Annyss Sophillea

Uploaded from authorPOINTLite
Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

Cerpen Annyss Sophillea Nisah Haji Haron

Slide 2: 

Akmal Annyss Strenn Eyrique Eustary Watak

Slide 3: 

Permulaan Cerita

Slide 4: 

Annyss dari dunia Alstonia meredah alam untuk mencari Eyrique, orang yang dikasihi. Seperti namanya yang bermakna persinggahan, Annyss berhenti sebentar di bumi. Dia berkenalan dengan penghuni bumi, iaitu Akmal.

Slide 5: 

Akmal berasa sedih kerana Annyss akan kembali ke Alstonia. Dia menyedari bahawa walaupun Annyss kelihatan lemah lembut namun dia seorang gadis yang berani dan berazam kuat. Sebelum meninggalkan bumi, Annyss menghadiahkan sebuah kalung yang berbuahkan loket pertama.

Slide 6: 

Annyss menggenggam kalung itu dalam tapak tangannya dan mengucapkan sesuatu yang asing pada pendengaran Akmal. Kesemua jarinya dikucup dan diletakkan di tengah-tengah dahinya.

Slide 7: 

Pada ketika itu, sebutir bintang yang bercahaya turun ke bumi. Cahaya itu menghampiri Akmal dan Annyss.

Slide 8: 

Bintang itu sebenarnya seakan-akan seekor kuda putih yang bersayap perak dan tepinya ditinta warna keemasan. Bulu tengkuknya lebat berombak dan pada dahinya tercacak tanduk tunggal. Haiwan itu melayang turun dan kakinya tegap mendarat dengan kemas di atas pasir pantai.

Slide 9: 

Annyss menerangkan bahawa di bumi, haiwan ini dikenali sebagai ‘unicorn’ tetapi di Alstonia dikenali sebagai ‘eustary’. Menurutnya eustary boleh wujud di alam yang mempercayai kewujudannya.

Slide 10: 

Kemudian, Annyss menghadiahkan kalung tersebut sebagai kenangan. Dia meminta Akmal menyimpan kalung tersebut di bawah tempat tidur dan Annyss akan hadir dalam mimpinya.

Slide 11: 

Sebelum Annyss meninggalkannya, Akmal mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ kerana keesokan hari adalah hari lahirnya. Annyss yang menunggang eustary menghala ke udara dan terbang sehingga hanya kelihatan sebagai sebutir bintang di langit. Akmal berharap Annyss akan menemui tunangnya, Eyrique.

Slide 12: 

Perkembangan Cerita

Slide 13: 

Semasa Annyss di makam ayah dan bondanya, Annyss terkejut dengan kemunculan sepupunya, Strenn. Strenn ingin tahu sama ada Annyss sudah menemui Eyrique.

Slide 14: 

Strenn meminta Annyss melupakan Eyrique dan mengahwininya supaya dapat menjadi Permaisuri Alstonia. Jika Eyrique menaiki takhta, Annyss tidak akan mendapat apa-apa.

Slide 15: 

Annyss menjadi marah lalu memberitahu Strenn bahawa dia sudah berjumpa dengan Eyrique dan akan membawanya ke istana pada keesokan harinya. Kemudian dia meninggalkan Strenn yang begitu terkejut dengan kata-katanya itu.

Slide 16: 

Di bilik peraduannya, Annyss terkenang bagaimana kekecohan ini timbul. Apabila Maharaja Alstonia ke-73 mangkat, Eyrique sebagai pewaris tunggal belum mencapai usia kedewasaannya. Oleh yang demikian, bapa saudara Eyrique (adik kepada baginda Maharaja) dilantik sebagai pemangku.

Slide 17: 

Kini kelihatan Eyrique menjadi satu misteri. Ada yang berpendapat bahawa Eyrique telah merajuk kerana ayahanda saudaranya enggan menyerahkan takhta kepadanya. Kemangkatan bonda Annyss juga telah merumitkan keadaan.

Slide 18: 

Walau bagaimanapun, Annyss yang mengenali Eyrique sejak kecil lagi kerana Eyriquelah ‘musuh’ dan teman sepermainannya, tahu bahawa merajuk bukanlah sifatnya.

Slide 19: 

Annyss teringat pada suatu tempat yang amat mereka gemari sewaktu kecil.

Slide 20: 

Dia mengeluarkan seekor burung Inderawasih dan menyarungkan sebentuk cincin berbatu delima pada kaki burung tersebut.

Slide 21: 

Dengan serta-merta burung itu membesar hingga boleh ditunggangi oleh Annyss. Annyss menyuruh burung itu membawanya ke pinggir Rimba Besar Alstonia.

Slide 22: 

Burung Inderawasih pun terbang ke destinasinya.

Slide 23: 

Apabila sampai, Inderawasih pun mendarat dan meninggalkan Annyss di sebuah bangsal di tepi sebatang anak sungai sebelum terbang semula.

Slide 24: 

Annyss yang berada seorang diri di hutan berasa agak seram. Dia berfikir alangkah baiknya sekiranya eustary berada bersamanya.

Slide 25: 

Tiba-tiba kedengaran tapak kaki seseorang yang mematahkan ranting kering di belakangnya. Annyss pun menghunus pisau belatinya.

Slide 26: 

Dia menghayun pisaunya untuk menikam musuh dan terkejut apabila ternampak Akmal dengan eustary di sisinya.

Slide 27: 

Annyss menyedari bahawa Akmal telah menyeru eustary dengan menggunakan kalung yang diberikan itu lalu terbang ke situ. Akmal menjelaskan bahawa setiap malam Annyss muncul dalam mimpinya dan seakan-akan meminta bantuannya. Tambahan pula, Akmal berasa kurang senang kerana sudah seminggu Annyss meninggalkan bumi.

Slide 28: 

Pada mulanya Annyss berasa hairan kerana dia baru sampai sehari sebelum itu. Kemudian dia teringat lalu menerangkan kepada Akmal bahawa sehari di Alstonia adalah sama seperti seminggu di bumi kerana dimensi mereka berbeza.

Slide 29: 

Kemudian Akmal bertanya tentang Eyrique. Annyss memberitahu bahawa itulah sebab dia berada di bangsal itu. Di dalam bangsal tersebut, Annyss mengangkat sekeping papan yang merupakan sebuah pintu rahsia pada lantai. Dia memberitahu bahawa sewaktu kecil dia dan Eyrique sentiasa bersembunyi di situ.

Slide 30: 

Apabila Annyss dan Akmal hendak memasuki ruang rahsia itu, didapati keadaannya gelap. Akmal menyeluk koceknya sekotak mancis. Annyss memberitahunya bahawa mereka tidak memerlukan api lalu memimpin tangannya dan melangkah masuk diikutinya oleh eustary di belakang.

Slide 31: 

Ruang rahsia yang gelap itu lama-kelamaan menjadi terang dengan sendiri. Akmal berasa hairan apabila mendapati bahawa sayap eustary yang bertinta warna emas itu boleh mengeluarkan cahaya.

Slide 32: 

Di hujung terowong rahsia itu terdapat sebuah tingkap kecil pada dindingnya. Akmal menjenguk ke dalam dan memberitahu Annyss bahawa lelaki yang sedang terbaring di sudut sebuah bilik kurungan itu kemungkinan tunangnya, Eyrique.

Slide 33: 

Setelah Annyss melihat, dia memberitahu Akmal bahwa itulah Eyrique tetapi dia bukan tunangnya malah kembarnya. Akmal terkejut dan apabila merenung kedua-dua mereka mendapati ada persamaan pada wajah mereka.

Slide 34: 

Akmal memberitahu Annyss bahawa mereka harus menyelamatkan Eyrique dengan segera kerana khuatir orang yang mengurungnya akan membunuhnya. Annyss tidak bersetuju kerana bagi penghuni Alstonia, nyawa dianggap sebagai suatu yang amat suci dan tidak ada sesiapa yang boleh membunuh.

Slide 35: 

Annyss menjelaskan bahawa penculik Eyrique hanya berniat untuk memisahkan mereka berdua. Kemudian dia memejamkan matanya dan melafazkan bisikan yang halus untuk menghubungi Eyrique.

Slide 36: 

Annyss memanggil kembarnya dengan menggunakan mindanya. Eyrique yang terbaring sedar dan meniru perbuatan Annyss. Mereka saling memandang dan berhubung.

Slide 37: 

Setelah itu, Annyss merenung anak mata eustary dan membisikkan sesuatu kepadanya melalui kuasa minda.

Slide 38: 

Eustary menundukkan kepalanya dan seberkas cahaya terpancut daripada tanduk tunggal esutary yang dihalakan pada dinding penjara tersebut.

Slide 39: 

Cahaya merah yang keluar daripada tanduk eustary itu memecahkan dinding konkrit sehingga dinding tersebut retak dan gugur satu persatu.

Slide 40: 

Dengan segera Eyrique keluar dan menyentuh tanduk eustary. Tenaganya pulih selepas itu.

Slide 41: 

Eyrique mengucapkan terima kasih kepada Akmal dan Annyss sambil memegang tangan mereka di kiri dan kanannya lalu mereka bergegas keluar.

Slide 42: 

Klimaks Cerita

Slide 43: 

Eyrique yang pertama keluar ke permukaan terkejut apabila ternampak Strenn. Strenn dan pembantu-pembantunya sedang menanti mereka.

Slide 44: 

Apabila Strenn melihat Akmal bersama Annyss, dia menyindir Annyss sudah dimiliki orang lain.

Slide 45: 

Eyrique memberitahu Strenn bahawa dia hendak menuntut haknya yang telah dirampas oleh Strenn. Strenn menyindir Eyrique dengan bertanya hak yang mana satu kerana dia telah merampas banyak miliknya termasuklah kekasih Eyrique, iaitu Sarlyn.

Slide 46: 

Eyrique bertambah marah. Dia teringat bagaimana Strenn dan pembantu-pembantunya telah menculiknya pada malam dia akan ditabalkan sebagai pengganti ayahandanya. Perpisahan dengan Annyss telah melemahkan tenaga yang wujud di dalam dirinya.

Slide 47: 

Eyrique teringat pesanan bondanya, iaitu penyatuan kuasanya dan Annyss mampu menumpaskan musuh terhandal di Alstonia. Pada malam ini 22 tahun dahulu, sepasang kembar telah lahir sebagai pewaris takhta Alstonia.

Slide 48: 

Eyrique terkejut dari kenangannya dengan satu hantaran bola api magenta (merah-keungguan) dari Strenn kepada Akmal. Annyss yang bertindak sepantas kilat memintas dengan satu jurus cahaya biru. Kedua-dua cahaya itu bertemu di udara lalu berkecai.

Slide 49: 

Strenn berasa marah dan berazam untuk menghalang Eyrique daripada menaiki takhta Alstonia. Kedua belah tangannya diramas-ramas sehingga memercikkan cahaya ungu dan dari udara kosong muncul sebilah pedang di dalam gengaman Strenn. Eyrique juga berbuat sedemikian tetapi pedangnya putih dan lebih kemas buatannya.

Slide 50: 

Strenn dan Eyrique bertarung. Strenn menyerang dan Eyrique bertahan. Eyrique cuba menyedarkan Strenn akan akibat jika Strenn membunuhnya tetapi Strenn tidak mempedulikan malah lebih berazam untuk membunuh Eyrique.

Slide 51: 

Annyss semakin cemas melihat pertarungan sengit itu. Akmal yang tidak mahu kehilangan sahabat baru mengambil senjatanya dari saku lalu menembak Strenn sebelum dapat dihalang oleh Annyss.

Slide 52: 

Strenn ditembak pada dada. Akmal juga jatuh dan berasa kesakitan pada dadanya walaupun tidak berdarah.

Slide 53: 

Annyss berasa sedih. Akmal memberitahu yang dia menyedari bahawa sesiapa yang membunuh di Alstonia akan turut mati bersama mangsanya. Strenn tidak layak untuk hidup dan Akmal rela berkorban.

Slide 54: 

Akmal mengeluarkan sekeping kad berirama dari bumi untuk hari jadi Annyss dan Eyrique.

Slide 55: 

Peleraian Cerita

Slide 56: 

Annyss dan Eyrique berasa sungguh sedih. Mereka berhubung dengan kuasa minda lalu meletakkan tangan mereka di atas dada Akmal. Seberkas cahaya kebiruan meresap ke dalam tubuhnya.

Slide 57: 

Mata Akmal terpejam erat. Annyss bertanya sama ada tindakan mereka wajar. Eyrique mengangguk dan menyatakan bahawa sebahagian daripada nafas mereka telah bersimpul dan menyelamatkan nyawanya. Mereka membiarkan Akmal tidur.

Slide 58: 

Tamat