Kata Nama

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

Kata Nama Am Hidup Tak Hidup Bukan manusia manusia Institusi Bukan institusi gajah pokok malaikat hantu guru nelayan jutawan ibu rumah negeri sungai padang sekolah majlis persatuan universiti Konkrit Abstrak Tak berbilang berbilang roh latihan iklim Senyuman Pendapat rancangan

Slide 2: 

Ingatkan ! Kata nama am tak hidup institusi dapat dikenal pasti melalui kewujudan kata sendi nama daripada dan kepada sebelum kata tersebut

Slide 3: 

Kata Nama Khas Hidup Tak hidup Malaysia DBP Proton Waja Tompok Sang Lamri Hazim Rajoo Alicia Bukan manusia manusia

Slide 4: 

Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Jika dalam kata nama tersebut terdapat kata sendi atau kata hubung, huruf pertama tersebut hendaklah ditulis dengan huruf kecil Contoh : Dewan Bahasa dan Pustaka Ingatkan !

Slide 7: 

Kata Ganti Nama Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Tunjuk KGN diri orang KGN diri tanya pertama kedua ketiga saya aku beta patik kami saudara kamu awak engkau anda kalian ia dia beliau mereka -nya siapa apa mana itu ini

Slide 8: 

Penggunaan kata aku tidak sesuai digunakan apabila bercakap dengan a. Seseorang yang belum mesra dengan anda b. Seseorang yang lebih tua umurnya. c. Seseorang yang perlu dihormati. Kata Ganti Nama diri Pertama "aku" Perhatian !

Slide 9: 

Daku – digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri huruf n Contoh: Sanggupkah abang meninggalkan daku keseorangan? Kata Ganti Nama Diri Pertama "daku"

Slide 10: 

Kata daku tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf “n” Cth: Mereka meminta daku menyertai majlis itu. v : Mereka meminta aku menyertai majlis perasmian itu. Kata daku tidak boleh digunakan sebagai subjek ayat. Cth: Daku teringat akan dia. v : Aku teringat akan dia . Kata Ganti Nama Diri Pertama "daku" Perhatian!

Slide 11: 

Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang kita ajak bercakap diikut sertakan Kata Ganti Nama Diri Pertama "kita" Perhatian!

Slide 12: 

1. Kami bererti “saya dengan dia atau mereka” apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak bercakap tidak diikut sertakan Kata Ganti Nama Diri Pertama "kami" Perhatian!

Slide 13: 

Kata dikau tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf “n” Cth: Kuucapkan selamat kepada dikau. v : Kuucapkan selamat kepadamu. 2. Kata dikau tidak boleh digunakan sebagai subjek ayat. Cth : Dikau harus berjanji kepadaku. v : Engkau harus berjanji kepadaku. 3. Kata dikau tidak boleh digunakan sebagai predikat ayat. Cth : Dikaulah yang bersalah. v : Engkaulah yang bersalah Kata Ganti Nama Diri Kedua "dikau" Perhatian!

Slide 14: 

Kata beliau tidak boleh digunakan secara sembarangan saja, misalnya untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang. Cth: Perompak itu telah dibicarakan di mahkamah. Beliau dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. v : Perompak itu telah dibicarakan di mahkamah. Dia (atau ia) dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun Kata Ganti Nama Diri Ketiga "beliau" Perhatian!

Slide 15: 

Kata Ganti Nama Diri Ketiga "ia" Perhatian! Kata ia boleh bertugas sebagai subjek tetapi tidak boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif. Cth: Saya tidak bersetuju dengan ia. v : Saya tidak bersetuju dengan dia. Kata ia tidak boleh bertugas sebagai penerang kata nama. Cth : Ayah ia sudah menunaikan fardu Haji. v : Ayahnya sudah menunaikan fardu Haji. Kata ia tidak boleh berfungsi sebagai perlaku dalam ayat pasif. Cth : Buku itu belum dibaca ia. v : Buku itu belum dibacanya.

Slide 16: 

Kata mereka bermaksud jamak atau lebih daripada seorang. Oleh itu, kata mereka tidak perlu digandakan atau diulang menjadi mereka-mereka. Cth: Mereka-mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di kawasan perumahan itu perlu diambil tindakan. v : Mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di kawasan perumahan itu perlu diambil tindakan. Kata Ganti Nama Diri Ketiga "mereka" Perhatian!

Slide 17: 

Kata apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. Cth : Nama ibu kamu apa? v : Nama ibu kamu siapa? Kata Ganti Nama Diri Tanya "apa" Perhatian !

Slide 18: 

Kata mana tidak sama penggunaannya dengan di mana. Apabila mana digunakan, jawabnya ialah ini atau itu. Tetapi apabila di mana digunakan, jawabnya ialah di sana, atau di sini atau di situ atau di (nama tempat) Cth :a. Tanya : Ayah mana? Jawab : Itu. b. Tanya : Ayah di mana sekarang? Jawab : Ayah di rumah sekarang. Kata Ganti Nama Diri Tanya "mana" Perhatian !

Slide 19: 

Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang. Cth : Nama kucing itu siapa? v : Nama kucing itu apa? Kata Ganti Nama Diri Tanya "siapa" Perhatian !

Slide 20: 

Kata kau sebagai seolah-olah awalan tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Cth: Pendapat yang kau kemukakan itu bernas sekali. v : Pendapat yang kaukemukakan itu bernas sekali. Kata kau tidak boleh juga bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh engkau. Cth: Kau tidak patut menyebabkan ibu bapa marah. v : Engkau tidak patut menyebabkan ibu bapa marah. Kata Ganti Nama Diri singkat "kau" Perhatian !

Slide 21: 

Kata ku sebagai seolah-olah awalan atau akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Cth: Semua kerja mendirikan khemah itu telah ku selesaikan. v : Semua kerja mendirikan khemah itu telah kuselesaikan. Kata ku tidak boleh juga bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh aku. Cth: Ku disambut oleh orang-orang kampung secara besar- besaran. v : Kudisambut oleh orang-orang kampung secara besar- besaran. Kata Ganti Nama Diri singkat "ku" Perhatian !

Slide 22: 

Kata mu sebagai seolah-olah akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Cth: Saya akan bersama mu apabila ke sana nanti. v : Saya akan bersamamu apabila ke sana nanti. Kata mu tidak boleh juga bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh aku. Cth: Mu dikehendaki hadir dalam mesyuarat itu. v : Mudikehendaki hadir dalam mesyuarat itu. Kata Ganti Nama Diri singkat "mu" Perhatian !

Slide 23: 

Kata nya sebagai seolah-olah akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Cth: Anak yatim itu dipelihara oleh nya. v : Anak yatim itu dipelihara olehnya. Kata nya tidak boleh juga bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh dia @ ia. Cth: Nya membantu orang tua itu melintas jalan. v : Dia membantu orang tua itu melintas jalan. @ : Ia membantu orang tua itu melintas jalan. Kata nya tidak boleh diimbuhkan pada kata ia lalu menjadi ianya Cth: Perpaduan sangat penting kerana ianya menjamin kesejahteraan. v : Perpaduan sangat penting kerana perpaduan menjamin kesejahteraan. @ : Perpaduan sangat penting kerana menjamin kesejahteraan. Kata Ganti Nama Diri singkat "nya" Perhatian !