Stress Kenapa Makin Meninggi

Views:
 
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 2:

Ada yang hilang seketika, datang kembali. Ada yang hilang buat selama-lamanya. Ada tekanan disahut sebagai cabaran. Ada tekanan seperti kebiasaan.. Ada yang mengatakan “No pressure… then there is no pleasure” Ngapa ada pula yang rasa hendak terbalik dunia ini rasanya.. MasyaAllah..

Slide 3:

Dari dahulu sampai sekarang , dan masa akan datang , manusia guna pelbagai kaedah dan cara .. … menguruskan stress

Slide 4:

Apakah mungkin belum bertemu dengan ‘buku’Nya Yang dijumpa hanyalah kulit. Isinya jauh entah di mana.. Apakah mungkin salah buku yang dicari, digali, dibeli ?

Slide 5:

Semakin dicari dan digali untuk menyelesaikannya Bertambah pusing pula caranya Stress dari sekati , kini dah berguni ..

Slide 6:

Dulu bujang, kini berkeluarga, Rumah kecik, macam kuih semperit. Katanya dulu “Perit, stress tinggal berhimpit-himpit.”

Slide 7:

Rezeki digali , makin bertambah . Rumah pula bercambah-cambah . Siap jaga , pintu gate besi .. termasuk juga CCTV, supaya digeruni perompak , pencapek mahupun pencuri . Selesainya sedikit , bertambahnya ada . Tidur malam , payah juga hendak lena . Walau rumah makin selesa , stress payah nak hilang juga .

Slide 8:

Kalau dulu.. kuda besi slow macam labi-labi. Ada kalanya repair sana, rosak pula di sini. Katanya ..” ah laju lagi kalau berjalan kaki..!” Stress naik menjadi-jadi..

Slide 9:

Tapi.. Darah rendah, naik meninggi.. ada yang tidak kena lagi !!! Ya Rabbi.. Ngape ni..? Kini…katanya “Penat penat kita berusaha dan berniaga.. biar merasa nikmat dunia, sebab ianya sementara” Transmisi ‘auta’matik, tekan pedal, mudah aja sampai destinasi

Slide 10:

Asyik-asyik keli, sepat, talapia, puyu. Lalu tidak lalu, suap selalu. Makan kari selalu, sebab hanya itu sahaja yang termampu. Hajat di hati, hanya Allah yang tahu.

Slide 11:

Kalau dulu dah rasa jemu.. Kini boleh order satu persatu. Siap apron disangkut di bahu. Risau kuah terpercik di baju. Kini jenahak, siakap, kerapu sentiasa di menu. Angkat tangan, order selalu. Tapi mengapa macam terjumpa hantu. Muka pucat, makan tak lalu. Rupanya gastrik setiap waktu. angkara stress bertambah-tambah dari dahulu.

Slide 12:

Dulu kerani, kena kerja sampai pagi. Asyik aja jumpa si ceti. Stress sebab selalu tidak cukup gaji. La ni.. Sudah MD, Gaya dan lagak kalah tok menteri. Lompat kerja di sana-sini, Kini sudah punya syarikat sendiri. Arah sana, arah sini, Tak payah kerja macam dulu lagi. Overtime, Elaun, Claim, tak henti-henti Rezeki masuk berlori-lori.

Slide 13:

Kalau memberi, sekupang pun berkira! Bila membeli, langsung terlupa.. Ingatkan sudah senang hati, Rupanya stress makin menyeksakan diri.

Slide 14:

Ke hulu ke hilir, ke darat ke baroh Mencari pelega, pil mahupun herba Stress yang diobat tak semboh-semboh Uang mencurah, sudah tak kira berapa..

Slide 15:

Adakalanya memang kita terleka. Semuanya itu bukan milik kita. Bila-bila masa.. boleh diambil kembali olehNya juga. Ladang dan estet, Lembu,kambing, kuda tunggangan Rumah & Harta Anak & Isteri/Suami Empayar niaga Pangkat serta Nama

Slide 16:

Mungkin kita perlu banyak bersyukur. Mungkin kita perlu banyak bertafakur. Mungkin kita perlu selalu menghulur. Mungkin kita perlu banyak ‘tumakninah’ dalam pelbagai urusan. Mungkin kita perlu ‘ketepikan’ pangkat dunia. Mungkin kita perlu tinggalkan banyak perkara. Mungkin juga perlu dicari beberapa perkara. Mungkin kita perlu banyak bertanya. Mungkin juga perlu diam, dari bercerita. Mungkin kita perlu berlapang dada. Mungkin kita perlu perbanyakkan senyum. Mungkin kita perlu meminta maaf & memaafkan. Mungkin kita perlu banyak mencari ilmu. Mungkin juga lawat kuburan selalu.

Slide 17:

Perjalanan kita nampaknya dekat.. Mungkin sebenarnya masih jauh. Mungkin banyak sebab kita perlu cari. Hanya diri sendiri yang boleh digali.

Slide 18:

Tinggallah cita-cita Tinggallah impian Tinggallah pengharapan Mungkin penawarnya di ‘ hujung ’ dunia .

Slide 19:

Mungkin di sini bukanlah pelega dan penawarnya yang anda boleh guna. Ianya hanyalah nukilan semata-mata, dan juga sebagai peringatan untuk saya. Semoga Allah tenangkan hati kita semua, daripada keluh kesah di dunia. Salam kemaafan. InsyaAllah ketemu lagi di lain masa.