MODEL-MODEL PENGAJARAN (MODEL SOSIAL & MODEL PERSONAL)

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

MODEL-MODEL PENGAJARAN (MODEL SOSIAL & MODEL PERSONAL) : 

MODEL-MODEL PENGAJARAN (MODEL SOSIAL & MODEL PERSONAL) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU PISMP BM AMBILAN JAN 2010

Slide 4: 

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Pembelajaran koperatif mampu meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan, di samping dapat memberi impak terhadap pencapaian dan harga diri pelajar.

Slide 5: 

Membantu murid untuk memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan. Membantu mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan menambahkan kemahiran sosial mereka.

Slide 6: 

BAGAIMANA DILAKSANAKAN???

Slide 7: 

Menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid. Guru hendaklah mewujudkan situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran. Contohnya, guru hendaklah menunjukkan pembedahan katak yang bersifat simulasi terlebih dahulu sebelum mengajar murid cara membedah katak.

Slide 8: 

Klik untuk contoh simulasi

Model Personal : 

Model Personal Kumpulan model ini berpegang kepada unsur keperibadian individu. Model-model yang terkandung cuba membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih mendalami diri, bertanggungjawab ke arah pendidikan dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan masing-masing. Dengan kata lain, model ini menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari yang produktif demi peningkatan taraf hidup masing-masing.

Slide 10: 

Berfokuskan kepada konsep-konsep yang diutamakan oleh ahli humanistik iaitu konsep kendiri dan harga diri Sifat berdikari Kreativiti dan sifat ingin tahu Perkembangan domain afektif dan emosi Salah satu model yang dibicarakan dalam bab ini ialah synetics.

Synetics : 

Synetics Direkabentuk untuk mengajar kemahiran meyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain. Dalam konteks bilik darjah, murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasikan prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif. Melalui sumbangsaran, murid menjadi lebih kreatif dan bebas daripada kongkongan dalam berfikir. Dengan itu, mereka akan memperoleh satu kerangka pemikiran dan perspektif baru. Selain itu, penglibatan aktif juga dapat dipupuk. Maka, perhubungan sosial dan kemesraan akan terjalin.

Implikasi Model-Model Pengajaran Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran : 

Implikasi Model-Model Pengajaran Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru seelok-eloknya memperoleh koleksi model yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu model daripada setiap kumpulan model tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan. Guru hendaklah menggabungkan model-model daripada kumpulan model yang berlainan dalam pengajaran. Guru perlu menguasai beberapa model seterusnya berusaha mengasah yang sedia ada dan menambahkan yang baru kepada senarai lama sepanjang tempoh profesion keguruan.

Slide 13: 

SEKIAN TERIMA KASIH

authorStream Live Help