Slide 2:
Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar . Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan . Pembelajaran berlaku melalui intetaksi dengan orang lain. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding. Pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka .
Slide 3:
Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada . Pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baru . Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran . Pembelajaran bermakna dalam konteks tugasan berasaskan alam nyata . Guru dan rakan pelajar berperanan sebagai fasilitator pembelajaran .
Slide 4:
Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baharu . Interaksi dan pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi . Persembahan isi pembelajaran yang pelbagai dengan contoh – contoh khusus membantu pemahaman . Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri .