peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

download di www.sagadbl.com

Comments

Presentation Transcript

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER :

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER BY: EN MOHD IRWAN BIN IBRAHIM Peraturan makmal diwujudkan untuk : Memaksimumkan penggunaan . Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan. Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran. Panduan untuk penggunaan ramai .

PERATURAN AM::

PERATURAN AM : Dilarang masuk tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal . Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi . Pendrive boleh dibawa masuk tetapi hendaklah dengan izin Penyelaras / Guru ICT dan perlu diimbas terlebih dahulu . Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa . Masuk mengikut Jadual Waktu Kelas ICTL. Catat segala penggunaan dalam Buku Rekod Penggunaan Makmal.

PERATURAN AM::

PERATURAN AM : Berada di dalam Makmal Komputer dalam keadaan senyap – dilarang berlari, bergurau senda dan bergaduh di dalam Makmal Komputer. Dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer. Dilarang membawa masuk sebarang perisian luar kecuali dengan izin Penyelaras / Guru ICT. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian kecuali dengan izin Penyelaras / Guru ICT. Dilarang melayari internet pada alamat yang tidak senonoh / lucah.

PERATURAN AM::

PERATURAN AM : Kemaskan Makmal Komputer dan susun semula kerusi sebelum keluar. Sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer. Laporkan segera kepada Penyelaras / Guru ICT, jika terdapat sebarang bunyi ganjil, terbau benda terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal. Lain-lain peraturan yang dinyatakan oleh Penyelaras / Guru ICT.

KESELAMATAN PENGGUNA::

KESELAMATAN PENGGUNA : Meja Komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti. Tempat duduk selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk menghindari dari sakit pinggang. Kabel-kabel komputer diletakkan di tempat selamat dari laluan pengguna.

KESELAMATAN PENGGUNA::

KESELAMATAN PENGGUNA : Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 18 ke 24 inci jauh dari mata. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata. Berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.

KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER::

KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER : Laporkan sebarang kerosakan perisian dan komputer berkenaan kepada Penyelaras / Guru ICT. Jangan memuat turun perisian luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran Penyelaras / Guru ICT terutamanya perisian permainan komputer. Jangan menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran Penyelaras / Guru ICT. Jika terdapat laporan virus menjangkiti mana-mana komputer, laporkan segera kepada Penyelaras / Guru ICT.

Etika penggunaan internet:

Etika penggunaan internet Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk : i ) Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara. ii) Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa. iii) Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya iv) Menggalak , membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia .

:

E- mel Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/ spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Melakukan pengeboman e- mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e- mel yang sama atau bersaiz besar . Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam . Memalsukan e- mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima . Melakukan aktiviti haram seperti mengambil , menyimpan dan mengedar harta intelek , paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa . Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu , kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan : Etika penggunaan internet

Etika penggunaan internet:

Etika penggunaan internet Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain. Menghalang identiti pengesahan pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain. Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host). Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang , kontrak atau permohonan atas talian , termasuk memalsukan nombor kad kredit . Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang ditujukan kepadanya .

SEKIAN...:

SEKIAN...

authorStream Live Help