Menggali Potensi Diri-2011f

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1:

Apakah diri ini punya potensi? Apakah kita ini dilahirkan dengan pelbagai kebolehan dan kepakaran? Apakah rahsia yang ada di dalam diri ini, umpama harta di dalam peti lama? Perlu dibuka dengan penuh manja.

Slide 2:

Apakah diri dirasa punya cita , impian dan potensi setinggi awan Tapi … sekadar melihat yang lain terbang tinggi , Cumanya kita pula ‘ tersangkut ’ rendah di dalam sangkar

Slide 3:

Curious Ingin tahu.. sifat anak-anak kecil. Begitulah agaknya Al Khindi Ibn Sina Al Farabi Al Biruni Ibn Zuhr Abu al Qasim al Zahrawi Apakah kita juga begitu?

Slide 4:

Semasa kecil segala potensi diselidiki. Semakin dewasa, apakah segalanya semakin payah digali? Kemanakah rasa ‘ingin tahu’? Dimanakah ‘anak-anak’ di dalam diri.. Kita sorokkan jauh-jauh bila sudah dewasa? Apakah kita sudah selesa dan puas dengan ilmu dan pengalaman yang ada?

Slide 6:

Idea, potensi petunjuk yang datang mencurah-curah, semua milik dariNya.

Slide 7:

Mungkin ada masanya, kita terlupa atau teralpa akan sesuatu. Potensi yang kita punyai hanya pinjam-pinjaman. Ada kalanya ianya dicabut sedikit demi sedikit , ataupun direntap semuanya kembali oleh Yang Maha Kuasa

Slide 8:

Ilmu dan potensi diri , mungkin ada batasnya Bukan semua nya boleh ‘main’ gali dan dipakaiguna. Ada peraturan dan ada juga adap menggalinya.

Slide 10:

Mungkin kita perlu melakar kembali arah dan hala tuju. Apa yang difikirkan mungkin perlu dicatat serta dibukukan. Moga mudah dilihat dan digambarkan. Mudah-mudahan juga ianya sentiasa dijadikan peringatan.

Slide 11:

Ada masanya manis .. dan yang masam rasanya. Begitulah bila kita menggali potensi diri.

Slide 12:

Mudah-mudahan ilmu dan potensi diri yang ada , Allah tambah-tambahkan.

Slide 13:

Ianya perlu digunakan dan mesti digilap, disampaikan, diberikan, diajarkan, ditunjukkan.

Slide 14:

Setiap kita ada ‘butang hijau’ potensi diri Hidupkanlah butang hijau setiap masa.

Slide 16:

Suatu potensi bermunafat yang dikongsi bersama, mungkin adalah lebih baik daripada bercangkir kopi yang dihirup, hanya untuk menghilangkan dahaga yang sementara.

Slide 17:

Mungkin jalannya nampak mudah. Mungkin ada kalanya perlu menongkah arus. Berhentilah sebentar, dan lihatlah dengan mata hati

Slide 18:

Bukan semuanya boleh dipakaiguna, begitu juga dengan apa yang anda sedang baca. Ianya bukanlah juga cara dan solusi kepada yang tiada. Hanyalah sekadar catatan insan biasa. Mohon kemaafan dengan tata bahasa dan jalan cerita.

Slide 19:

Salam Kemaafan. InsyaAllah berjumpa lagi di lain masa.