Nota Tazkirah

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

Tazkirah Untuk Murid-murid Perempuan Tahun 6

Comments

Presentation Transcript

Tazkirah Untuk Murid-murid Perempuan Tahun 6 SK. Bandar Putra, Kulaijaya.: 

Tazkirah Untuk Murid-murid Perempuan Tahun 6 SK. Bandar Putra, Kulaijaya. Sifat para sahabat Cara meraih kasih sayang Allah SWT. Pakaian Menutup Aurat Bagi Perempuan Haid Oleh: Mykrk

PowerPoint Presentation: 

Cara Mendapatkan Kasih-sayang Allah عَــنْ أ َبـِـى هُـرَيْــرَة َ رَضِـــيَ اللهُ عَــنـْـهُ، قـَـالَ رَُسُـــولُ اللهِ صَلـَّــــى اللهُ عَـــلـَــيـْــهِ وَسَــلـَّـــمَ: إ ِن َّ اللهَ عَـــز َّ وَجَـــلَّ قـَـالَ: مَـــن ْ عَــادَى لـِـــى وَلـِـــيـًا، فـَـقـَـدْ آذ َنـْــتـُــهُ بـِـالـْـحَـــرْب، وَمـَـا تـَـقـَــرَّبَ إ ِلـَـيَّ عَــبـْــدِى بـِــشـَــيْءٍ أ َحـَــبَّ إ ِلـَــىَّ مِـمـَّــا افـْتـَــرَضـْــت ُ عـَــلـَــيـْــهِ، وَمـَــا يـَــز َالُ عـَــبـْــدِى يـَـتـَـقـَـرَّب ُ إ ِلـَــيَّ بـِــالنـَّــوَافـِــل ِ حَــتـَّى أ ُحـِــبـُّــهُ. فـَــإ ِذ َا أ َحـْــبَـبـْــتـُــهُ، كـُــنـْــت ُ سـَــمـْــعـَــهُ الـَّــذِى يـَــسـْــمـَــعُ بـِــهِ، وَبـَــصـَــرَهُ الـَّــذِى يـُــبـْــصـِــرُ بـِــهِ، وَيـَــدَهُ الـَّتـِـى يـَـبـْـطِــش ُ بـِــهـَــا، وَرِجـْــلـَــهُ الـَّــتـِــى يـَــمـْـشـِــى بـِــهـَــا، وَإ ِن سـَــأ َلـَــنـِــى لأُعـْــطـِــيَــنـَّــهُ، وَلـَــئـِــن ِ اسـْــتـَــعـَــاذَنـِــى لأ ُعـِــيـذ َنـَّــهُ، وَمـَــا تـَــرَدَّدْت ُ عـَــنْ شـَــيْءٍ أ َنـَــا فـَــاعـِــلـُــهُ تـَــرَدُّدِى عـَـن ْ نـَــفـْــس ِ عـَــبـْــدِى الـْــمـُــؤْمـِـن يـَـكـْرَهُ الـْــمـَوْت وَأ َنـَــا أ َكـْــرَهُ مَــسَــاءَتـَــهُ رواه البخارى

PowerPoint Presentation: 

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah ‘Azza waJalla berfirman: “Sesiapa yang memusuhi seseorang wali Aku maka sesungguhnya Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan taqarrub (mendekatkan diri) kepada-Ku oleh hamba-Ku yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardhukan ke atasnya. Hamba-Ku akan terus (beramal) menghampirkan diri kepada Aku dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon (sesuatu) daripada Aku nescaya aku berikannya, dan jika dia memohon perlindungan Aku (daripada sesuatu) nescaya akan aku lindunginya. Aku tidak ragu daripada sesuatu yang Aku lakukan sepertimana Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hamba Aku yang mukmin di mana dia membenci maut sedang Aku tidak suka menyakitinya.” hadis qudsi riwayat Al-Bukhari

PowerPoint Presentation: 

Pakaian Menutup Aurat Bagi Perempuan

Maksud ayat 31 Surah an-Nur: 

Maksud ayat 31 Surah an-Nur Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dari hal-hal yang tidak halal bagi mereka, berupa aurat dan memelihara kemaluannya dari hal-hal yang diharamkan Allah. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kepada para lelaki, tetapi hendaklah bersungguh-sungguh untuk menyembunyikannya, kecuali pakaian yang nampak, yang menurut adat kebiasaan dipakainya jika hal tersebut tidak mengundang fitnah. Hendaklah memakai penutup kepala hingga menjulur ke dada dan (menutup wajah hingga sempurna), janganlah menampakkan perhiasaannya yang tersembunyi kecuali kepada suami mereka; mereka boleh melihat dari mereka yang tidak boleh dilihat oleh selainnya. Adapun yang sebagiannya, seperti wajah, leher, kedua telapak tangan, kedua lengan tangan boleh terlihat oleh; ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara mereka, putera-putera saudara mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam selain wanita kafir, budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan, laki-laki yang tidak ada keinginan dan tidak memerlukan terhadap wanita, seperti seseorang yang lemah akal (bodoh) yang mengikuti mereka untuk makan dan minum saja, atau anak-anak kecil yang belum memahami aurat wanita dan tidak ada syahwat kepada mereka. Janganlah seorang memukulkan kaki mereka supaya didengar suara perhiasan yang tersembunyi seperti gelang kaki dan yang Iainnya. Kembalilah kalian wahai orang-orang beriman untuk taat kepada Allah terhadap apa yang telah diperintahkan kalian yang berupa sifat-sifat yang baik dan akhlak yang terpuji. Tinggalkanlah apa yang dilakukan oleh orang-orang pada masa jahiliah, berupa akhlak dan sifat-sifat yang buruk; Harapannya adalah kalian mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Datang haid? Arrrgg........: 

Datang haid? Arrrgg........ Mak, tolong!!!!!!!………………….…

Wajib Qada’ Solat Jika……: 

Wajib Qada’ Solat Jika…… Kedatangan haid/nifas selepas masuk waktu sembahyang Ketika masuk waktu sembahyang fardhu Zohor pada pukul 1.00 petang , Aminah masih berada dalam keadaan suci tetapi disebabkan kecuaiannya, dia bercadang hendak mengerjakan sembahyang itu pada pukul 1.30 petang nanti. Tiba-tiba, haidnya telah datang pada pukul 1.15 petang . Maka Aminah wajib menqadha' sembahyang Zohor itu pada masa sucinya nanti kerana semasa masuk waktu sembahyang Zohor iaitu pada pukul 1.00 petang tadi, dia tidak menunaikan sehingga kedatangan haid pada pukul 1.15 petang. Ini bermakna, seandainya dia tidak cuai iaitu dengan mengerjakan sembahyang pada awal waktu, tentulah dia dapat menyempurnakan sembahyangnya kerana Nabi S.A.W. sentiasa menggalakkan umat baginda mengerjakan solat pada awal waktu.

Wajib Qada’ Solat Jika……: 

Kedatangan suci (haid kering) pada akhir waktu sembahyang Wajib Qada’ Solat Jika…… CONTOH : Nur Atiqah melihat darahnya berhenti sebelum terbit matahari dan waktu yang masih berbaki untuk sembahyang Subuh hanya tinggal sekadar takbiratul ihram sahaja. Maka hukumnya ialah dia wajib menqadha' sembahyang Subuh itu kerana dia telah mendapat suatu bahagian daripada waktu Subuh.

PowerPoint Presentation: 

http://ArabMykrk.com

PowerPoint Presentation: 

ArabMykrk.com (Belajar Bahasa Arab)

PowerPoint Presentation: 

Wallahua'lam Semoga diberi taufik hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan kepada orang lain...... insyaAllah.