Drama Baju Emas Sang Maharaja

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

Drama Baju Emas Sang Maharaja

Slide 2: 

Drama ini mengisahkan kehidupan seorang nelayan tua dan anaknya yang berasa bosan dengan kehidupan mereka yang miskin. Si Anak ingin mengubah kehidupan menjadi seorang yang kaya dan berkuasa. Ayahnya, Nelayan Tua menghalang niat Si Anak itu. Ayahnya mahu Si Anak itu bersyukur terhadap kurniaan yang ada. Sinopsis

Slide 3: 

Perbualan mereka mendapat perhatian Pertapa. Pertapa pun memberi sehelai baju emas Sang Maharaja kepada Si Anak. Pertapa mengenakan syarat untuk memenuhi keinginan Si Anak. Antara syarat yang dikenakan ialah Si Anak hendaklah mempunyai pegangan iktikad yang kuat, kuat rohani dan jasmani serta kuat menerima dugaan. Si Anak harus bersabar menghadapi segala dugaan. Nelayan Tua melarang Si Anak memakai baju emas tetapi  anaknya tetap berdegil.

Slide 4: 

Si Anak kemudiannya menjadi raja yang berkuasa. Ayahnya menjadi mamandanya. Si Anak bersikap rakus dan gila kuasa. Si Anak tidak menyedari bahawa dia telah melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Pertapa. Si Anak menjadi angkuh. Si Anak tidak mengaku Nelayan Tua adalah ayahnya dan ingin memukul ayahnya sendiri. Oleh itu Pertapa menuntut kembali baju emas Sang Maharaja. Si Anak berasa kesal tetapi sudah terlambat. Si Anak kembali seperti dulu.

Slide 5: 

Hasil Kerja Pelajar

Slide 9: 

Cerita bermula dengan si anak meberitahu bapanya, nelayan tua bahawa dia telah benci dengan kehidupan sekarang. Dia mahu mengubah nasibnya. Seoran pertapa muncul dan ingin memenuhi hasrat si anak dengan memberikan sehelai Baju Emas Sang Maharaja yang boleh memenuhi segala permintaan anak. Hasrat anak menjadi raja telah tercapai dan dia memerintah semua orang bawahannya mencurahkan semua wang untuk membina sebuah istana yang cantik Akhirnya, anak tidak memiliki apa-apa sebaliknya menjadi balik rupa asalnya kerana telah melanggar syarat yang ditetapkan oleh pertapa. 1 2 3 4

Slide 12: 

Nelayan tua dan anaknya hidup dengan menangkap ikan tetapi anaknya selalu ingin menjadi kaya dan memikirkan bahawa dia boleh menjadi raja. Impian anaknya tercapai setelah memakai baju Emas Sang Mahaja Emas yang diberikan oleh Pertapa. Dia menjadi seorang raja yang berkuasa. Seorang Pertapa tiba-tiba muncul dengan menyatakan dia boleh membantu anak mencapai impiannya dengan memberikan sehelai baju Emas Sang Maharaja Selepas menjadi raja, anaknya berubah sikap sehingga sanggup memukul ayahnya dan akhirnya dia kehilangan segala-gala yang dimilikinya. 1 3 2 4

Slide 14: 

Kehidupan Nelayan Tua dan Si Anak yang miskin kerana bekerja sebagai i nelayan Suatu hari, seorang Pertapa memberi sehelai baju emas sang maharaja kepada Si Anak yang ingin mengubah nasib Akhirnya, Si Anak kehilangan segala-galanya kerana telah menderhaka terhadap ayahnya Istana yang dimiliki orang Si Anak selepas menjadi raja.