat. Gunakan teknik yang betul untuk mengangkat barang yang berat. Jangan pandai-pandai merawat kecederaan yang sensitif seperti mata dsb. Dapatkan rawatan pakar dengan seberapa segera.

Keselamatan Untuk Perlindungan Diri Pelajar:

Keselamatan Untuk Perlindungan Diri Pelajar 1. Perlindungan mata Gunakan gogel untuk kerja-kerja yang berkaitan seperti mencanai , menggerudi dsb . 2. Pakaian Mestilah sesuai dengan kerja , tiada pakaian longgar , lengan panjang ( perlu dilipat ), ramput panjang diikat kemas . 3. Barang kemas Tanggalkan . 4. Sarung tangan Untuk kerja-kerja kasar yang memungkinkan kecederaan tangan , perlu pakai sarung tangan yang bersesuaian dengan kerja . Untuk benda-benda berputar mungkin tidak sesuai guna sarung tangan ( mungkin tersepit / tersangkut ) 5. Perlindungan pernafazan Perlu jika udara tercemar ( asap , habuk dsb ). 6. Pelindung muka Untuk operasi-operasi potong logam / kayu dsb

Keselamatan Untuk Perlindungan Diri Pelajar …Sambungan :

7. Cecair mudah terbakar Elakkan dari menggunakannya 8. Perlindungan elektrik Pakai pakaian atau gunakan peralatan bertebat bagi kerja-kerja elektrik . 9. Pelindung telinga Kerja-kerja yang banyak terlibat dengan bunyi bising . 10. Topi keledar Kerja-kerja yang ada pergerakan mesin / alat atau bertingkat seperti di tapak pembinaan rumah . 11. Pelindung tangan Gunakan sarung tangan kain tebal bila memegang kerja-kerja yang agak panas . 12. Pelindung kaki Kasut keselamatan berbucu besi ( industri berat ). 13. Pelindung pakaian / badan Apron/ overrall . 14. Pelindungan penyakit Gunakan sabun untuk elakkan penyakit-penyakit kulit . Keselamatan Untuk Perlindungan Diri Pelajar …Sambungan

Panduan dan Keselamatan Bengkel di Sekolah:

Panduan dan Keselamatan Bengkel di Sekolah Peralatan elektrik tidak disambungkan pada kuasanya jika penebatan pengguna dalam keadaan bahaya (seperti lantai basah dsb). Semua sambungan kepada radas-radas hendaklah dibuat sebelum menyambungkan bekalan (plug in). Kuasa elektrik dimatikan sebelumnya. Jauhkan jari atau tangan dari logam hujung prob. Tali kod/talian atau palam yang rosak tidak boleh digunakan. Pendawaian-pendawaian yang sedang mengalirkan arus elektrik tidak seharusnya dipotong.

Panduan dan Keselamatan Bengkel di Sekolah…Sambungan:

Keadaan penebatan pada pendawaian litar voltan tinggi hendaklah selalu diperiksa. Jangan cabut fius dengan tangan terdedah. Nuteralkan terlebih dahulu. Takung haba (heat sink) pada penguat tidak boleh ditanggalkan apabila arus sedang mengalir dalam penguat tersebut. Kuasa elektrik mestilah dimatikan sebelum buang cas kondenser/pemuat voltan tinggi pada litar-litar elektrik/elektronik. Suis keselamatan berkait punca bekalan, tidak boleh diabaikan; mestilah dalam keadaan baik. Panduan dan Keselamatan Bengkel di Sekolah…Sambungan

Program Pemeriksaan Keselamatan Bengkel Tujuan::

Program Pemeriksaan Keselamatan Bengkel Tujuan: Untuk memenuhi keperluan/peraturan yang telah ditentukan oleh kerajaan:- Program Keselamatan dan Kesihatan. Untuk menjalankan pemeriksaan tahunan berhubung dengan kemudahan-kemudahan dan aktiviti-aktiviti untuk mengurangkan dan menghapuskan kemalangan. Jalankan pemeriksaan pada bidang-bidang tertentu (sasaran) untuk menilai tentang kemalangan yang kerap berlaku. Seperti kekerapan mesin yang selalu rosak dsb. Untuk membuat kajian terhadap kemalangan serius yang berlaku pada seseorang. Memeriksa aduan kepada keadaan-keadaan yang tidak selamat.

Siapa yang jalankan pemeriksaan? :

Siapa yang jalankan pemeriksaan? Badan-badan pelajar, jawatan kuasa-jawatan kuasa pelajar (J/K Keselamatan Bengkel Kerja kayu, Logam dan Paip, Bengkel Engin, Bengkel Elektrik Elektronik dan RekaCipta dll). Tiap-tiap murid mempunyai tanggung jawab-tanggung jawab dengan digilir-gilirkan menganggotai J/K keselamatan bengkel tadi. Badan-badan J/K yang terdiri dari guru-guru, pentadbir, staf, perlulah dilatih tentang ciri-ciri keselamatan. kesedaran tentang tanggong jawab-tanggong jawabnya.

Siapa yang jalankan pemeriksaan? …Sambungan:

Siapa yang jalankan pemeriksaan? …Sambungan J/K terdiri dari jabatan-jabatan pendidikan; dimana ahli mesti mendapat latihan yang cukup. Kaki tangan penyenggaraan. Pegawai-pegawai daripada wakil-wakil jabatan (seperti pengetua-pengetua, pengarah-pengarah dsb) boleh juga jalankan pemeriksaan terhadap bengkel dan membuat laporan. Pemeriksa-pemeriksa luar seperti daripada bomba, kesihatan, TNB, jabatan kilang dan jentera dsb.

Jenis-jenis Pemeriksaan :

Jenis-jenis Pemeriksaan Berkala (Periodic) seperti sebulan sekali. Kerap (Intermitence), tetapi masa tak menentu. Selang tak menentu (Irregular Interval), ikut keperluan semasa. Pemeriksaan Khusus (Special Inspection), seperti pemasangan peralatan baru.

Prosedur Pemeriksaan:

Prosedur Pemeriksaan Kenal pasti kemungkinan-kemungkinan berlaku kemalangan dalam bengkel. Analisis perkara-perkara yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan kemalangan. Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah.

Kaedah-kaedah Pemeriksaan Bengkel dan Mesin:

Kaedah-kaedah Pemeriksaan Bengkel dan Mesin Kenal pasti perkara-perkara yang mendatangkan bahaya. Kenal pasti tindakan-tindakan pembetulan. Jalankan sebulan sekali.

Tindakan Kecemasan:

Tindakan Kecemasan Siapkan peta untuk menyelamatkan diri dsb.

Komunikasi Kecemasan:

Komunikasi Kecemasan Komunikasi melalui telefon, pelajar-pelajar tahu dimana telefon, nombor-nombor kecemasan dll. Jika telefon kunci, tahu di mana disimpan. Cara-cara membuat panggilan, nombor-nombor polis, bomba dll. Dipamerkan agar mudah dirujuk. menghubungi keluarga.

Tujuan surat-surat arahan sekolah kepada keluarga:

Tujuan surat-surat arahan sekolah kepada keluarga Memberitahu keluarga akan aktiviti-aktiviti sekolah melibatkan anaknya. Memberikan garis paduan/langkah-langkah keselamatan yang digunakan oleh sekolah. Mendapatkan maklumat kesihatan murid. Mendapatkan maklumat berhubung penjaga, seperti telefon, alamat, doktor keluarga dsb.

Keselamatan Berasaskan Naluri Semulajadi :

Keselamatan Berasaskan Naluri Semulajadi Sentiasa mengikut prosedur. Gunakan manual penyenggaraan seberapa kerap yang boleh. Ianya mengandungi maklumat yang khusus. Selidik sebelum bertindak. Sekiranya tidak pasti, jangan bertindak. Bertanya pada guru, instruktur atau penyelia.

Kebakaran dan Pemadam Api:

Kebakaran dan Pemadam Api Apa itu kebakaran? Kebakaranadalah adalah akibat daripada satu tindak balas kimia atau ekoran daripada beberapa tindak balas kimia, dalam mana tenaga haba dan cahaya dihasilkan dan adakalanya menghasilkan asap. Tiga keadaan menyebabkan kebakaran bermula: Bahan api untuk membakar. Haba untuk menyebabkan bahan api bernyala atau terbakar. Udara menyebabkan bahan api membakar.

Jenis-jenis kebakaran:

Jenis-jenis kebakaran Kelas Api A Kebakaran meninggalkan bara seperti kayu, kertas, kain, sampah dll. Kelas Api B Kebakaran yang mudah menyala seperti minyak, cat, varnish, getah dsb. Kelas Api C Kebakaran melibatkan perkakasan elektrik. Kelas Api D: Kebakaran logam mudah terbakar seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium, logam magnesium, nukan logam sulphur phosphoraus.

Suhu Penyalaan :

Suhu Penyalaan Takat semburan (flash point) Suhu yang paling rendah bagi suatu bahan yang membolehkannya mengeluarkan wap atau gas apabila terkena percikan api yang terdedah. Takat Kebakaran (fire point) Suhu yang paling rendah yang membolehkan mengeluarkan wap untuk terbakar terus menerus. Lebih tinggi daripada takat semburan. Kebakaran Sepontan Suhu yang paling rendah bagi membolehkannya terbakar dengan sendiri tanpa dibantu oleh sumber api.

Jenis-jenis kebakaran:

Jenis-jenis kebakaran Kebakaran yang mudah menyala seperti minyak, cat, varnish, getah dsb. Kebakaran logam mudah terbakar seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium, logam magnesium, bukan logam sulphur phosphoraus.

Punca-punca Kebakaran:

Punca-punca Kebakaran Litar pintas elektrik. Pemasangan dawai fius yang salah. Mesin/alat elektrik menjadi terlalu panas. Mancis api. Api ubat nyamuk. Api pelita. Api lilin. Percikan api. Api puntung rokok. Api dapur gas. Bunga api atau mercun.

Bagaimana api boleh merebak?:

Bagaimana api boleh merebak? Olak haba (convection) Pengaliran (conduction) Bahangan (radiation) Kebakaran terus menerus

Cara-cara memedamkan kebakaran:

Cara-cara memedamkan kebakaran Melaparkan (starvation) Melemaskan (smothering) Menyejukkan (cooling)

Pemadam api mudah alih:

Pemadam api mudah alih Alat pemadam api mudah alih dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Jenis yang mengeluarkan air seperti soda asid , water CO 2 , air dalam tekanan . Jenis yang mengeluarkan buih . Jenis yang mengeluarkan debu kering (dry powder). Jenis yang mengeluarkan gas/ cecair yang mengeluarkan gas seperti karbon dioksid CO 2 , CBM, BCF, BTM, CBE, F.I.J. trichioroethane , Ternary eutectic chloride (TEC ).

Soda Asid:

Soda Asid Tabung luar mengandungi sodium bikabonate sebanyak 505g dicampur 9 liter air. Tabung dalam ( sangkar ) terdapat asid sulfurik sebanyak 57 ml. Spesifikasi Jarak pancutan - ± 7 meter Lama pancutan - 60 – 120 saat ( bergantung kepada penggunaan ) Tekanan - 100 lb P.S.I .

Soda Asid…Sambungan:

Soda Asid…Sambungan Kebaikan Pencutannya tajam Boleh dikendalikan oleh seorang sahaja . Tindakannya tepat . Keburukannya Hanya sekali guna sahaja . Tidak boleh digunakan pada api elektrik kerana ia boleh mengalirkan arus elektrik . Air yang dikeluarkan boleh merosakkan bahan-bahan seperti kain dsb serta boleh mencederakan .

Water CO2:

Tabung luar diisi dengan air biasa dan kadang-kadang dicampur dengan sodium niterate untuk mengelakkan daripada air menjadi mendap serta tabung berkarat . Didalam gas CO 2 dimampatkan . Kebaikan Tidak merbahaya dan mudah digunakan . Nozelnya boleh dikawal . Sodium niterate menyebabkan ia tidak mendap dan silender tidak berkarat . Keburukannya Hanya sekali guna sahaja . Tidak boleh memadam api minyak dan api elektrik . Water CO 2

Buih:

Buih Tabung luar mengandungi sodium bikarbonat sebanyak 8% bercampur dengan penyetabil 3%. Penyetabil terdiri daripada : Saponis ( tulang-tulang ) Liquorice Bahan pelekat Tabung dalam mengandungi aluminium sulfik sebanyak 13 %. Spesifikasi Jarak pancutan - ± 7 meter Lama pancutan - 30 - 90 saat kadar perkembangan - 1 : 8 Tidak boleh disimpan di dalam haba yang panas . Hanya sekali guna sahaja .

Buih…Sambungan:

Kebaikan Boleh memadam api minyak yang keci . Tidak berbahaya dan senang digunakan . Senang diisi semula . Memadam kebakaran dengan cara menyelimut / litup . Keburukannya Tidak boleh memadam api elektrik . Boleh jadi beku . Buih…Sambungan

Serbuk kering:

Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : Katrij gas Tekanan tersimpan (stored pressure ) Spesifikasi Jarak pancutan - ± 7 meter Lama pancutan - mengikut sais tabung Sais tabung - 2 lb – 30 lb. Serbuk kering

Serbuk kering…Sambungan:

Kebaikan Bertindak lebih berkesan dari pemadam api yang lain. Boleh memadam api kelas A, B dan C. Keburukannya Hanya sekali guna sahaja . Boleh mengotorkan barang-barang . Serbuk kering…Sambungan

CO2:

CO 2 Kebaikan Gas bersih dan tidak membantu kebakaran . Tidak meninggalkan kesan-kesan seperti alat-alat pemadam api yang lain. Tidak mengalirkan arus elektrik . Boleh memadam api yang tersorok . Cepat bertindak pada suhu biasa . Boleh digunakan pada api cecair . Keburukannya Berat selinder tidak berpatutan dengan CO 2 . Tidak boleh isi semula dengan sendiri

Fire extinguishers!!!:

Fire extinguishers!!! Don’t panic. Pull-Aim-Squeezs-Sweep

PowerPoint Presentation:

Dry Powder Type Water Type Bull eye Fire Extinguisher Simulator

Domestic fire extinguishers appliance :

Domestic fire extinguishers appliance

Flashback…CPR Cardio Pulmonary Resucitation:

50 Flashback…CPR Cardio Pulmonary Resucitation ABC Air flow (Laluan udara) Breathing (Pernafasan) Circulation (Peredaran darah,nadi) http://depts.washington.edu/learncpr/quickcpr.html

PowerPoint Presentation:

Sekian, Terima Kasih

authorStream Live Help