KONSEP ALAM BELAJAR 2

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

BAHAGIAN SATU : KONTEKS ALAM BELAJAR : 

BAHAGIAN SATU : KONTEKS ALAM BELAJAR PISMP BAHASA MELAYU JAN 2010 KUMPULAN 1

KONTEKS ALAM BELAJAR : 

KONTEKS ALAM BELAJAR 1.1 KONSEP ALAM BELAJAR 1.3 PERANAN DAN KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN 1.2 PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK : 

PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman kanak-kanak. Terdapat tiga pembahagian melalui pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum iaitu: Pengalaman langsung Penglibatan aktif Kebebasan belajar

I. PENGALAMAN LANGSUNG ( FIRST HAND EXPERIENCE ) : 

I. PENGALAMAN LANGSUNG ( FIRST HAND EXPERIENCE ) Pengalaman ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik kanak-kanak akan menarik tangannya kerana merasa panas. Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman yang sebegini akan mengingatkan kanak-kanak supaya tidak akan menyentuh sesuatu yang panas lagi. Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah belajar dari pengalaman mereka sendiri.

Slide 5: 

Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau pasif. Untuk itu, ianya terpulang kepada usaha kanak-kanak itu sendiri disamping sokongan dari ibu bapa dan guru. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan. Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari sudut fizikal dan kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut. II. PENGLIBATAN AKTIF ( ACTIVE INVOLVEMENT )

Slide 6: 

Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara. Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta. III. KEBEBASAN BELAJAR MENGIKUT GAYA BELAJAR, GAYA BERFIKIR, MINAT, MASA DAN LAIN-LAIN.

Peranan dan kepentingan bermain dalam proses pembelajaran : 

Peranan dan kepentingan bermain dalam proses pembelajaran

Konsep main : 

Konsep main Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka belajar menerusi bermain. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main pada orang dewasa adalah untuk beriadah. Ada juga yang menjadikan main sebagai suatu profesion seperti bermain bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosial dan kognitif.

Kepentingan bermain : 

Kepentingan bermain Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang dari motivasi sendiri, dan menyeronokkan. Ini bermakna aspek di luar masa, penggunaan bahan dan alatan, persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan peranan yang mengambil bahagian yang dibuat semasa kanak-kanak bermain. Semua berasaskan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat memberi menfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif. Sebenarnya kanak-kanak yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Disebalik kanak-kanak yang bertanding untuk membina kereta, menggunakkan bongkah dianggap tidak bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk menggunakan bongkah berwarna merah sahaja untuk bermain adalah bukan bermain. Kanak bermain tanpa mengikut arahan orang dewasa. Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain.

Kategori dan jenis-jenis main : 

Kategori dan jenis-jenis main Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentang peringkat main kanak-kanak yang telah dikaji: MAIN KOGNITIF MAIN SOSIAL

MAIN SOSIAL : 

Mildred Parten (1932) : Beliau telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh beliau terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut adalah seperti berikut: MAIN SOSIAL MAIN SELARI MAIN SOLITARI MAIN PEMERHATI MAIN GABUNGAN MAIN KOPERATIF

MAIN KOGNITIF : 

Sara Smilansky (1968) : Beliau melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihat main dapat membina perkambangan kognitif kanak-kanak. Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan bermainan itu sendiri. Pandangan Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepada pandangan Parten. MAIN FUNGSIAN MAIN KOGNITIF MAIN YANG BERPERATURAN MAIN KONSTRUKTIF MAIN DRAMATIK PERLAKUAN TIDAK MENENTU

Perlakuan tidak menentu : 

Perlakuan tidak menentu unoccupied behavior Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain.

MAIN SOLITARI : 

MAIN SOLITARI Kanak-kanak bermain seorang diri dan dia juga tidak memperdulikan apa yang kanak-kanak lain sedang buat. Kanak-kanak ini mungkin bermain membina menara dengan bongkah-bongkah kayu dan lansung tidak menyedari apa yang sedang dilakukan oleh kanak-kanak lain di dalam bilik yang sama.

MAIN PEMERHATI : 

MAIN PEMERHATI Permainan ini selalu terjadi kepada kanak-kanak yang bermain secara individu serentak memerhatikan rakan-rakannya yang bermain di kawasan yang sama. Kanak-kanak tersebut mungkin berinteraksi dengan rakannya. Kanak-kanak yang memerhatikan rakan-rakannya bermain mungkin akan mengubah atau meningkatkan cara permainan mereka selepas memerhatikan rakan mereka bermain. Selalunya kanak-kanak yang memerhati akan bersikap pasif sementara rakan-rakannya sedang bermain, tetapi kanak-kanak ini sangat peka terhadap pergerakan yang berlaku di sekelilingnya.

MAIN SELARI : 

MAIN SELARI Beberapa orang kanak-kanak bermain permainan yang sama jenis tetapi bermain di dalam kumpulan yang berasingan. Seseorang kanak-kanak itu tidak terlalu bergantung kepada rakan-rakannya untuk bermain. Contohnya, guru mengarahkan semua murid membentuk beberapa kumpulan dan guru memberi setiap kumpulan permainan yang sama.

MAIN GABUNGAN : 

MAIN GABUNGAN Permainan ini dimainkan secara beramai-ramai tetapi tidak memerlukan kerjasama yang kuat di kalangan pemain. Contohnya, permain kejar-kejar, apabila seorang kanak-kanak dicuit oleh pihak lawan maka kanak-kanak tersebut terkeluar dari permainan tetapi kanak-kanak yang lain masih meneruskan permainan.

MAIN KOPERATIF : 

MAIN KOPERATIF Permainan ini juga dimainkan secara beramai-ramai. Setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Contohnya, bermain ‘pondok-pondok’, di dalam permainan ini setiap kanak-kanak mempunyai peranan tersendiri seperti menjadi ayah, emak dan sebagainya.

MAIN FUNGSIAN : 

MAIN FUNGSIAN Kanak-kanak ini bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Pada peringkat ini kanak-kanak akan belajar mengenali barang permainan dan fungsinya. Mainan fungsional mendorong kanak-kanak untuk berlatih dan belajar kemampuan fizikal mereka semasa menerokai persekitaran yang baru. Contohnya, kanak - kanak sentiasa berusaha menyusun dominoes yang bertaburan sehingga menjadi sebuah susunan atau bangunan.

MAIN KONSTRUKTIF : 

MAIN KONSTRUKTIF Mainan binaan boleh ditonjolkan oleh kanak-kanak dengan aktiviti bermain dimana dapat membina pengetahuan mereka tentang dunia. Kanak-kanak mengubahsuai alat mainan dan menggunakannya untuk membuat pelbagai bentuk. Kanak-kanak ini juga bermain dengan mencipta sesuatu objek.

MAIN SIMBOLIK : 

MAIN SIMBOLIK Pada peringkat ini, kanak-kanak bebas menunjukkan kreativiti mereka, kemampuan fizikal dan keupayaan bersosial dalam beberapa cara, contohnya, dengan menjadikan diri mereka sebagai benda lain, seperti binatang. Mainan simbolik juga berlaku apabila kanak-kanak menganggap satu objek itu adalah objek yang lain –contohnya, bangunan itu adalah kereta, dan berlakon menjadi seperti orang lain – emak, ayah atau nenek. Mainan simbolik mereka menjadi bertambah bagus dan pelbagai mengikut tahap umur. Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran bahawa memerlukan masa ‘ untuk memainkannya’ dengan membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.

MAIN DRAMATIK : 

MAIN DRAMATIK Permainan sosiodramatik ini menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai lakonan yang saling berhubung kait dengan kehidupan keluarga, masyarakat dan kebudayaan mereka sendiri serta kebudayaan warisan. Mainan sosiodramatik keseluruhannya terbahagi kepada dua jenis iaitu sosiodramatik dan fantasi. Mainan sosiodramatik biasanya melibatkan realiti aktiviti kehidupan dan peristiwa, manakala mainan fantasi pula melibatkan cerita dongeng dan mainan pahlawan(superhero). Mainan dramatik biasanya melibatkan penjaga rumah, cara berpakaian, pekerjaan, anak patung, sekolah serta situasi mengikut minat kanak-kanak. Dalam mainan sosiodramatik , kanak-kanak berpeluang untuk menonjolkan diri mereka, menerima pelbagai watak atau peranan dan berinteraksi dengan rakan. Golongan profesional boleh belajar tentang kanak-kanak dengan menyaksikan dan mendengar kanak-kanak memberitahu sesuatu pada anak patungnya semasa dia memberi makan “awak makanlah semua ni kerana hanya ini saja yang ada di rumah kita.” Selepas menyiasat, golongan profesional boleh membantu keluarga tersebut melalui jabatan kebajikan masyarakat supaya membekalkan mereka dengan makanan dan pertolongan.

MAINAN YANG BERPERATURAN : 

MAINAN YANG BERPERATURAN Permainan pada peringkat ini bermula sekitar umur 7 atau 8 tahun. Pada peringkat ini , kanak-kanak belajar bermain dengan peraturan dan had serta mengawal tingkah laku mereka untuk membolehkan mereka mengikut peraturan sosial. Permainan dengan peraturan ini selalunya dimainkan oleh kanak-kanak pada peringkat pertengahan dan dewasa.

Ciri-ciri main : 

Ciri-ciri main Motivasi intrinsik (dalaman) Bebas untuk memilih Menyeronokkan Proses penyesuaian Aktif Penerokaan Simulasi (menyerupai keadaan sebenar)

IMPLIKASI PERMAINAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : 

Sesuatu permainan yang dimainkan mempunyai implikasi tersendiri terhadap pengajaran dan pembelajaran. Permainan yang telah dibincangkan ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. Antara permainannya ialah galah panjang, guli, congkak, teng-teng, dan batu seremban. Kesemua permainan tersebut mempunyai implikasinya yang tersendiri. Antara implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Hal ini kerana dalam sesuatu permainan kerjasama amatlah penting. Oleh yang demikian semangat kerjasama tersebut akan meresap dalam jiwa pelajar dan akan dapat diterapkan dalam setiap aktiviti pembelajaran seterusnya dapat mengembangkan minda pelajar. IMPLIKASI PERMAINAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Slide 26: 

Kanak-kanak juga dapat mengembangkan aspek rohani dan moral dengan mengikuti dan memahami setiap peraturan permainan. Sesetengah permainan mereka juga perlu menunggu giliran di samping belajar bersabar. Setiap permainan yang diceburi oleh kanak-kanak juga dapat menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan gembira dan keseronokan semasa bermain. Oleh yang demikian, proses pembelajaran kanak-kanak akan lebih menyeronokkan disamping dapat belajar kemahiran-kemahiran yang ada dalam permainan contohnya mengira dan berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya guru dapat mengukuhkan proses pemindahan pembelajaran yang berlaku dalam matapelajaran tertentu seperti Matematik serta dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap apa yang dipelajari. Selain daripada itu, dalam aktiviti permainan ini juga dapat menggalakkan persaingan yang sihat antara satu sama lain dan dapat memupuk semangat j uang yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap sosial kanak-kanak dan mewujudkan interaksi antara mereka. Disamping itu ia juga dapat melatih pelajar supaya dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dirumuskan bahawa dalam aktiviti permainan juga terdapat proses pembelajaran yang positif yang dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak. Ia juga amat berkesan dan dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif, kritis serta inovatif di kalangan kanak-kanak.

Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam Konsep Alam Belajar. (Trostle & Yawkey, 1981) : 

Fizikal : Guru memberi izin kepada murid-murid untuk menggunakan objek yang mereka hendak. Guru membantu murid untuk mencari objek yang menarik, berguna dan selamat. Keseronokan (bermain) : Guru juga boleh turut serta bersama murid semasa bermain. Selain itu guru hendaklah menyediakan bahan atau objek yang menarik bagi memeriahkan lagi suasana. Seterusnya guru boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menang supaya timbul motivasi diri murid untuk menang. Mendalami / mengkaji : Guru akan memberi masa kepada murid untuk mendalami tentang sesuatu objek atau bahan sebelum menggunakannya dalam pemikran kreatif. Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam Konsep Alam Belajar. (Trostle & Yawkey, 1981)

Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam Konsep Alam Belajar. (Trostle & Yawkey, 1981) : 

4. Oral : Guru menggunakan “idea sparks” (idea yang pelbagai) dalam kreatif thinking. Contoh, guru menyuruh murid bermain dengan anak patung dan tunjukkan bagaimana anak patung itu berjalan ke kedai.5. Huraian : Guru menghuraikan apa yang telah dikatakan oleh murid dengan lebih terang dan mudah difahami.(gambar-gambar)6. Ubahsuai objek : Guru akan mengubahsuai sesuatu objek agar lebih menarik.7. Menambah objek (penambahan) : Apabila murid sedang melakonkan sesuatu peranan guru boleh menyediakan alatan yang relevan bagi murid-murid menggunakannya dalam permainan yang kreatif. Strategi Yang Boleh Digunakan Oleh Guru Dalam Konsep Alam Belajar. (Trostle & Yawkey, 1981)

Langkah-langkah Perlaksaan Teknik Bermain Sambil Belajar : 

Menentukan tema iaitu tema yang berkaitan dengan pelajaran. Tujuan guru hendaklah sama seperti untuk memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi peneguhan. Menentukan aras permainan yang dsediakn hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Menentukan bentuk permainan sama ada secara individu atau kumpulan. Menentukan jenis permainan seperti kad, main kad atau sebagainya. Mengumpul bahan. Menentukan cara menilai. Langkah-langkah Perlaksaan Teknik Bermain Sambil Belajar

RUMUSAN : 

Kita perlu menyedari bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza daripada segi fizikal dan pemikiran mereka. Untuk itu, ramai ahli pendidik kanak-kanak sendiri telah melakukan kajian terhadap kanak-kanak. Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak suka bermain dan pada waktu yang sama mereka berlajar menerusi bermain. Tanggapan main antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbeza. Main pada orang dewasa adalah untuk beriadah. Ada juga yang menjadikan main sebagai suatu profesion seperti bermain bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan kanak- kanak iaitu sosial dan kognitif. Sebenarnya kanak-kanak yang bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang atau makanan. Mereka bermain kerana sukakannya. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru kita mestilah peka akan kaedah yang paling sesuai bagi kanak-kanak untuk belajar dan dapat menarik minat mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk membuat sesuatu perkara ang mereka tidak tahu kerana mereka akan merasa terpaksa dan menyebabkan pemikiran mereka terganggu. Ini akan menyebabkan masa depan mereka terganggu. Menurut Jean Piaget, beliau menyarankan bahawa pembelajaran bahawa memerlukan masa ‘ untuk memainkannya’ dengan membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu, bukan belajar sahaja dapat mendidik kanak-kanak, tetapi bermain juga dapat mengasuh mereka untuk memperolehi ilmu. RUMUSAN

Slide 31: 

TAMAT…