Kata hubung yang

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Penggunaan Kata Hubung Sewaktu Mengarang Karangan Naratif : 

Penggunaan Kata Hubung Sewaktu Mengarang Karangan Naratif Ghazali M.I Guru Bahasa Melayu

Kata Hubung : 

Kata Hubung Kata hubung digunakan untuk menghubungkan a. perkataan dengan perkataan b. frasa dengan frasa c. ayat dengan ayat.

Kata Hubung : 

Kata Hubung Terdapat dua jenis kata hubung a. gabungan Cth: dan, atau, tetapi, lalu, sambil, kemudian, serta b. pancangan Cth: kerana, supaya/agar, hingga, walaupun, selepas/setelah, semasa/sewaktu

Masa Berfikir….. : 

Masa Berfikir….. Sudahkah anda memahami penggunaan setiap kata hubung yang terdapat di slaid sebelumnya? Jika anda mengalami masalah tentang penggunaannya, sila emel kepada saya.

Kata Hubung Pancangan : 

Kata Hubung Pancangan Bilakah kita gunakan kata hubung yang dan bahawa? Lihat ayat di bawah ini: Azman tahu yang dia akan lulus dengan cemerlang. (SALAH) ‘yang’ digunakan untuk memberi keterangan yang lebih jelas pada kata nama (Azman)

Slide 6: 

Azman tahu bahawa dia akan lulus dengan cemerlang. (BETUL) ‘Bahawa’ digunakan untuk memberi keterangan atau penjelasan yang lebih lanjut. TIP: Kita gunakan bahawa apabila perkataan sebelumnya BUKAN Kata Nama (Orang, Benda, Bangungan dsbnya.) CTH: tahu bahawa , khabarkan bahawa, mengingatkan bahawa

Bilakah kita gunakan ‘yang’? : 

Bilakah kita gunakan ‘yang’? Azman yang berkaca mata itu sering dibuli oleh teman-temannya. Azman yang baru saya dipukul oleh teman-teman sedang duduk menangis. ‘Yang’ digunakan untuk memberi keterangan tentang yang lebih lanjut pada kata nama (Azman)

Cara Memanfaatkan ‘Yang’ : 

Cara Memanfaatkan ‘Yang’ 1. Sewaktu mengarang, anda digalakkan memberi deskripsi yang lebih jelas pada kata nama (objek, orang, bangunan, kenderaan dan sebagainya) dengan menggunakan yang. 2. Cuba kesan semua kata nama yang digunakan sewaktu anda mengarang. Berikan keterangan yang lanjut dengan menggunakan kata hubung ‘yang’

Contoh : 

Contoh 1. Aku menjengah ke luar tingkap untuk melihat kanak-kanak bermain di taman permainan. Kenal pasti kata nama dalam ayat ini. tingkap , kanak-kanak, dan taman permainan b. Kita boleh beri keterangan yang jelas pada kata nama tersebut.

Slide 10: 

2. Aku menjengah ke luar tingkap untuk melihat kanak-kanak bermain di taman permainan. 3. Aku menjengah ke luar tingkap yang berhabuk untuk melihat kanak-kanak yang masih kecil bermain di taman permainan yang baru sahaja diperbaiki.