Pendekatan Motivasi Pembelajaran

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Motivasi Pembelajaran : 

Motivasi Pembelajaran EDU 3103- MURID DAN ALAM BELAJAR IPG KAMPUS KENINGAU PISMP BM AMBILAN JAN 2010

Pendekatan Motivasi : 

Pendekatan Motivasi Pendekatan Behavioris Motivasi Ekstrinsik Skinner Pendekatan Humanistik Teori Keperluan Maslow Carls Roger Penerimaan Positif Tanpa Syarat Pendekatan Kognitif Teori Attribution Teori Expentensy X Value Vroom Pendekatan Sosiobudaya

PENDEKATAN BEHAVIORIS : 

PENDEKATAN BEHAVIORIS Menurut pandangan ahli behavioris, Motivasi = Perubahan tingkahlaku akibat interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran.

MOTIVASI EKSTRINSIK SKINNER : 

MOTIVASI EKSTRINSIK SKINNER Skinner menggunakan pengukuh yang dikategorikan kepada GANJARAN dan INSENTIF GANJARAN = Objek atau peristiwa yang diberi akibat kelihatan atau manisfestasi sesuatu tingkah laku yang diingini. INSENTIF = Sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan atau tidak menggalakkan tingkah laku yang tidak diingini. (berupa kebendaan atau tidak)

PENDEKATAN HUMANISTIK : 

PENDEKATAN HUMANISTIK Menurut Abraham H Maslow, Seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memnuhi keperluan sekunder. Keperluan asas  keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri Keperluan Sekunder  kognitif dan estetik  MOTIVASI MELALUI ANALISIS KEPERLUAN…

Slide 6: 

Apabila keperluan akan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang lebih tinggi pula akan timbul. Manusia mempunyai enam peringkat keperluan yang disusun mengikut hierarki = Hierarki keperluan Maslow.

Hierarki Keperluan maslow : 

Hierarki Keperluan maslow Penghakikian diri

Slide 8: 

Peringkat Keperluan Diri Dalam teori Maslow, pada peringkat keperluan untuk diri yang rendah apa yang diperlukan ialah keperluan asas bagi diri sendiri seperti makanan, minuman dan tempat perlindungan. Saedah Siraj et.al (1996), menjelaskan murid-murid yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka.

Slide 9: 

Peringkat Keperluan Keselamatan Saedah Siraj et.al (1996) mengupas bahawa, bagi keperluan keselamatan, semasa kanak-kanak sakit, mereka perlukan jagaan ibu bapa yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka pada keseluruhannya. Di dalam kelas pula, murid-murid perlukan keselamatan dalam bentuk disiplin dan disiplin ini akan diajar kepada mereka bagi menanamkan sifat berdisiplin dalam diri mereka.

Slide 10: 

Peringkat Keperluan penghormatan diri Menurut Saedah Siraj et.al (1996) lagi, tiap-tiap orang memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi membolehkan perkara ini berlaku, seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan juga dihargai oleh orang lain. Keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri, kebebasan dan juga pengikhtirafan, perhatian serta penilaian dari orang lain.

Slide 11: 

Peringkat keperluan penghakikian diri Penghakikian diri bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensi yang dilahirkan. Seseorang itu perlu memuaskan keperluan pada peringkat bawah sebelum sampai ke peringkat ini. Menurut Saedah Siraj et.al (1996), apabila sampai ke peringkat penghakikian diri, seseorang itu telah menjadi seorang yang sihat dan ingin mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Oleh sebab seseorang itu mesti jadi apa yang ia boleh jadi, maka ia akan berlatih dengan sendiri tanpa apa-apa paksaan. Di sekolah, pemilihan aktiviti oleh murid, rancangan belajar yang bebas dan bimbingan kaunseling telah memberikan peluang kepada pelajar untuk mencapai penghakikian diri.

Slide 12: 

Rajah 1 : Konsep –konsep Asas Teori Maslow

Implikasi konsep keperluan dalam amalan bilik darjah : 

Implikasi konsep keperluan dalam amalan bilik darjah Keberkesanan aktiviti P&P dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana hierarki keperluan-keperluan dapat dipenuhi. Langkah-langkah berikut perlu dipertimbangkan 

Slide 14: 

Memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi   Menjadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.   Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.   Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar serta membari motivasi dan peneguuhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajran dan pembelajaran Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningaktkan keupayaan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka, iaitu memperolehi ilmu pengetahuan , menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

CARLS ROGER DAN PENERIMAAN POSITIF TANPA SYARAT : 

CARLS ROGER DAN PENERIMAAN POSITIF TANPA SYARAT Menurut Mook Soon Sang (2008), Carls Roger telah mengasaskan pendekatan pemusatan perorangan yang menekankan kecenderungan manusia ke arah penyempurnaan kendiri. Roger juga telah mensyorkan supaya kecenderungan ini berorientasikan pertumbuhan kendiri, autonomi (hak sendiri) dan kebebasan berbanding dengan kawalan kuasa-kuasa luaran.

Slide 16: 

Dengan kata lain, walaupun kecenderungan ini bersifat semula jadi, akan tetapi pengalaman dan interaksi dengan orang lain boleh memupuk atau menghalang pertumbuhan dan perkembangan autonomi murid-murid. Antara pengalaman yang amat penting ialah penerimaan positif tanpa syarat, iaitu kepercayaan kita bahawa orang lain haruslah diterima secara holistik walaupun mempunyai kekurangan kekurangan tertentu dari segi tingkah laku mereka. Oleh itu, seorang pendidik hendaklah percaya bahawa semua murid mempunyai potensi masing-masing yang boleh dipupuk dan dikembangkan ke tahap maksimum.

PENDEKATAN KOGNITIF : 

Menekankan kepercayaan, jangkaan dan keperluan untuk peraturan, ramalan dan pemahaman. Secara semula jadi, murid-murid akan dimotivasikan untuk belajar apabila mereka mendapati ketidaktekalan antara pengalaman mereka dan pemahaman masa kini, ataupun mereka menemui persamaan antara perkara-perkara yang belum wujud dalam skema mereka. PENDEKATAN KOGNITIF

TEORI ATTRIBUTION : 

TEORI ATTRIBUTION Menurut Weiner (1974) dalam Saedah Siraj et.al (1996), kejayaan atau kegagalan disebabkan oleh 4 perkara: kebolehan, usaha, nasib dan, kesukaran tugas pembelajaran.

Slide 19: 

Menurut saedah Hj Siraj (1996), individu mengaitkan : kejayaan dengan kebolehan. kegagalan disebabkan oleh kekurangan dalam usaha. kejayaan mereka disebabkan oleh nasib . kegagalan disebabkab kebolehan mereka yang lemah. Individu yang bermotivasi tinggi beranggapan; kejayaan disebabkan oleh kebolehan mereka manakala kegagalan mereka adalah disebabkan oleh usaha yang kurang. Individu yang rendah motivasi menganggap: Kegagalan mereka disebabkab oleh kelemahan mereka.

Slide 20: 

Keempat-empat sebab yang dinyatakan ini boleh dikategorikan sebagai sebab luaran iaitu sesuatu dari luar diri dan sebab dalaman iaitu berpunca dari dalam diri seseorang. Kebolehan dan usaha ialah sebab-sebab dalaman manakala nasib dan kesukaran tugasan ialah sebab-sebab luaran. Menurut Choong Lean keow (2008), kategori ini dinamakan sebagai dimensi lokus yang mana ia merujuk kepada lokasi di mana penyebab itu berada sama ada dari dalaman atau luaran seseorang individu itu.

Slide 21: 

Weiner dalam Saedah Siraj et.al (1996) menjelaskan bahawa, Sebab-sebab; STABIL = tidak berubah mengikut masa dan situasi  TIDAK STABIL = berubah mengikut masa dan situasi. Choong Lean keow (2008) pula menyifatkan sebab-sebab dalam pengelasan ini sebagai dimensi stabiliti yang mana ia merujuk kepada penyebab sama ada boleh berubah atau tidak.

Slide 22: 

Saedah Siraj et.al (1996) :sebab-sebab, boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Hanya usaha yang dianggap sebab yang boleh dikawal. Kebolehan dianggap sebagai satu sifat semula jadi atau diperoleh pada peringkat awal dalam kehidupan seseorang. Begitu juga dengan nasib dan kesukaran tugasan yakni sebab-sebab ini tidak dapat dikawal oleh pelajar.

Slide 23: 

Teori attribution setiap individu mempunyai jangkaan kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan dan seterusnya tahap kecekapan yang lebih tinggi dan motivasi yang lebih kuat apabila mereka kaitkan kejayaan mereka dengan kebolehan dan usaha mereka. Beberapa cara seperti memberi nasihat kepada pelajar dapat menukar sebab-sebab kejayaan dan kegagalan dari faktor luaran seperti nasib dan kesukaran tugasan kepada faktor dalaman terutama sekali usaha.

Slide 25: 

Kesimpulannya melalui teori ini, guru boleh membantu pelajar mengenal kaitan antara usaha dan kebolehan terutama sekali hakikat bahawa kebolehan bermula dan berkembang lebih dahulu dari usaha.

Teori Expentensy X Value Vroom : 

Teori Expentensy X Value Vroom Teori ini menerangkan bahawa motivasi adalah hasil dua variable, iaitu harapan untuk mencapai sesuatu matlamat dan nilai matlamat tersebut kepada individu yang berkenaan. Ini bermaksud kita akan senantiasa bertanya “jika saya berusaha, bolehkah saya Berjaya?”.

Slide 27: 

Menurut Mook Soon Sang (2008), manusia biasanya dimotivasikan untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada apa yang dianggapkan sebagai impak ke atas tindakannya. Dengan kata lain , kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil dari tindakan yang kita ambil, seterusnya akan bertindak mengikut cara yang akan membawa kepada kejayaan serta pemberian ganjaran yang paling besar. Memandangkan motivasi adalah hasil harapan dan nilai, jikalau mana-mana antara faktor ini adalah sifar, maka tidak akan wujud motivasi untuk berusaha kearah pencapaian matlamat tadi.

Slide 28: 

Teori motivasi Vroom menyatakan bahawa kekuatan dari sesuatu kecenderungan untuk bertindak dengan sesuatu cara tertentu bergantung pada kekuatan dari suatu pengharapan bahawa tindakan itu akan diikuti oleh satu keluaran tertentu dan pada daya tarik dari keluaran tersebut bagi individu tersebut. Maka, teori ini bermaksud, seseorang murid-murid akan mempunyai motivasi untuk meningkatkan keupayaan yang tinggi dalam sesuatu perbuatan apabila murid tersebut yakin untuk mendapatkan nilai yang tinggi daripada perbuatan tersebut.

PENDEKATAN SOSIOBUDAYA : 

PENDEKATAN SOSIOBUDAYA Hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid.

Slide 30: 

Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat. Menurut Choong Lean Keow (2008), ahli sosio budaya menggangap motivasi sebagai sesuatu yang bersifat sosial. Pendekatan ini menekankan pengilbatan individu dalam komuniti amalan. Hal ini demikian kerana individu mengambil bahagian dalam aktiviti bagi mengekalkan identiti serta hubungan interpersonal dalam komuniti di mana kita berada. Dalam kata lain, murid-murid akan lebih bermotivasi untuk belajar sekiranya rakan sebaya juga bersifat demikian dan sekolah di mana mereka berada mengutamakan pencapaian yang tinggi.

Slide 31: 

Menurut Mook Soon Sang (2008),jika dilihat kepada teori pembelajaran sosial Bandura (1997), beliau menyarankan betapa pentingnya pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious. Peneguhan vikarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama jika memerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil dari tingkah laku mereka. Murid kagumi guru guru jadi model belajar bersungguh-sungguh. Kesimpulannya, peneguhan vikarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri (satu keyakinan yang mendorong individu untuk melakukan dan mencapai sesuatu) murid terhadap sesuatu tugas dan seterusnya akan membawa ke peringkat motivasi yang lebih tinggi.

Slide 32: 

Menurut Bandura: INDIVIDU akan bertingkahlaku berdasarkan kepada Kepercayaan menilai kebolehan diri sendiri berbanding dengan apa yang sebenarnya boleh dicapai. Ini bermaksud persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana murid menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi. Tingkah laku murid kadangkala berbeza dengan kebolehan sebenar dan tingkah laku tetap berbeza walaupun mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sama.

Slide 33: 

Menurut Mook Soon Sang (2008) lagi, Kepercayaan efikasi kendiri akan merangsang pencapaian murid dan seterusnya mempengaruhi pilihannya terhadap tindakan yang akan diambil selanjutnya. Oleh itu, murid lebih cenderung untuk memilih tugasan dan aktiviti yang mereka rasa kompeten dan yakin.

Slide 34: 

Selain itu, kepercayaan efikasi kendiri juga membantu dalam menentukan berapa banyak usaha murid boleh melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk berusaha apabila berdepan dengan halangan serta betapa kuatnya diri mereka apabila berada dalam situasi yang sukar. Semakin tinggi efikasi kendiri murid, semakin tekun dan berusaha seseorang murid itu. Seseorang murid yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan menghadapi tugasan atau soalan-soalan yang diajukan dengan tenang.

Slide 35: 

Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi murid. Ini kerana efikasi kendiri akan membantu menenangkan murid apabila menghadapi tugas atau masalah yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi kendiri rendah seperti percaya bahawa sesuatu perkara atau soalan lebih sukar daripada sebenarnya dan kepercayaan ini akan menyebabkan wujudnya kebimbangan, stress, kemurungan serta jalan penyelesaian yang sempit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Slide 37: 

Choong Lean Keow (2008), Komuniti pembelajaran memotivasikan murid kerana mereka merupakan sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta saling membantu dalam proses belajar. Dalam komuniti pembelajaran, murid-murid perlu diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan pandangan , mengeluarkan idea, saling membantu.

Slide 38: 

Pengaruh sosial kepada motivasi pelajar terbahagi kepada tiga aspek iaitu persaingan, sikap individu murid dan konsep kerjasama. Persaingan yang sihat perlu dipupuk dalam kalangan murid kerana persaingan dapat meningkatkan motivasi seseorang murid untuk belajar lebih tekun. Murid yang mempunyai pesaing juga dilihat mempunyai keyakinan dan minat yang tinggi dalam pelajaran serta sentiasa bersemangat di dalam kelas kerana semulajadinya setiap individu ingin menjadi orang yang pertama.

Slide 39: 

Aspek kedua ialah sikap individu murid. Jika mereka tidak berminat dan tiada matlamat yang ingin dicapai, guru hanya memberi motivasi dan dorongan yang termampu sahaja. Kadang-kala terdapat juga murid yang mempunyai matlamat yang salah iaitu inginkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru semata-mata dan kebiasaannya tindakan ini hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

Slide 40: 

Aspek yang terakhir ialah konsep kerjasama yang mana memerlukan murid-murid berusaha bersama-sama untuk mendapat kejayaan yang diingini. Sebagai murid yang berada dalam komuniti pembelajaran yang sama, rakan sekelas yang berjaya perlu memberi kerjasama yang baik untuk membantu rakan yang lemah dan bermasalah agar sama-sama berjaya di dalam peperiksaan.

Rumusan : 

Rumusan Kesimpulannya, pendekatan sosiobudaya adalah berkaitan konsep identiti dan identiti pula berpunca daripada penglibatan dalam komuniti pembelajaran yang berada di persekitarannya. Jika baik kedua-duanya, maka masalah murid yang tidak mempunyai motivasi dapat ditangani dengan baik. Oleh itu murid perlu dimotivasikan untuk belajar nilai serta amalan kumpulan, komuniti dan masyarakat di mana murid tersebut berada agar dapat mengekalkan identitinya yang sebenar.

authorStream Live Help