logging in or signing up Aku Kris dan Kristal llc80 Download Post to : URL : Related Presentations : Share Add to Flag Embed Email Send to Blogs and Networks Add to Channel Uploaded from authorPOINTLite Insert YouTube videos in PowerPont slides with aS Desktop Copy embed code: (To copy code, click on the text box) Embed: URL: Thumbnail: WordPress Embed Customize Embed The presentation is successfully added In Your Favorites. Views: 518 Category: Education License: All Rights Reserved Like it (1) Dislike it (0) Added: April 27, 2009 This Presentation is Public Favorites: 2 Presentation Description No description available. Comments Posting comment... By: guigui93 (28 month(s) ago) can i get aku, kris dan kristal ppt from you..? Saving..... Post Reply Close Saving..... Edit Comment Close Premium member Presentation Transcript Slide 1: Cerpen Aku, Kris dan Kristal Slide 2: Permulaan Cerita Slide 3: Hana seorang gadis dari Malaysia berdiri di tepi jendela apartment. Dia teringat kembali kenangan semasa berada di ruang asing. Hampir tiga tahun dia belajar di sana dan kehidupannya penuh dengan pelbagai emosi. Sambil melihat kanak-kanak “Mat Salleh” yang bermain salji, dia teringat pula pada keluarganya di kampng yang teringin melihat salji. Di bilik yang sama juga, rakan apartmentnya, Samanthan sedang tidur. Slide 4: Perkembangan Cerita Slide 5: Hana teringat akan Kris dan Kristal yang merupakan iman yang istimewa dalam sejarah hidupnya semasa berada di rantau asing. Dia teringat pertama kali dia menjejakkan kaki di Britain dan persahabatannya dengan Kris dan Kristal. Slide 6: Kris yang berambut ikal dan matanya yang berwarna hazel dan bersinar lembut telah memperkenalkan dirinya. Dia fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal di Malaysia sewaktu ayahnya bertugas sebagai duta besar. Slide 7: Kemudian Hana telah berkenalan dengan Kristal, seorang gadis tinggi lampai berambut ‘blond‘ (kuning) dan bermata biru. Dia sungguh cantik dan fasih berbahasa Melayu juga kerana pernah menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia. Slide 8: Kris telah mempelawa Hana tinggal di rumah ibunya di pinggir bandar Cardiff. Oleh sebab biasiswanya juga tidak mencukupi, Hana telah menerima pelawanan Kris sehingga dia mendapat apartment sendiri. Slide 9: Hana, Kris dan Kristal telah menjadi kawan baik dan sentiasa menghabiskan masa bersama di Barry Island, Bath atau Taman Roath. Slide 10: Sepupu Hana, Teh pernah berkata bahawa orang Inggeris sombong-sombong belaka tetapi Hana berpendapat bahawa anggapan itu salah. Ketika menulis surat untuk keluarganya di kampung, Hana menjejaskan tentang kebaikan dan kemurahan hati orang Inggeris tetapi ibunya menasihatinya supaya tidak terlalu mempercayai orang asing yang tidak diketahui asal-usulnya. Hana menganggap ibunya bersifat prejudis. Slide 11: Walaupun Hana selalu bersama dengan Kris dan Kristal, namun dia tidak melupakan etika ketimuran, adat resam dan ajaran agama yang luhur. Hana tidak bersama dengan mereka pergi ke disko atau ke parti yang mereka anjurkan. Slide 12: Hana sering berdoa agar dirinya terpelihara daripada sebarang unsure negative. Dia telah meminta ibu Kris, Mrs. Doogan agar mencarikan sebuah apartment untuknya tetapi Mrs. Doogan tidak bersetuju dengan memberikan pelbagai alasan. Slide 13: Pada suatu cuti musim panas, Kris telah membawa Hana ke Luxembourg. Kristal tidak ikut serta kerana menziarahi datuknya di Isle of Sheppy. Pada ketika itu, bunga-bunga tulip merah dan biru berkembang mekar dan kelihatan sungguh indah. Slide 14: Kris telah membawahnya ke Esch-Sur, Clevaux, Beaufort dan Echternach. Hana berasa kagum dengan keunikan dan keistimewaan tempat-tempat itu. Semasa di Diekirch, Kris telah membisikkan sesuatu yang mengejutkan Hana. Kris cuba memegang tangan Hana tetapi Hana tidak menyukai tingkah laku Kris itu. Slide 15: Pada keesokan harinya, Hana telah memberitahu Mrs. Doogan tentang pelawaan daripada seorang kawan untuk tinggal bersama. Walaupun Mrs. Doogan cuba menghalangnya tetapi Hana tetap berkeras untuk menerima pelawaan tersebut. Slide 16: Hana tinggal dengan empat orang anak Melayu dan seorang warga Inggeris di apartment barunya. Slide 17: Setiap malam Jumaat, Hana dan empat orang rakannya itu mengadakan usrah. Kadang-kala mereka akan pergi ke Malaysian Hall untuk mengikuti program-program yang dianjurkan. Slide 18: Di dalam kuliah, Kris sering cuba menghampirinya ketika tiada pensyarah mengajar tetapi Hana cepat mengelakkkan diri apabila ternampak sahaja jelingan Kristal. Hubungan mereka bertiga tidak semesra dahulu. Slide 19: Hana berasa kesal kerana beranggapan dia mungkin telah melakukan kesilapan kerana keluar bebas bersama Kris, lelaki yang baru dikenalinya. Slide 20: Hana telah menerima surat daripada keluarganya di kampung. Selain daripada berita tentang keluarganya dan kejayaan Uda dalam peperiksaan SRP, terdapat juga berita tentang Wan Hadi, guru lepasan universiti yang berhajat untuk melamar Hana. Slide 21: Hana segera membalas surat tersebut dan menyerahkan keputusan perkara berkenaan di tangan emak dan abahnya. Slide 22: Hana tersenyum apabila teringat akan Wan Hadi, guru muda lulusan Universiti Sains Malaysia yang mengajar Pengajian Am. Hana berasa hairan kerana antara ramai gadis yang lain, dia menjadi pilihan Wan Hadi. Slide 23: Hana berasa sedih apabila teringat akan Kris dan bertambah sedih apabila teringat akan Kristal. Perangai Kristal telah berubah terhadap Hana. Dia seolah-olah cemburu. Kata-katanya mengandungi makna tersirat dan senyumannya sinis. Slide 24: Apabila Kristal menuduh Hana cuba menggoda Kris, Hana menafikan tuduhan itu dan memberitahu Kristal bahawa dia tidak membalas cinta Kris malah sudah mempunyai tunang di Malaysia. Kristal terkejut apabila mendengarnya lalu meminta maaf. Slide 25: Senja itu, Hana menerima panggilan telefon daripada Kris yang ingin berjumpanya di Jambatan Pulteney. Setelah didesak, Hana akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengannya. Kris memberitahu Hana bahawa dia akan ke Jerman Barat bersama dengan ibunya dan akan meneruskan pengajiannya di sana. Slide 26: Kris meluahkan perasaannya terhadap Hana tetapi Hana memberitahunya bahawa Kristal mencintai Kris. Kris menerangkan bahawa hubungannya dengan Kristal hanya setakat kawan biasa. Slide 27: Kris kemudiannya menghadiahkan sehelai sapu tangan sutera bercorak kepada Hana. Hana berasa amat terharu. Slide 28: Pada keesokan harinya, Kris tidak berada di dalam kelas dan apabila Kristal bertanyakan tentangnya, Hana sekadar memberitahu bahawa Kris mengikut ibunya ke Jerman Barat tetapi merahsiakan alamatnya seperti yang diminta oleh Kris. Slide 29: Setelah Kris pergi, Kristal mulai rapat dengan Fiztgerald, anak jutawan penjual baranagan antik. Perangai Kristal mula berubah dan mereka berdua tidak segan silu berpelukan di khalayak ramai. Slide 30: Klimaks Slide 31: Dua minggu kemudian, Universiti College Cardiff gempar dengan berita kematian Kristal kerana mengambil terlalu banyak pil tidur. Menurut teman serumahnya, setiap malam Kristal menangisi pemergian Kris. Kristal juga sering mengeluh kerana malu cintanya tidak dibalas. Slide 32: Peleraian Slide 33: Sehingga sekarang Hana tidak dapat melupakan Kris dan Kristal. Setelah beberapa jam Hana merenung di luar jendela, dia memerhatikan pula kanak-kanak yang bermain salji. Melihatkan Samanthan yang masih tidur, Hana teringat akan Kris yang telah pergi hampir bertahun lamanya dan tidak berhubung dengannya lagi. Slide 34: Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng apartment. Hana yang menganggap rakannya Wani yang baru pulang dari pasar raya, membuka pintu dan terkejut melihat orang yang member salam dan memeperkenalkan dirinya. Hana cukup mengenalinya dan secara tiba-tiba segala kenangan silam mula kembali berlegar di fikirannya. Hana tidak mampu berkata apa-apa melainkan menyebut nama Allah dalam hatinya. You do not have the permission to view this presentation. In order to view it, please contact the author of the presentation.
Aku Kris dan Kristal llc80 Download Post to : URL : Related Presentations : Share Add to Flag Embed Email Send to Blogs and Networks Add to Channel Uploaded from authorPOINTLite Insert YouTube videos in PowerPont slides with aS Desktop Copy embed code: (To copy code, click on the text box) Embed: URL: Thumbnail: WordPress Embed Customize Embed The presentation is successfully added In Your Favorites. Views: 518 Category: Education License: All Rights Reserved Like it (1) Dislike it (0) Added: April 27, 2009 This Presentation is Public Favorites: 2 Presentation Description No description available. Comments Posting comment... By: guigui93 (28 month(s) ago) can i get aku, kris dan kristal ppt from you..? Saving..... Post Reply Close Saving..... Edit Comment Close Premium member Presentation Transcript Slide 1: Cerpen Aku, Kris dan Kristal Slide 2: Permulaan Cerita Slide 3: Hana seorang gadis dari Malaysia berdiri di tepi jendela apartment. Dia teringat kembali kenangan semasa berada di ruang asing. Hampir tiga tahun dia belajar di sana dan kehidupannya penuh dengan pelbagai emosi. Sambil melihat kanak-kanak “Mat Salleh” yang bermain salji, dia teringat pula pada keluarganya di kampng yang teringin melihat salji. Di bilik yang sama juga, rakan apartmentnya, Samanthan sedang tidur. Slide 4: Perkembangan Cerita Slide 5: Hana teringat akan Kris dan Kristal yang merupakan iman yang istimewa dalam sejarah hidupnya semasa berada di rantau asing. Dia teringat pertama kali dia menjejakkan kaki di Britain dan persahabatannya dengan Kris dan Kristal. Slide 6: Kris yang berambut ikal dan matanya yang berwarna hazel dan bersinar lembut telah memperkenalkan dirinya. Dia fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal di Malaysia sewaktu ayahnya bertugas sebagai duta besar. Slide 7: Kemudian Hana telah berkenalan dengan Kristal, seorang gadis tinggi lampai berambut ‘blond‘ (kuning) dan bermata biru. Dia sungguh cantik dan fasih berbahasa Melayu juga kerana pernah menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia. Slide 8: Kris telah mempelawa Hana tinggal di rumah ibunya di pinggir bandar Cardiff. Oleh sebab biasiswanya juga tidak mencukupi, Hana telah menerima pelawanan Kris sehingga dia mendapat apartment sendiri. Slide 9: Hana, Kris dan Kristal telah menjadi kawan baik dan sentiasa menghabiskan masa bersama di Barry Island, Bath atau Taman Roath. Slide 10: Sepupu Hana, Teh pernah berkata bahawa orang Inggeris sombong-sombong belaka tetapi Hana berpendapat bahawa anggapan itu salah. Ketika menulis surat untuk keluarganya di kampung, Hana menjejaskan tentang kebaikan dan kemurahan hati orang Inggeris tetapi ibunya menasihatinya supaya tidak terlalu mempercayai orang asing yang tidak diketahui asal-usulnya. Hana menganggap ibunya bersifat prejudis. Slide 11: Walaupun Hana selalu bersama dengan Kris dan Kristal, namun dia tidak melupakan etika ketimuran, adat resam dan ajaran agama yang luhur. Hana tidak bersama dengan mereka pergi ke disko atau ke parti yang mereka anjurkan. Slide 12: Hana sering berdoa agar dirinya terpelihara daripada sebarang unsure negative. Dia telah meminta ibu Kris, Mrs. Doogan agar mencarikan sebuah apartment untuknya tetapi Mrs. Doogan tidak bersetuju dengan memberikan pelbagai alasan. Slide 13: Pada suatu cuti musim panas, Kris telah membawa Hana ke Luxembourg. Kristal tidak ikut serta kerana menziarahi datuknya di Isle of Sheppy. Pada ketika itu, bunga-bunga tulip merah dan biru berkembang mekar dan kelihatan sungguh indah. Slide 14: Kris telah membawahnya ke Esch-Sur, Clevaux, Beaufort dan Echternach. Hana berasa kagum dengan keunikan dan keistimewaan tempat-tempat itu. Semasa di Diekirch, Kris telah membisikkan sesuatu yang mengejutkan Hana. Kris cuba memegang tangan Hana tetapi Hana tidak menyukai tingkah laku Kris itu. Slide 15: Pada keesokan harinya, Hana telah memberitahu Mrs. Doogan tentang pelawaan daripada seorang kawan untuk tinggal bersama. Walaupun Mrs. Doogan cuba menghalangnya tetapi Hana tetap berkeras untuk menerima pelawaan tersebut. Slide 16: Hana tinggal dengan empat orang anak Melayu dan seorang warga Inggeris di apartment barunya. Slide 17: Setiap malam Jumaat, Hana dan empat orang rakannya itu mengadakan usrah. Kadang-kala mereka akan pergi ke Malaysian Hall untuk mengikuti program-program yang dianjurkan. Slide 18: Di dalam kuliah, Kris sering cuba menghampirinya ketika tiada pensyarah mengajar tetapi Hana cepat mengelakkkan diri apabila ternampak sahaja jelingan Kristal. Hubungan mereka bertiga tidak semesra dahulu. Slide 19: Hana berasa kesal kerana beranggapan dia mungkin telah melakukan kesilapan kerana keluar bebas bersama Kris, lelaki yang baru dikenalinya. Slide 20: Hana telah menerima surat daripada keluarganya di kampung. Selain daripada berita tentang keluarganya dan kejayaan Uda dalam peperiksaan SRP, terdapat juga berita tentang Wan Hadi, guru lepasan universiti yang berhajat untuk melamar Hana. Slide 21: Hana segera membalas surat tersebut dan menyerahkan keputusan perkara berkenaan di tangan emak dan abahnya. Slide 22: Hana tersenyum apabila teringat akan Wan Hadi, guru muda lulusan Universiti Sains Malaysia yang mengajar Pengajian Am. Hana berasa hairan kerana antara ramai gadis yang lain, dia menjadi pilihan Wan Hadi. Slide 23: Hana berasa sedih apabila teringat akan Kris dan bertambah sedih apabila teringat akan Kristal. Perangai Kristal telah berubah terhadap Hana. Dia seolah-olah cemburu. Kata-katanya mengandungi makna tersirat dan senyumannya sinis. Slide 24: Apabila Kristal menuduh Hana cuba menggoda Kris, Hana menafikan tuduhan itu dan memberitahu Kristal bahawa dia tidak membalas cinta Kris malah sudah mempunyai tunang di Malaysia. Kristal terkejut apabila mendengarnya lalu meminta maaf. Slide 25: Senja itu, Hana menerima panggilan telefon daripada Kris yang ingin berjumpanya di Jambatan Pulteney. Setelah didesak, Hana akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengannya. Kris memberitahu Hana bahawa dia akan ke Jerman Barat bersama dengan ibunya dan akan meneruskan pengajiannya di sana. Slide 26: Kris meluahkan perasaannya terhadap Hana tetapi Hana memberitahunya bahawa Kristal mencintai Kris. Kris menerangkan bahawa hubungannya dengan Kristal hanya setakat kawan biasa. Slide 27: Kris kemudiannya menghadiahkan sehelai sapu tangan sutera bercorak kepada Hana. Hana berasa amat terharu. Slide 28: Pada keesokan harinya, Kris tidak berada di dalam kelas dan apabila Kristal bertanyakan tentangnya, Hana sekadar memberitahu bahawa Kris mengikut ibunya ke Jerman Barat tetapi merahsiakan alamatnya seperti yang diminta oleh Kris. Slide 29: Setelah Kris pergi, Kristal mulai rapat dengan Fiztgerald, anak jutawan penjual baranagan antik. Perangai Kristal mula berubah dan mereka berdua tidak segan silu berpelukan di khalayak ramai. Slide 30: Klimaks Slide 31: Dua minggu kemudian, Universiti College Cardiff gempar dengan berita kematian Kristal kerana mengambil terlalu banyak pil tidur. Menurut teman serumahnya, setiap malam Kristal menangisi pemergian Kris. Kristal juga sering mengeluh kerana malu cintanya tidak dibalas. Slide 32: Peleraian Slide 33: Sehingga sekarang Hana tidak dapat melupakan Kris dan Kristal. Setelah beberapa jam Hana merenung di luar jendela, dia memerhatikan pula kanak-kanak yang bermain salji. Melihatkan Samanthan yang masih tidur, Hana teringat akan Kris yang telah pergi hampir bertahun lamanya dan tidak berhubung dengannya lagi. Slide 34: Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng apartment. Hana yang menganggap rakannya Wani yang baru pulang dari pasar raya, membuka pintu dan terkejut melihat orang yang member salam dan memeperkenalkan dirinya. Hana cukup mengenalinya dan secara tiba-tiba segala kenangan silam mula kembali berlegar di fikirannya. Hana tidak mampu berkata apa-apa melainkan menyebut nama Allah dalam hatinya.