kosa kata SPF

Views:
 
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

Pengayaan Kosa Kata : 

Pengayaan Kosa Kata Ghazali Mohd Ibrahim Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Springfield (2009) Selagi kita masih ada nyawa di badan, Usah kita mengalah! Terus berusaha tanpa mengira penat.

Kosa Kata dan Frasa Berbunga : 

Kosa Kata dan Frasa Berbunga 1a. Apa sahaja yang dilafazkan (dikeluarkan, ungkap) dari mulutnya adalah nista (dusta, tipu). 1b. Kata-kata nista yang diungkapnya mencengkam (genggam). sanubariku (jiwa). 2a. Fikiranku menerawang (bermain-main) memikirkan peristiwa yang berlaku pada siang hari tadi. 2b. Fikiranku menerawang memikirkan peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. 3. Fikiranku menyingkap (teringat) peristiwa yang berlaku pada tahun lalu. 4. Dalam keterpaksaan (Oleh kerana terpaksa) , aku harus meninggalkannya. 5. Aku mengorak langkah (mula bergerak) lalu pulang ke rumah. 6. Aku menghayunkan kakiku ke kantin. 7. Aku melabuhkan punggungku (duduk) di kerusi yang usang (tua) .

Slide 3: 

8. Aku menghela (menghembuskan) nafas yang berat kerana fikiranku kusut (tidak tenang) . 9. Aku menjengah (melihat ke luar, menjengok) ke luar tingkap untuk melihat kanak-kanak yang bermain di koridor. 10. Kendati (walaupun) dia terpaksa sering dihamun (dimarahi, dihina) oleh ibu tirinya, dia tetap menghormatinya seperti ibu kandungnya sendiri. 11. Dadaku menjadi sebak (berat kerana sedih) sebaik sahaja memikirkan keadaan diriku yang cacat. 12. Aku mencapai gagang telefon lalu menjawab panggilan dengan suara yang duka (pilu, sedih). 13. Wajah ibuku yang mulus (suci) , menenangkan jiwaku yang gusar (tidak tenang) . 14. Manik-manik suci bertamu (berkandung di kelopak mata) tatkala menerima berita yang hiba itu.

Sila baca dan fahami penggunaan kosa kata dan frasa yang terkandung di dalam slaid-slaid ini. : 

Sila baca dan fahami penggunaan kosa kata dan frasa yang terkandung di dalam slaid-slaid ini.