Pakaian dan Perayaan Etnik di Malaysia

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

By: emasantos (43 month(s) ago)

tHaNk tHIs sLiDe sEmOgA ILmU daPaT DipErkMbNGKn lAgi

Presentation Transcript

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN: KAMARZAMAN BIN MD. SHARIF AZHAR BIN OMAR SITI ZALEHA BINTI OTHMAN NORAISAH BINTI MAYAR PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) KUMPULAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI AMBILAN NOV. 2008

CARA-CARA MASYARAKAT MALAYSIA BERPAKAIAN DAN PERAYAAN SETIAP ETNIK TAJUK

KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Slide 5: 

MELAYU CINA INDIA KAUM-KAUM YANG LAIN: Kadazan Iban Orang Ulu Kelabit Bidayuh Sikh Punan/Penan Kenyah/Kayan Melanau KAUM-KAUM DI MALAYSIA

MASYARAKAT DI MALAYSIA KAUM TERBESAR MELAYU CINA INDIA

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket Diraja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini. SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA

PAKAIAN ORANG MELAYU

BAJU KEBAYA Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak. Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Baju Kebaya

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun. Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama. Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok.

BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG


BAJU KURUNG TELUK BELANGA Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali; a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.


Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak. PAKAIAN ORANG CINA

Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai. Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.

Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. CHEONGSAM

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

PAKAIAN ORANG INDIA Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli.

Sari, busana tradisional India yang paling disukai. Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai

DHOTI Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sari, busana tradisional India yang paling disukai. Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

Pakaian Kaum Iban : 

Pakaian Kaum Iban Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian penuh (wanita) Iban semasa upacara Gawai di Debak, rantau Betong, Sarawak

Slide 25: 

Kain Sirat Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Slide 26: 

Bidang Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

Slide 27: 

Kalambi Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.

Slide 28: 

Bedong Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi. Pua Kumbu Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat, gawai dan seumpamanya. Dalam upacara perkahwinan pula, ibu bapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'mas kahwin'. Semasa bersanding, pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin, dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian.

Pakaian kaum Kadazan : 

Pakaian kaum Kadazan

kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.

Slide 31: 

Pakaian kaum wanita Sinuangga’  Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan. Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut. Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas. Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.

Slide 32: 

Aksesori Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong. Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang. Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul. Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak Gohong Gelang tembaga atau perak Hamai Rantai leher Simbong Subang Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas

Slide 33: 

Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki.  Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-seli.

Slide 34: 

Pakaian lelaki Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas. Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden. Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar. Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.

Sambutan Perayaan Di Malaysia : 

Sambutan Perayaan Di Malaysia SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA Hari Raya Aidil Fitri Perayaan Gawai Dayak Pesta Songkran Perayaan Krismas Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali Perayaan Tadau Kaamatan

Slide 36: 

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

PERAYAAN UTAMAKAUM MELAYU : 

PERAYAAN UTAMAKAUM MELAYU Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha Maulud Nabi Maal Hijrah

PERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM : 

PERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM Hari Raya Puasa Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri. Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Perlu berpuasa selama 1 bulan Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah. Pada bulan tersebut, penganut agama Islam di seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji. Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha

HARI RAYA PUASA : 

HARI RAYA PUASA

HARI RAYA HAJI : 

HARI RAYA HAJI

Perayaan Utama Kaum Cina : 

Perayaan Utama Kaum Cina Tahun Baru Cina Chap Goh Mei Hari Wesak

Tahun Baru Cina : 

Tahun Baru Cina Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.                              Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Chap Goh Mei : 

Chap Goh Mei Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi  meraikan Chap Goh Mei.  Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Hari Wesak : 

Hari Wesak Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Slide 47: 

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.


PERAYAAN UTAMAKAUM INDIA : 

PERAYAAN UTAMAKAUM INDIA Hari Deepavali Hari Thaipusam

Hari Deepavali : 

Hari Deepavali

Slide 51: 

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.                           Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.                  Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden. Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.

Slide 52: 

Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.                                      Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.

Hari Thaipusam : 

Hari Thaipusam

Slide 54: 

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Slide 55: 

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum. Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Perayaan Etnik di Sarawak : 

Perayaan Etnik di Sarawak Pesta Kaul Melanau Hari Gawai Dayak

Pesta kaul Melanau : 

Pesta kaul Melanau

Pesta Kaul Melanau : 

Pesta Kaul Melanau Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme. Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai. Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri

Slide 59: 

Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul dari buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan. Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak. Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.

Hari Gawai Dayak : 

Hari Gawai Dayak

Hari Gawai Dayak : 

Hari Gawai Dayak Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

Perayaan Etnik di Sabah : 

Perayaan Etnik di Sabah Tadau Kaamatan

Tadau Kaamatan : 

Tadau Kaamatan Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Slide 64: 

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

SEKIAN TERIMA KASIH