cabaran kegururan

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Cabaran Profesion Perguruan:

Cabaran Profesion Perguruan

CABARAN PROFESION KEGURUAN:

CABARAN PROFESION KEGURUAN Sekolah Berkualiti Pengurusan perubahan Perubahan dalam pendidikan - Pembestarian pendidikan - Globalisasi pendidikan

PENGENALAN :

PENGENALAN Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Cabaran Profesion Keguruan:

Cabaran Profesion Keguruan Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah.

Sekolah Berkualiti:

Sekolah Berkualiti Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat dan wawasan 2020. Ia adalah untuk melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020. Di antara intisari Wawasan Pendidikan ini ialah: Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan memikul risiko. Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian. Empowerment , iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif. Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Sekolah penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan pembelajaran mereka sehingga displin dikurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi tempat sebagai ”sekolahku, rumahku”. Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia :

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, melalui pendekatan strategik berikut: Penyediaan kurikulum yang relevan supaya pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang terkinidan memperkembang sosial serta menguasai kemahiran yang bernilai dari segi k-ekonomi. Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan supaya pelajar memperolehi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Penyediaan kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan Agama, Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf negara maju, disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar dalam semua aspek kehidupan. Pemupukan patriotisme melalui penerapan dalam semua mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat, supaya melahirkan pelajar yang mempunyai semangat bangga sebagai rakyat Malaysia.

Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui pendekatan strategik berikut: :

Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui pendekatan strategik berikut: Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini untuk semua peringkat sekolah. Pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia akan tercapai. Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi juga daripada Internet dan Multimedia.

Samb.:

Samb. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan, khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran-pembelajaran dan penguasaan adalah supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti :

Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti Beberapa definisi pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh pendidikan dari berbagai sudut yang berlainan. Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill , pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya. Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam merancang dan melaksanakan sesuatu pelajaran. David Ryans berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.

Samb.:

Samb. J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang dapat: Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Samb.:

Samb. Berilmu pengetahuan Terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan Mempunyai sifat –sifat mengajar yang positif GURU YANG BERKESAN Pengajaran efektif perancangan Perlakuan mengajar pelaksanaan penilaian

Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan :

Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran guru dengan penuh minat. Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan daripada yang mudah kepada yang susah daripada yang konkrit kepada abstrak. Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan. Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan pendapat dalam aktiviti perbincangan.

Samb.:

Samb. Displin arahan diri dan displin arahan kerja di kalangan murid dapat diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka dapat mendisplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan daripada guru. Guru menggunakan ABM dengan cekap untuk menyampaikan sesuatu konsep. Murid-murid boleh menggunakan ABM untuk menjalankan aktivti pembelajaran yang berkesan. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Aktiviti pengukuhan dapat membantu murid membuat rumusan dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru. Aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan kepada murid-murid.

Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian :

Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian. Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta. Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru pada masa hadapan.

Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan :

Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid. Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada mudah kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik. Rancangan mengajar meliputi penggunaan pelbagai alat bantu mengajar. Pendekatan pengajaran berpusat kepada murid adalah diutamakan. Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti pembelajaran murid. Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap permulaan, perkembangan dan penutup yang lengkap. Strategi dan kaedah mengajar yang dipilih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti:

Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti Ahli fungsionalisme melihat fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Sehubungan ini, sekolah adalah dipandang sebagai sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.

Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti :

Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti Ia dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti: Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah serta anggota sekolah; Keselamatan anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; Kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; Keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara segar yang membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran: dan Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan yang memberansangkan suasana keselesaan.

Samb.:

Samb. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti: Hormat-menghormati diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekolah; Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; Berkerjasama diantara anggota sekolah, bersedia untuk membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Perpaduan dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum; Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti sosial di sekolah; dan Keadilan dimenifestasikan dalam hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja dan tugas yang adil.

Samb.:

Samb. Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat ingin belajar, sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Aspek penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul dan jitu didalam dan di luar bilik darjah.

Program Meningkatkan Prestasi Budaya Sekolah:

Program Meningkatkan Prestasi Budaya Sekolah Ia biasanya dirancang dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Budaya Sekolah. Di antara aktiviti yang meliputi semua aspek budaya sekolah adalah dibincangkan seperti berikut: Meningkatkan prestasi dalam aspek fizikal seperti: Menanam pokok bunga di kawasan sekolah Melukis mural sebagai perhiasan sekolah Mengadakan latihan kecermasan untuk keselamatan Membaiki perabot yang rosak seperti meja dan kerusi murid Mengadakan pertandingan kebersihan kelas dan perhiasan bilik darjah

Samb.:

Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial seperti: Menganjurkan aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum Menggubal dan melaksanaaan peraturan sekolah dengan adil Mengagihkan kuasa dengan memberi tugas kepada pemimpin kelab, persatuan, badan unit beruniform semasa menganjur aktiviti Meningkatkan prestasi dalam aspek budaya ilmu seperti: Menyebarkan matlamat KBSR atau KBSM sama ada di dalam perhimpunan atau dipamerkan dalam papan kenyataan Menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu Melengkapkan dengan memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan sekolah Melengkapkan alat bantu mengajar dan mengalakkan guru menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menjalankan pencerapan dan penyeliaan untuk meninkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran Mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru dalam aktiviti pengajaran mereka

Samb.:

Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa seperti: Menganjurkan aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan pidato sebagai galakan penggunaan bahasa Mengadakan peraturan yang boleh menghalang murid menggunakan bahasa dialek di kawasan sekolah

Jenis Aktiviti Budaya Sekolah :

Jenis Aktiviti Budaya Sekolah Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti seperti: Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik seperti ”Malaysia Berjaya” dalam perhimpunan sekolah Membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti Hari Sukan, perhimpunan Pengakap dan sebagainya Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan perhimpunan sekolah Menjalankan kempen kebersihan sekolah Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu

Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti: :

Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti: Ciri-Ciri Iklim Persekolahan Iklim sekolah yang baik dan buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang Guru Besar / Pengetua. Sesungguhnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat dengan displin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan murid-murid dan kakitangan dalam sekolah mereka. Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa siri utama seperti: Perhubungan yng saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan muridnya Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa sengan betul dan sesuai Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram Kewujudan displin yang baik, dengan zero defect dalam semua sktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran displin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya.

Samb.:

Samb. Iklim persekolahan yang dikatakan negatif atau tertutup mengandungi beberapa ciri utama seperti berikut: Anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan konflik keperibadian, serta masalah displin sekolah Perasaan kekitaan dan semangat kerjasma diantara anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan Keceriaan sekolah adalah kurang memuaskan Keterlibatan dalam dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum adalah sekadar minimum sahaja Interaksi sosial di antara anggota sekolah diperlihatkan pasif Kepimpinan Guru Besar / pengetua bercorak autokratik, manakala guru bersikap acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar

Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim Persekolahan :

Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim Persekolahan Indeks organisasi sekolah yang sihat boleh dikenalpasti seperti ciri-ciri berikut: Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah Kesesuaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah Keberkesanan dalam penggunaan sumber Mempunyai semangat perpaduan dikalangan anggota sekolah Anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi pendidikan untuk kemajuan sekolah Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani gangguan dari luar Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya mengubahsuai dan menangani konflik di antara aspirasi sekolahdengan organisasi luar Mempunyai organisasi yang baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk menangani konflik dalaman

PENGURUSAN PERUBAHAN :

PENGURUSAN PERUBAHAN Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlulah menghasilkan murid yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik. Tambahnya lagi, murid-murid juga mesti mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerja tempatan dan antarabangsa. Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu reformasi pendidikan dengan mmperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 diikuti dengan pelaksanaan KBSM pada tahun 1988/1989 dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada tahun 2000 berlandaskan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Wawasan 2020:

Wawasan 2020 Diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia pada 28 Febuari 1991. Sembilan cabaran utama ialah: a) Cabaran 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama b) Cabaran 2 - melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya c) Cabaran 3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokrasi yang matang d) Cabaran 4 - membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya e) Cabaran 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleransi f) Cabaran 6 - membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif serta berdaya cipta g) Cabaran 7 - membentuk masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya penyayang h) Cabaran 8 - menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yand adil ekonomi i) Cabaran 9 - membentuk masyarakat yang makmur

Perubahan KBSR dan KBSM:

Perubahan KBSR dan KBSM Membaiki segala kelemahan tahun 1980an Reformasi pendidikan telah dilaksanakan: a) memperkenalkan komputer b) sistem peperiksaan juga diubah c) sekolah bestari

Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan:

Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan Pendidikan Pra Sekolah - guru akan ditambah - s istem monitor juga dibuat - kanak-kanak berumur 6-11 tahun untuk mendapatkan pendidikan Pendidikan Sekolah Menengah - tahun 2008, tempoh pendidikan sekolah menengah dikurangkan dari 7 tahun menjadi 6 tahun - Perubahan yang paling penting ialah membaiki kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris

Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan:

Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan Inovasi Kurikulum atau reformasi kurikulum ialah pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian atau pemulihan terhadap kurikulum yang sedia ada 3 faktor utama: a) perkembangan sains dan teknologi b) keperluan masyarakat c) perkembangan falsafah dan teori pendidikan Penerapan nilai-nilai moral Kemahiran asas dikuasai guru Amalan perdagangan diserap dalam pengajaran dan pembelajaran Penubuhan Sekolah Bestari - guru perlulah bersedia dengan cabaran globalisasi pendidikan

Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru:

Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru Dahulu, pelajaran sekolah adalah bersifatkan kepada guru dan buku Sekarang, pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan komputer Guru - memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran yang diajar - tahu teknik pengajarannya - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - kecerdasan emosi dan kekuatan fizikal serta rohani - role model kepada masyarakat, bangsa dan negara Sifat-sifat - membina tahap keyakinan diri Beriltizam, berwawasan, berpandangan global dan senantiasa berorientasikan maklumat.

Samb.:

Guru - sedar perubahan yang berlaku Berfikiran positif, bersikap fleksibel, ada sifat kepimpinan dan memahirkan diri menggunakan komputer Guru bestari - melahirkan pakar IT dan teknokrat-teknokrat Aplikasikan pengetahuan yang ada di dalam bilik darjah Samb.

PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN:

PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN Pembestarian Pendidikan Bestari - maksud cerdas, berpengetahuan, berpendidikan serta mempunyai budi pekerti yang mulia Sekolah bestari - sekolah yang bakal melahirkan pelajar cerdas dan pintar Objektif - melatih pelajar guna teknologi dalam pembelajaran Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pula “berpendapat bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbing kepada kepada murid-murid” Komputer dan buku teks – alat bantu mengajar

Slide 35:

Penubuhan Sekolah Bestari - projek daripada Tujuh Flagship Applications dalam Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Koridor, MSC) 4 MP utama - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Matlamat Sekolah Bestari Budaya berfikir Pengurusan yang efektif Kaedah dan teknik pengajaran dpt ditonjolkan Belajar secara pasukan terarah kendiri

Prasarana IT (Teknologi Maklumat) dalam Sekolah Bestari:

Prasarana IT (Teknologi Maklumat) dalam Sekolah Bestari Makmal komputer Pusat media Bilik khidmat Studio Pejabat pentadbiran Prasarana bilik darjah

Ciri-ciri Sekolah Bestari:

Ciri-ciri Sekolah Bestari Pelajar - belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran itu sendiri Guru - mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran individu Penilaian pembelajaran – on line

Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari :

Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari Fasilitator Mengurus rutin harian bilik darjah Merancang dan melaksana pembelajaran melalui prasarana IT Kemahiran dan penggunaan alat teknologi

Slide 39:

Keperibadian Guru Mempunyai nilai moral dan akhlak yang terpuji Sewajarnya perlu ada kesesuaian di antara kata-kata guru dengan perilakunya yang sebenar. Memahami proses perkembangan remaja masa kini yang mudah terikut-ikut kepada unsur dan budaya negatif tetapi sukar untuk menerima teguran dan nasihat yang membina. Akhlak seorang pendidik sesuai dengan ajaran dan pengetahuan yang diajar kepada pelajarnya.

Cabaran Profesion Perguruan:

Cabaran Profesion Perguruan

AKHLAK:

AKHLAK Guru sebagai penyalur budaya dan ilmu. (Berdasarkan pembentukan Model Tret ) Guru berperanan sebagai agen penyalur budaya dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. ILMU GURU berakhlak mulia. GURU menjaga akhlak dan maruah diri. GURU mementingkan maruah pendidikan negara. GURU berhadapan & menangani akhlak tidak sihat (negatif) murid. GURU pembentuk akhlak murid.

Teknik & Strategi Mengajar:

Teknik & Strategi Mengajar Guru sebagai penyalur kemahiran dan ketrampilan.(Berdasarkan pembentukan Model Humanistik) GURU mesti mencari alternatif terbaik dalam teknik pengajaran . GURU mempraktikkan teknik & strategi pengajaran yang berkesan dan merangsang murid.

Staf & Kakitangan sekolah:

Staf & Kakitangan sekolah GURU mesti bersedia dengan karenah staf & kakitangan sekolah. Pendapat / penerimaan Emosi Kebolehanpercayaan & pentafsiran. Pentadbiran Kerjasama.

Alat Bantu Mengajar (ABM):

Alat Bantu Mengajar (ABM) TIADA peruntukan Keperluan ABM yang TINGGI Pemilihan ABM yang TEPAT dan BERSESUAIAN.

Perlaksanaan:

Perlaksanaan Wujud organisasi Pelaksana. Perlaksanaan mengikut TERTIB. Hadapi kekangan dengan baik.

Pencapaian Pengajaran:

Pencapaian Pengajaran Berjaya – Guru perlu mengekalkan Prestasi – dihargai oleh penduduk sekitar. Tidak berjaya – Guru WAJIB meningkatkan prestasi. – Penduduk sekitar hilang kepercayaan terhadap profesion Perguruan.

Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan:

Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan

Slide 48:

Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah: A). Meningkatkan Tahap Profesionalime 1. Program Diploma Perguruan Khas Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005. 2. Program Diploma Perguruan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.

:

3. Program Pensiswazahan Guru Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan secara usaha sama dengan Universiti Terbuka Malaysia (Open University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk guru besar. 4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang. Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin baki dalam bidang pengurusan dan kempimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan progam yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti-universiti di Britian, Amerika Syarikat dan Australia.

Slide 50:

B) Ganjaran & Kenaikan Pangkat Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak seperti: Pengetua Cemerlang Guru Cemerlang Jawatan Naik Pangkat Skim Gred Diploma

Slide 51:

STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SAINS BESTARI Mary Wong Siew Lian Maktab Perguruan Batu Lintang

Slide 52:

Apakah Kandungan Ceramah Ini? Tumpuan Asas Sekolah Bestari Apakah Pembelajaran Bestari? Jenis-Jenis Pembelajaran & Strategi P-P Bestari Penerapan Unsur-Unsur Bestari Dalam P-P Sains

Slide 53:

Melawat Semula Tumpuan Asas Sekolah Bestari Sekolah Bestari bertitik tolak daripada pembinaan Koridor Raya Multimedia . . .

Slide 54:

Sekolah Bestari Pekerja Berilmu Perkembangan Industri/R&D SEKOLAH BESTARI MENYEDIAKAN TENAGA PEKERJA BERILMU UTK INDUSTRI TEKNOLOGI TINGGI

Slide 55:

Era IT di Abad Ke 21 KUASA MINDA menjadi modal, BUKAN wang/tanah/pekerja MSC – PUSAT UNTUK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TEMPATAN BERCORAK TEKNOLOGI TINGGI SEKOLAH BESTARI PERLU MENGHASILKAN PELAJAR YG BERFIKIRAN KRITIS, CEKAP, MEMPUNYAI KREATIVITI UNTUK MENCIPTA PRODUK BARU UNTUK PASARAN DUNIA

Slide 56:

Pembelajaran di Sekolah Bestari harus dapat mencungkil bakat dan minat pelajar supaya mereka boleh mencipta produk-produk baru atau mempelopori proses-proses kerja atau perkhidmatan baru … seperti Wright brothers, Henry Ford, Oppenheimer, Akio Morita, Bill Gates, Steven Spielberg, dan lain-lain …

Slide 57:

Ciri-Ciri Pembelajaran Bestari Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah Kolaborasi dgn. rakan, bukan berseorangan Mengguna pelbagai sumber IT / bukan IT Merentasi pelbagai bidang ilmu Dapat memberi gambaran menyeluruh Menjana pengetahuan/pemahaman baru

Slide 58:

Pembelajaran Bestari harus lebih kaya dan pelbagai ! Projek, kajian, perbincangan, kerja lapangan, temu bual, eksperimen, dll Aktiviti kolaborasi melalui emel /’chat’ Akses maklumat dari internet/TV CD-ROM/video/rakaman audio Aplikasi sofwer utk laporan, Pembentangan, dll Tanpa IT Dengan IT

Slide 59:

What is SMART LEARNING? David Perkins & colleagues, Harvard University Two guiding beliefs in their Smart School Research (Harvard Project Zero): Learning is a consequence of thinking, and good thinking is learnable by all students Learning should include deep understanding, which involves the flexible, active use of knowledge

Slide 60:

AN ATMOSPHERE OF RESPECT & RAPPORT . . . . POSITIVE TEACHER-STUDENT STUDENT-STUDENT INTERACTION SMART SCHOOL CLASSROOM CHARACTERISTICS SEKOLAH BESTARI . . .

Slide 61:

CLEAR STANDARDS OF CONDUCT (GROUND RULES) UNOBSTRUSIVE MONITORING OF STUDENT BEHAVIOUR SENSITIVITY TO STUDENTS’ NEEDS MANAGING STUDENT BEHAVIOUR

Slide 62:

IMPORTANCE OF A BALANCE BETWEEN PROCESS & CONTENT STUDENT PRIDE IN WORK (OWNERSHIP OF LEARNING) SELF-REGULATION OF LEARNING ESTABLISHING A CULTURE FOR LEARNING

Slide 63:

PROVIDING CLASSROOM ENVIRONMENTS WHICH CAN CATER FOR DIFFERENT STUDENT CHARACTERISTICS: - STUDENT LEARNING STYLES - MULTIPLE INTELLIGENCES RESPECT FOR STUDENT DIFFERENCES

Slide 64:

STUDENT LEARNING STYLES Motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experience (Kenneth & Dunn, 1984) Four Modalities: Visual Verbal learners Visual Nonverbal learners Auditory learners Kinesthetic/tactile learners (Learning Styles Survey by Miller, 2000)

Slide 65:

Model Gaya Pembelajaran (Dunn & Dunn, 1984) gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kpd. unsur-unsur yg disukainya di bawah lima perangsang: Perangsang Unsur Alam Sekitar Bunyi, cahaya, suhu Emosi Motivasi, ketabahan, tanggungjawab, struktur Sosiologi Sendiri, pasangan, pasukan, pelbagai cara Fizikal Makan, minum, waktu, gerakan Psikologi Global/analitik, otak kiri/kanan, impulsif/reflektif

Slide 66:

VERBAL-LINGUISTIC LOGICAL-MATHEMATICAL VISUAL-SPATIAL BODILY-KINESTHETIC MUSICAL-RHYTHMIC INTERPERSONAL INTRAPERSONAL NATURALIST MULTIPLE INTELLIGENCES

Slide 67:

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran Bersifat Individu Pembelajaran Berdaya Fikir Pembelajaran Berbantukan Teknologi

Slide 68:

Guru sebagai fasilitator Aktiviti p-p dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses p-p Pelajar diberi lebih banyak peluang utk: - memilih tugasan & strategi pembelajaran - menguruskan masa - membuat penilaian kendiri - mendapatkan sokongan rakan sebaya & guru Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Slide 69:

Pembelajaran Masteri Pembelajaran Kadar Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Terarah Kendiri Pembelajaran Bersifat Individu Berkait rapat dengan pembelajaran berpusatkan pelajar - Mementingkan perbezaan individu pelajar

Slide 70:

Pembelajaran Berdaya Fikir Proses p-p yg memberi penekanan kpd. mewujudkan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir MEMPROSES MAKLUMAT SECARA KOGNITIF berfikir dengan kritis & kreatif mengenalpasti isi-isi yg penting memilih maklumat menyusun maklumat membuat penilaian kendiri & rakan sebaya melakukan refleksi

Slide 71:

Pembelajaran Berbantukan Teknologi Mengguna pelbagai jenis teknologi dalam proses p-p: - alat visual (OHP, kamera) - alat audio (radio, rakaman kaset) - alat audio visual (TV, video, slaid, filem) - komputer (CD-Rom, internet, modul interaktif, emel, buletin board, dll) untuk menjadikan p-p lebih menarik dan berkesan

Slide 72:

STRATEGI DIREKTIF Murid diarah mematuhi langkah-langkah pembelajaran yg diberi oleh guru STRATEGI PENGAJARAN- PEMBELAJARAN Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran STRATEGI PEMERHATIAN

Slide 73:

STRATEGI MEDIATIF STRATEGI GENERATIF Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru berperanan sebagai ‘mediator’, menggunakan dialog dalam membimbing pemikiran pelajar kearah memahami konsep atau pengetahuan Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui aktiviti sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yg terbuka

Slide 74:

STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF STRATEGI KONTEKS LUAR Satu proses pembelajaran yg membantu pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai satu matlamat khusus Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah, seperti menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar, dll yg berkaitan dengan kandungan pelajaran

Slide 75:

STRATEGI METAKOGNITIF Mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, dsbgnya

Slide 76:

TEACHER -CENTRED MENTOR FACILITA -TOR STUDENT -CENTRED DIRECTIVE OBSERVATIONAL MEDIATIVE GENERATIVE COOPERATIVE/ COLLABORATIVE OUTSIDE- CONTEXT METACOGNITIVE MENAMBAHKAN PENGLIBATAN SECARA AKTIF DLM. AKTIVITI P-P STRATEGY APPROACH KAJIAN MASA DEPAN

SEKUEN PENGAJARAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIST (Scott, 1987):

SEKUEN PENGAJARAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIST (Scott, 1987) PENERAPAN UNSUR BESTARI DALAM P-P SAINS

FASA 1 - ORIENTASI:

FASA 1 - ORIENTASI TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan minat pelajar terhadap tajuk pelajaran demonstrasi, ilustrasi, soal-jawab, perbualan, petikan surat khabar, kuiz, teka-teki, dll

FASA 2 - PENCETUSAN IDEA:

FASA 2 - PENCETUSAN IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar soal-jawab, perbincangan, pembentangan

FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA:

FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan kesedaran tentang idea baru / konflik kognitif perbincangan, eksperimen, input guru, pemerhatian, pembelajaran kendiri, mengesan maklumat dari CD,

Slide 81:

Menguji, mengkaji idea baru Perubahan konseptual - penerimaan idea baru buku rujukan, internet, majalah, dan sumber lain TUJUAN AKTIVITI P-P

Slide 82:

AKTIVITI & SUMBER P-P PELBAGAI AKTIVITI P-P : STESEN DINAMIK / STATIK PERBINCANGAN KUMPULAN PROJEK EKSPERIMEN KAJIAN LAPANGAN KUIZ SAINS LAWATAN MEMBINA LAMAN WEB PORTFOLIO

PELBAGAI SUMBER P-P: :

PELBAGAI SUMBER P-P: AUDIO/VISUAL - TV, RADIO, KASET, VIDEO, SLAID, PITA RAKAMAN, OHP OBJEK 3D - MODEL, SPESIMEN BAHAN BERCETAK - MAJALAH, BUKU, ENSAIKLOPEDIA, SURAT KHABAR, CARTA, DLL MEDIA KOMPUTER – CD-ROM, MODUL PEMBELAJARAN, INTERNET, EMEL

AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN:

AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF METAKOGNISI (refleksi, catatan jurnal, penilaian kendiri) KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN MANIPULATIF JANGAN DILUPAKAN . . .

‘HANDS-ON & MINDS-ON’:

‘HANDS-ON & MINDS-ON’ PELAJAR BUKAN SAHAJA TERLIBAT SECARA AKTIF DARI SEGI FIZIKAL TETAPI DARI SEGI MENTAL / KOGNITIF JUGA PEMBELAJARAN YG BERMAKNA

FASA 4 - APLIKASI IDEA:

FASA 4 - APLIKASI IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengukuhkan idea baru melalui aplikasi dlm situasi baru / seharian kuiz, lembaran kerja, soal-jawab, penyelesaian masalah

FASA 5 - REFLEKSI:

FASA 5 - REFLEKSI TUJUAN AKTIVITI P-P Merenung tentang idea baru yg telah dipelajari menulis jurnal / membuat catatan refleksi, berkongsi dengan kawan, jawab lembaran kerja

Globalisasi Pendidikan :

Globalisasi Pendidikan Bermaksud merentasi sempadan atau media - memdapatkan maklumat melalui internet Kepentingan Globalisasi Dalam Pendidikan Pelajar - mendapat maklumat dan dikumpul dan disebar dengan pantas dan meluas Interaksi antara murid dan guru serta orang ramai

Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi Pendidikan :

Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi Pendidikan Peka kepada persekitaran sekolah Kenalpasti setiap perubahan yang berlaku Menghadiri kursus Memupuk nilai budaya ilmu pelajar Meningkatkan hubungan interpersonal Merebut peluang Pendidikan a) Pendidikan Terbuka b) Pendidikan Jarak Jauh

Pekerja Ilmu :

Pekerja Ilmu Tugas guru adalah amat mecabar menjelang tahun 2010 Mengintergrasikan teknologi maklumat Meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di kalangan murid-murid Melahirkan pekerja ilmu untuk pembangunan negara

KESIMPULAN:

KESIMPULAN Perkembangan yang begitu pesat dalam ilmu pengetahuan hampir sampai ke tahap meledak Guru mestilah sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan bidang yang semakin kompleks dan canggih ini tidak kira di mana mereka berada Mengejar ilmu pengetahuan melalui Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan Menguasai kemahiran inovasi Jayakan program pendidikan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang kian mencabar Sesungguhnya, proses pendidikan seseorang tidak berhenti dari semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur hidup

SEKIAN TERIMA KASIH:

SEKIAN TERIMA KASIH

authorStream Live Help