MODEL-MODEL PENGAJARAN (MODEL BEHAVIORAL & MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Slide 1: 

Disediakan oleh : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU PISMP BM AMBILAN JAN 2010 MODEL-MODEL PENGAJARAN (MODEL BEHAVIORAL & MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Konsep Model Pengajaran : 

Konsep Model Pengajaran Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk : Merancang kurikulum,kursus,unit pengajaran; Menyediakan bahan-bahan pengajaran (program multi-media); Pengajaran berbantukan komputer; Lembaran kerja; Perihalan demikian elok direkabentuk supaya sesuai dengan pelbagai seting pengajaran dan pembelajaran (sekolah,kolej,IPT), gaya pembelajaran murid dan kehendak kandungan mata pelajaran. Model-model pengajaran adalah model-model pembelajaran

Kategori model-model pengajaran : 

Kategori model-model pengajaran Menurut Bruce, Weil & Calhoun (2007), model-model pengajaran telah dikategorikan kepada empat kumpulan model. Pengkategorian ini dibuat atas dasar model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut memiliki orientasi falsafah dan psikologi yang sama ke atas pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar:

Model Pemprosesan Maklumat : 

Model Pemprosesan Maklumat Berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu: Kepekaan terhadap masalah yang timbul; Pemerolehan dan penyusunan maklumat; Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai; Pengembangan konsep yang berkenaan.

Slide 6: 

Antara peranan model-model dalam kumpulan ini: Membekalkan murid-murid dengan maklumat dan konsep; Menegaskan tentang pembentukan konsep dan pengujian hipotesis Menjana pemikiran kreatif Meningkatkan kebolehan intelek umum

Slide 7: 

Kebanyakan model pemprosesan maklumat berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat seterusnya ke arah pencapaian matlamat pendidikan peribadi dan sosial. Contoh : perolehan konsep Bruner, Godnow, dan Austin; pemikiran induktif Taba; Latihan inkuiri Suchman; Advance organizers Ausubel; hafalan Pressley dan Levin; dan inkuiri saintifik Schwab

Slide 8: 

Berpaksikan kajian Bruner, Goodnow dan Austin Tujuan direkabentuk untuk meningkatkan kecekapan murid-murid mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep Fungsi : - menunjukkan cara persembahan maklumat yang berkesan bagi pelbagai jenis tajuk pada setiap tahap perkembangan mereka; - menunjukkan cara penyampaian dan penjelasan konsep yang berkesan PENGAJARAN KONSEP INKUIRI EKSPOSITORI

Slide 9: 

Melalui kaedah ini murid-murid akan melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasahkan kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan, serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis. Kaedah ini sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains (murid mengumpul dan analisis data – menyemak hipotesis dan teori – membuat refleksi terhadap ilmu yang diperoleh). INKUIRI

Slide 10: 

Kaedah yang menyampaikan isi pelajaran semata-mata kepada murid Tidak menggalakkan murid untuk memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari Hanya memastikan murid mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari Contoh : Kuliah (penyampaian secara lansung, murid hanya membuat catatan nota) Kelemahan : - menjejaskan perhatian dan motivasi murid untuk belajar – tidak fokus, hanya menyalin nota tanpa mendengar apa yang guru perkatakan. * Cara atasi : -kuliah perlu disertakan dengan projek secara hands-on, demonstrasi, aktiviti, penggunaan transperensi. Jika cara pengajaran diubah, murid tidak akan bosan sebaliknya dapat mencabar,memupuk pemikiran kritikal yang membina serta penerokaan yang menarik dan produktif.(tingkatkan motivasi murid) EKSPOSITORI

Model Sistem Behavioral : 

Model Sistem Behavioral Kumpulan model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan. Dikenali juga sebagai teori pembelajaran sosial, atau modifikasi tingkahlaku, terapi tingkahlaku dan cybernetics. Merujuk kumpulan model ini, kita mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. *

Slide 12: 

Contohnya kita menaiki tangga yang tidak pernah kita jumpai dalam keadaan gelap. Pasti kita akan teragak-agak semasa mengambil beberapa langkah pertama. Mengapa? Kerana jika angkat kaki tinggi, kita terasa seperti kaki terapung agak lama di udara sebelum terpijak tangga tersebut. Jika angkat terlalu rendah, kemungkinan besar akan tertendang anak tangga yang seterusnya. Daripada maklumbalas, lama kelamaan kita akan dapat menjangka ketinggian kaki yang perlu diangkat dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain sehingga kita berasa selesa menaikinya.

Slide 13: 

Oleh itu, kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk: Mengurangkan fobia; Mengembangkan kemahiran sosial; Menangani kebimbangan Contohnya pengajaran langsung Glaser, pembelajaran masteri Bloom, pengurusan kawalan kendiri Thorensen dan Mahoney, dan latihan asertif Alberti dan Emmons

Slide 14: 

Satu strategi yang berarahkan guru, guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid. Guru akan menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan Guru mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Sesuai untuk pengajaran bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai untuk subjek yang memerlukan penerokaan dan penemuan. Langkah-langgkah yang perlu dipertimbangkan: 1) Kenalpasti hasil pembelajaran yang ingin dicapai; 2) Rangsangkan minat murid terhadap apa yang hendak disampaikan 3) Tinjau semula pengetahuan lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman 4) Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz. Beri respon kepada jawapan yang betul, ajar semula kemahiran yang belum dikuasai sepenuhnya 5) Beri kerja rumah untuk kukuhkan kefahaman murid, pastikan mereka berupaya mengaplikasi yang dipelajari di luar bilik darjah. PEMBELAJARAN LANGSUNG

Slide 15: 

Satu cara yang digunakan untuk menyesuaikan pengajaran agar memenuhi faktor perbezaan individu murid. Cara menjalankan: 1)Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid secara individu melalui bahan pengajaran yang sesuai. * 2) Mereka akan diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian. Jika belum menguasai mana-mana unit pengajaran, murid diberi peluang untuk mengulangi unit berkenaan. Pembelajaran ini berasaskan andaian bahawa setiap murid mampu menguasai kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum dan guru bertanggungjawab merealisasikannya. PEMBELAJARAN MASTERI

Slide 16: 

Tugas pendidikan guru: Memastikan murid memilki kemahiran yang diwajibkan sebelum menuju ke unit yang berikutnya; Melakukan analisis tugas agar lebih bersedia untuk mengajar unit berkenaan; Menyatakan hasil pembelajaran sebelum merancang aktiviti pembelajaran; Menyediakan bahan pengajaran yang pelbagai bagi pengajaran semula bagi unit yang perlu; Menyediakan ujian pelbagai bentuk(lisan atau bertulis) bagi setiap unit berkenaan.

Slide 17: 

Uji Minda Anda……

Padankan kumpulan model pengajaran di bawah dengan model-model pengajaran yang sesuai : 

Padankan kumpulan model pengajaran di bawah dengan model-model pengajaran yang sesuai Jawab soalan di bawah. Model Pemprosesan Maklumat Model Sistem Behaviorisme Model Sosial Model Personal -Pembelajaran koperatif -Main peranan -Simulasi -Pengajaran Langsung -Pengajaran Masteri -Synectics -Pengajaran Fasilitatif -Peningkatan kesedaran kendiri -Inkuiri -Ekspositori