Komunikasi Lisan

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU : 

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU LISAN Disediakan oleh: Nur Syazwani bt Misri Anisuzana bt Mohd Zin Hayati Firdaus bt Abd Ghani PISMP RBT 2 SEM 5

Pengenalan : 

Pengenalan Beberapa definisi Komunikasi: S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

Slide 3: 

Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa, komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.

Slide 4: 

Komunikasi ialah : Proses pertukaran  idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia. RUMUSAN DEFINISI KOMUNIKASI

Konsep Komunikasi : 

Konsep Komunikasi Komunikasi bermakna perhubungan. Tujuannya: menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Mengikut Highet, komunikasi merupakan pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran seorang kepada pemikiran orang lain.

Slide 6: 

Dalam konteks pendidikan, komunikasi diertikan sebagai sesuatu proses penyampaian, atau pertukaran maklumat di antara individu atau di antara individu dengan sekumpulan orang. Berlaku suatu interaksi sosial di antara orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan. Dalam bilik darjah, biasanya berlaku di antara guru dengan murid semasa aktviti p&p atau di antara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

Jenis-jenis Komunikasi : 

Jenis-jenis Komunikasi

Apa itu komunikasi lisan? : 

Apa itu komunikasi lisan? Merupakan satu bentuk hubungan antara pengujar dan pendengar. Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Komunikasi ini memerlukan kemahiran bertutur dan mendengar. Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai pendengar atau penerima.

Slide 9: 

Aspek yang penting ialah intonasi suara, kelancaran ucapan dan sebutan yang betul. Komunikasi ini hanya berkesan apabila maklumat atau idea diterima oleh murid dengan jelas, kuat dan lantang. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Perkataan-perkataan yang digunakan perlu ringkas dan mudah difahami oleh murid. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif.

Amalan Komunikasi Lisan yang Berkesan : 

Amalan Komunikasi Lisan yang Berkesan Ø Bersifat ramah dan mesra Ø Hormat terhadap pandangan pelajar Ø Ketahui latar belakang pelajar Ø Pendengar yang aktif Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami Ø Arahan yang jelas dan jitu Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

authorStream Live Help