pendidik sebagai pemimpin

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

Assignment

Comments

Presentation Transcript

Pendidik Sebagai Pemimpin(MBE2263) : 

Pendidik Sebagai Pemimpin(MBE2263) Disediakan Oleh: Hamdan Abd Latif GB100151 (UTHM)

Pengenalan Pemimpin : 

Pengenalan Pemimpin Cuban (1988) Pemimpin adalah orang yang membentuk matlamat, motivasi dan tindakan orang lain. Ibrahim Mamat (1991) Pemimpin ialah orang yang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat keredhaan Allah, membuat segala suruhan Allah dan meninggalkan LaranganNya. John P. Kotter (1999) Mengaitkan pemimpin sebagai mereka yang menjalankan sesebuah organisasi.

Pengenalan Pemimpin : 

Pengenalan Pemimpin Ab. Aziz (2000) Seorang pemimpin yang cekap dalam merancang, melaksana, menentukan hala tuju, mengawal dan dapat membuat analisis setiap perubahan yang berlaku, adalah seorang pemimpin yang amat diperlukan.

Pengenalan Kepimpinan : 

Pengenalan Kepimpinan John P. Kotter (1999) Kepimpinan sebagai pembangunan visi dan strategi, penjajaran orang yang relevan dibelakang strategi tersebut, dan pemerkasaan setiap orang bagi memastikan visi itu tercapai. Leithwood et al (1999) Mempengaruhi ... tampaknya merupakan sebahagian penting dari sebahagian besar konsep kepimpinan.

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin : 

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin Zawawi Ahmad (1991) Pendidik berperanan sebagai pemimpin, pembimbing dan pengajar masyarakat. Hadari Nawawi (1993) Kepimpinan pendidik yang lebih mantap dan efektif adalah melalui beberapa ciri berikut antaranya sikap dan perilaku pendidik yang baik, akhlak yang terpuji dan baik, kemampuan menggerak terhadap pimpinannya dan kemampuan dalam memotivasikan pimpinannya.

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin : 

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin Yin (1996) Mencadangkan terdapat lima dimensi bagi kepimpinan sekolah iaitu kepimpinan manusia, kepimpinan struktur, kepimpinan politik, kepimpinan budaya dan kepimpinan pendidikan. Lambert (1998) Kepimpinan sebagai pembelajaran konstruktivis. Le Francois (2000) Pembelajaran konstruktivis merangkumi penciptaan pengetahuan secara aktif.

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin : 

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin Katzenmeyer dan Moller (2009), Mendefinisikan guru pemimpin ialah, mereka yang memimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik, dan menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka.

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin : 

Pengenalan Pendidik sebagai Pemimpin Berdasarkan definisi oleh Katzenmeyer dan Moller, ciri-ciri pemimpin guru adalah: Memimpin di dalam dan luar kelas Mengenalpasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan para pemimpin Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka

Memimpin di dalam dan luar kelas : 

Memimpin di dalam dan luar kelas Guru yang profesional merupakan seorang yang mahir di dalam kelas melalui pengajaran dalam pembelajaran dengan pelajar. Kepimpinan guru akan dibenarkan oleh guru lain apabila guru tersebut dirasakan cemerlang terhadap pelajarnya. Little (1995) menyatakan kepercayaan yang diberikan untuk memimpin sebagai suatu pra syarat bagi guru pemimpin dalam mempengaruhi rakan sekerja. Kepercayaan ini hanya boleh diberikan oleh guru lain dan bukan melalui jawatan yang dipegang.

Memimpin di dalam dan luar kelas : 

Memimpin di dalam dan luar kelas Guru boleh menjadi pemimpin kepada perubahan di luar kelas mereka dengan menerima lebih tanggungjawab dalam membantu rakan-rakan untuk mencapai kejayaan bagi semua pelajar dan untuk keseluruhan program di sekolah. Tahap penglibatan kepimpinan guru di luar kelas adalah bergantung kepada konteks sekolah dan sistem sekolah serta kemahuan guru. Apa yang paling penting adalah guru tidak harus melepaskan fokus mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi pemimpin.

Memimpin di dalam dan luar kelas : 

Memimpin di dalam dan luar kelas Pada masa lalu, keyakinan masyarakat umum bahawa jika anda seorang guru, satu-satunya cara untuk menjadi sebagai pemimpin adalah dengan meninggalkan kelas dan mungkin juga sekolah (Barth, 1988; Buyer, 1983) Wanda (2009), menyarankan agar guru perlu terus mengajar disamping memberikan sumbangan di luar kelas. Ini bagi mengelakkan mereka terputus hubungan dengan kelasnya di sekolah.

Memimpin di dalam dan luar kelas : 

Memimpin di dalam dan luar kelas Peranan guru sebagai pemimpin memberikan semangat kepada guru untuk menyedari tentang nilai profesional mereka, disamping itu akan tetap mempertahankan peranan dan tumpuan mereka untuk mengajar. (Stone, Horejs dan Lomas, 1997)

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin : 

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin Memimpin di luar kelas memberikan peluang bagi guru untuk berinteraksi dengan orang dewasa di sekolah. Ackerman dan Mackenzie (2007), mencadangkan “Hidup untuk mencapai impian bagi menjadi sebahagian daripada kelompok, kerjasama dalam sesuatu perusahaan” Jika impian ini tercapai, maka para guru akan belajar atau berada di dalam komuniti sekolah yang profesional.

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin : 

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin Barth (2001) menyarankan bahawa terdapat “hubungan yang kuat antara pembelajaran dan mengetuai” . Guru pemimpin mengetahui nilai-nilai bekerja dengan rakan-rakan mereka iaitu di dalam “komuniti amalan”. (Lieberman dan Miller, 2004) Guru belajar di dalam hubungan secara sosial dan bukan hanya belajar secara individu. (Stein, Smith, & Silver, 1999).

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin : 

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin Guru pemimpin juga boleh menjangkau di luar sekolah mereka ke peringkat yang lebih luas dalam masyarakat.  Penyertaan dalam projek-projek pendidikan nasional, organisasi profesional, termasuklah menjalinkan rangkaian dengan pemimpin guru lain yang menguatkan serta meningkatkan amalan pengajaran mereka.  Lieberman dan Wood (2003) mendokumentasi nilai guru terlibat dalam rangkaian luaran.

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin : 

Menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin Para guru pemimpin mengetahui bagaimana membina perikatan dan rangkaian bagi menyelesaikan pekerjaan mereka. (Crowther, 2008).  Rangkaian ini membantu mereka untuk mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan, dana, dan sumber lain untuk menyokong tindakan yang dirancang.

Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik : 

Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik Guru sebagai pemimpin mempengaruhi orang lain bagi meningkatkan amalan pendidikan. Kata kunci bagi pemimpin adalah mempengaruhi. Kerjaya sebagai pendidik merupakan suatu kerjaya yang banyak mengamalan kaedah mempengaruhi di dalam pengajaran ketika bersama dengan pelajar di dalam kelas

Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik : 

Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik Silva, Gimbert, dan Nolan (2000), dalam kajian mereka para guru pemimpin yang membina hubungan adalah seorang yang kritis dalam pekerjaan mereka. Mooney (1994),  Guru pemimpin digambarkan sebagai rajin, terlibat dengan inovasi, memotivasi pelajar dengan berbagai kemampuan, dan sentiasa bersedia untuk guru lain.

Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik : 

Berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan pendidikan yang lebih baik Kedudukan jawatan tidak begitu mempengaruhi orang lain.  Guru yang mengadakan kerjasama dengan rakan-rakan mereka adalah sama efektif dalam mempengaruhi orang lain sepertimana individu dengan kedudukan jawatan yang membawa kekuatan sesuatu kedudukan. Lambert (2003)

Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka : 

Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka Kepimpinan yang berkesan dilihat berdasarkan hasil yang diperolehi. Guru sering memasukkan peranan kepimpinan dengan mengenalpasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dan kemudian menangani masalah tersebut. Guru pemimpin akan menerima tanggunjawab ini untuk membuat tindakan lanjut sebagai komitmen mereka dan untuk mencapai matlamatnya.

Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka : 

Menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari kepimpinan mereka Dalam sebuah kajian tentang keberkesanan masyarakat pendidik profesional, Guru melaporkan bahawa salah satu dari jenis sokongan yang diberikan oleh pengetua sekolah adalah membuat tindak susulan yang konsisten terhadap sesuatu keputusan (Moller et al., 2000).  Adalah diandaikan bahawa ini juga berlaku kepada kepimpinan guru. Dimana kepercayaan dibina melalui pengalaman dengan berapa kekerapan seseorang itu dapat bergantung terhadap orang lain.

Kesimpulan : 

Kesimpulan Lambert (2003) menulis, "Guru ... Mencari keseronokan dan ransangan dalam dilema seharian mengajar dan mereka tertarik dengan cabaran untuk memperbaiki komuniti pelajar diperingkat lebih dewasa."  Didapati kenyataan ini adalah benar. Ramai guru yang masih meneruskan bidang pengajaran dan juga terdapat beberapa orang guru yang mengambil jawatan pentadbiran di sekolah atau daerah.

Kesimpulan : 

Kesimpulan Quick dan Normore (2004) menyatakan bahawa lanskap pendidikan masakini diperintah oleh keperihatinan politik dan kecekapan birokrasi dan bahawa dunia-sistem mengatasi dunia-kehidupan di sekolah. Potensi untuk menjadikan kerjaya guru lebih berkaliber iaitu apabila ia dikaitkan dengan mengambil tanggunjawab pemimpin dan melakukan inovasi yang diasaskan pada model teori dan pengalaman, sehingga dapat meningkatkan diri dari dalam dan luaran.

Artikel : 

Artikel

Artikel : 

Artikel

Rujukan : 

Rujukan Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Danielson, Charlotte (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice. Alexandria, VA, USA: Association for Supervision & Curriculum Development, 2006. pp 12. Ibrahim Mamat. (1997) Memimpin remaja sekolah teori dan praktik. KL: Kumpulan Budima Sdn. Bhd.

Rujukan : 

Rujukan John P. Kotter (1999). What Leaders Really Do. A Havard Business Review Book. Pp 1. Lambert, L. (2003). Leadership capacity for lasting school improvement. Alexandria: Association for Supervision and Curriculum Development. Le Francois, G.R. (2000). Psychology for teaching. Tenth edition. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Rujukan : 

Rujukan Marilyn Katzenmeyer and Gayle Moller (2009). Awakening the Sleeping Giant: Helping Teachers Develop as Leaders Third Edition, Corwin Press. Pp. 6. Tony Bush (2007). Educational leadership and management: theory, policy, and practice. South African Journal of Education Vol 27(3). Pp. 391–406 Yin, C. C. (1996). School effectiveness & school-based management: A mechanism for development. London: Falmer Press.

authorStream Live Help