bahasa-melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9-100810084903-phpapp01

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

uji

Comments

Presentation Transcript

KERTAS 2 : 

KERTAS 2 MASA : 1 jam 15 minit

Slide 2: 

PENGENALAN BENTUK Terbahagi kepada tiga bahagian Bahagian A – Memindahkan maklumat / Mentafsir bahan grafik Bahagian C – Membuat ulasan Masa 1 jam 15 mint Bahagian B – Menulis karangan

UPSR (BAHASA MELAYU)FORMAT BAHARU MULAI 2005 : 

UPSR (BAHASA MELAYU)FORMAT BAHARU MULAI 2005 KERTAS 2 Markah. Markah penuh : 60 markah Bahagian A : 10 markah Bahagian B : 30 markah Bahagian C : 20 markah

Slide 4: 

BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik 15 minit BAHAGIAN B Karangan 40 minit BAHAGIAN C Membuat Ulasan 20 minit PENULISAN

BAHAGIAN AMentafsir Bahan Grafik : 

BAHAGIAN AMentafsir Bahan Grafik 10 markah Tiada had bilangan patah perkataan Tulis 5 ayat berpandukan grafik Soalan berdasarkan bahan grafik yang diberikan

APA ITU BAHAN GRAFIK ? : 

APA ITU BAHAN GRAFIK ? Gambar - Tunggal @ Bersiri Carta Graf Jadual Peta Pelan Contoh : Gambar Tunggal

Slide 7: 

Wajib dijawab Soalan berdasarkan grafik yang diberi Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal. Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja. SOALAN BAHAGIAN A - Cadangan masa menjawab - 15 minit

Slide 8: 

PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A Baca dan fahamkan arahan. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di di bawah. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan dengan bahan grafik yang diberi. Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik seberapa banyak yang ada dan tandakan atau senaraikan maklumat tersebut.

Slide 9: 

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

Slide 10: 

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi. iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

Slide 11: 

Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina seimbang. Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua. Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama.

Slide 12: 

5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:- a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.

Slide 13: 

Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:- Urutan nombor; 1. .…………………………………… 2. …………………………………...... Urutan abjad; a. …………………………………… b. …………………………………… Simbol ( -, /, * dan seumpamanya) d. Perenggan Ayat yang ditulis tidak semestinya berkaitan antara satu sama lain

Slide 14: 

latihan Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN BKARANGAN : 

BAHAGIAN BKARANGAN 30 markah Tidak kurang 80 patah perkataan Diberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja. Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat

Slide 16: 

FORMAT Tiga tajuk karangan diberi. Jawab SATU soalan Pilihan soalan mungkin soalan berformat / tidak berformat Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan Masa cadangan 40 minit BAHAGIAN B

Slide 17: 

BENTUK SOALAN Corak karangan yang diuji mungkin BERFORMAT TIDAK BERFORMAT Apa dia karangan berformat dan karangan tidak berformat ? Contoh …..?????

Slide 18: 

Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu karangan ? Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki – Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ? Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk penceritaan. Pertimbangan markah yang sesuai perlu diberi bagi isi yang disertakan contoh dan huraian, isi beserta contoh atau isi sahaja.

Slide 19: 

latihan Tuliskan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum. 2. Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan akan bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya. 3. Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu akan lakukan pada hari tersebut.

Slide 20: 

4. Kelas kamu mengadakan majlis perpisahan untuk guru kelas kamu yang akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan pada majlis itu. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya. 5. Kamu diminta untuk menyertai pertandingan Syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan Tersebut ialah “Cara-cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran”. Tuliskan syarahan tersebut.

BAHAGIAN C : 

BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit

Slide 22: 

20 markah Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. Tidak kurang 50 patah perkataan. Membuat Ulasan

Cara Menjawab Soalan : 

Cara Menjawab Soalan Baca dan fahami situasi. Gariskan kata kunci dalam soalan. Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.

Contoh Soalan Membuat Ulasan : 

Contoh Soalan Membuat Ulasan Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Slide 25: 

Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan Bangun awal pagi – disiplin diri Menolong ibu di dapur Bersarapan bersama – kasih sayang Bersalam – menghormati orang tua Rajin / tidak suka membuang masa Suka kepada kebersihan

Slide 26: 

Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau- kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Slide 27: 

BAHAGIAN C – Cara menulis. Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah ……………………………..(huraian/contoh). Seterusnya, terdapat nilai murni…………………… ...................................(huraian/contoh)……………... Di samping itu, terdapat nilai murni……………...... (huraian/contoh)……………………………………….. Selain itu, terdapat nilai murni………………………. ……………………………..(huraian/contoh)…………. ……………………………………………………………… Akhirnya, kita……………………….(huraian/contoh) …………………………………………………………….. Kita janganlah…………………………………………... (sekiranya perlu)

Slide 28: 

Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah: 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

Slide 29: 

Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain- main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak. latihan

Slide 30: 

GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN (JANGAN UBAH) PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/ KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN (IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DAN ANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN DISESUAIKAN DENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN

Slide 31: 

BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA - TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN. ISI ( ) KESALAHAN ISI /\/\/\/\/\/\/ KESALAHAN STRUKTUR AYAT KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN KESALAHAN TANDA BACA KESALAHAN EJAAN KESALAHAN EJAAN BERULANG KESALAHAN IMBUHAN KESALAHAN IMBUHAN BERULANG

Slide 32: 

BAHAGIAN A – 10 MARKAH

Slide 33: 

BAHAGIAN B – 30 MARKAH

Slide 34: 

BAHAGIAN C – 20 MARKAH

Slide 35: 

- KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN. KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN. MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 3 MARKAH SAHAJA. JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH KESELURUHAN AKAN TURUN. JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN

Slide 36: 

PANDUAN PEMERIKSA BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA. - PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN KALI KEDUA. PENANDAAN BAHAGIAN A PENEKANAN UTAMA KEPADA; - PEMINDAHAN MAKLUMAT - TATABAHASA - STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.

Slide 37: 

BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON. PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI 2 ISI SAHAJA. JIKA CALON BUAT 5 AYAT TETAPI 4 AYAT SAHAJA YANG MEMPUNYAI LIMA AKTIVITI BERKAITAN GAMBAR LAYAK DAPAT MARKAH PENUH.

Slide 38: 

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan 1. 1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan. 2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

Slide 39: 

3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. - tiada mempunyai perenggan. 4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.

Slide 40: 

8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik. 9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.

Slide 41: 

PETUA SEORANG GURU Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk. Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun. Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat. Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap. Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara. Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai. Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa. Sumbangan : Cikgu paklong

Slide 42: 

Disampaikan oleh:- Cikgu Pak Long

authorStream Live Help