TAJUK 7 - PEMBENTUKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF (FATIN NURZAILA RAJAI

Views:
 
Category: Education
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

By: ybtansw (25 month(s) ago)

mohon kebenaran untuk download. TQ

By: fzayla (25 month(s) ago)

silakan :)

By: tawau2u (25 month(s) ago)

boleh ker benarkansya download ppt ni

By: Zaira230666 (26 month(s) ago)

Boleh tak tolong bnrkn sye dwnload bhn ni..tq..

By: irzan8002 (26 month(s) ago)

tolong benarkan saya download bahan ini....

By: fzayla (26 month(s) ago)

silakan... :)

 

Presentation Transcript

PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF:

PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DISEDIAKAN OLEH : FATIN NURZAILA BINTI RAJAIE MUHAMMAD AL-HASYIR HADIMIN ( PISMP BM/PJ/PSV SEMESTER 2 )

DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF:

DEFINISI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF Kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): kondusif membawa maksud sesuai. Robert M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): Pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Slide 3:

Kesimpulannya, bagaimana hendak mewujudkan keadaan yang sesuai di mana proses perubahan tingkah laku atau kebolehan murid-murid dapat dikekalkan.

PERSEKITARAN:

PERSEKITARAN Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah daripada segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa . Bukan itu sahaja, persekitaran di dalam dunia pendidikan paling sinonim merujuk kepada keadaan bilik darjah.

FIZIKAL:

FIZIKAL Kebersihan sekolah - meliputi bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah dan lain-lain lagi. Kebersihan amat penting di dalam sesuatu perkara. Jika tidak menjaga kebersihan secara tidak langsung tumpuan belajar akan terganggu. Kemudahan sekolah - kemudahan sekolah seperti buku-buku, komputer, meja, kerusi. Jika kemudahan tersebut mencukupi, murid-murid senang untuk memperolehi ilmu pengetahuan.

sosial:

sosial Bekerjasama - Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantu-membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Murid-murid bekerjasama untuk menuntut ilmu dan tidak lokek ilmu antara satu sama lain. Mesra - Dimanifestasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah. Hubungan guru dengan murid mesra dan tidak ada benteng di antara mereka.

Perkembangan intelek:

Perkembangan intelek Budaya ilmu - Merujuk kepada semangat ingin belajar. Sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Persekitaran sekolah yang selalu menitikberatkan pelajaran seperti budaya membaca buku akan menwujudkan satu keadaan yang kondusif kerana setiap murid mengamalkannya dan tidak berasa kekok apabila melihat satu sama lain mengamalkannya.

Penggunaan bahasa:

Penggunaan bahasa Bahasa - merangkumi penggunaannya secara betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan kerana memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas tersebut supaya satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.

CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN:

CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN Perhubungan yang saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan murid-muridnya. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekoah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan menerima sekolahnya sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram.

Slide 10:

Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. Kewujudan disiplin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran-pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. ( Mok Soon Sang, 2009 )

Slide 11:

Keadaan ini akan mewujudkan sesuatu pembelajaran yang kondusif dan murid-murid bersemangat serta lahir perasaan cinta berada di sekolah tersebut untuk menuntut ilmu. Kesimpulannya, iklim persekolahan ataupun persekitaran persekolahan yang dikatakan baik adalah sebuah sekolah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan teratur susunannya.

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF:

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF Menurut Noriati A. Rashid et. al (2009), ciri-ciri bilik darjah yang kondusif adalah seperti : Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pmbelajaran guru haruslah merancang dengan teliti Guru perlu menyediakan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan minat murid. Guru mesti bersiap sedia menghadapi menghadapi kerenah dan tingkah laku murid.

Slide 13:

Guru mesti memikirkan aktiviti yang mendorong penglibatan seperti perbincangan, perbahasan dan bermain Susunan kelas mestilah dapat memudahkan guru berinteraksi dengan murid Suasana bilik darjah mestilah dapat mewujudkan perasaan dihargai dan kepunyaan serta mampu memotivasikan murid Guru menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid Bersikap penyayang dan mudah mesra dengan murid supaya tiada jurang yang wujud di dalam hubungan dua pihak tersebut.

KEPIMPINAN GURU DAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH:

KEPIMPINAN GURU DAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH Jenis-jenis kepimpinan (strategi) di dalam bilik darjah. ( Mok Soon Sang – 2009)

autokratik:

autokratik Bermaksud corak pemerintahan yang mempunyai kuasa mutlak. Ini bermaksud kepimpinan autokratik seseorang guru merujuk kepada coraknya menguruskan kelas dengan kuasa penuh. Guru menetukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di mana murid tidak diberikan peluang untuk memberikan pendapat mereka. Kesannya interaksi di antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala, iaitu guru memberikan arahan manakala murid-muird mendengar dan mengikut arahan. Murid-murid juga bersifat pasif. Gagal mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

LAISESEZ-FAIRE:

LAISESEZ-FAIRE Bermaksud kebebasan diberi kepada aktiviti tanpa kawalan. Guru yang mengamalkan sifat ini ialah guru yang sudi memberi kebebasan sepenuhnya kepada muird-murid untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang difikirkan sesuai di dalam kelasnya. Kesannya, interaksi antara guru dengan murid adalah kurang kerana guru kurang melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hubungan murid dengan murid yang lebih meningkat kerana mereka banyak melakukan aktiviti secara berkumpulan di mana guru tidak dirujuk semasa perbincangan. Ini kerana corak kepimpinan ini ini tidak digalakkan berbincang dengan guru. Mengganggu persekitaran pembelajaran yang kondusif.

DEMOKRATIK:

DEMOKRATIK Bermaksud berkongsi kuasa di antara setiap ahli dalam sesuatu komuniti. Ini bermaksud guru bersedia berkongsi kuasa dengan murid-muridnya dalam pengurusan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesannya guru dengan murid sentiasa berbincang dan murid-murid sentiasa digalakkan memberikan pendapat mereka. Corak kepimpinan demokratik menghasilkan interaksi yang seimbang di antara guru dengan murid. Ini kerana mengamalkan interaksi dua hala. Murid-murid juga sentiasa memberikan pendapat dan bersifat aktif. Pembelajaran selalu dilakukan secara berkumpulan tetapi mendapat bimbingan daripada guru. Berjaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH:

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH Strategi umum – strategi autoritatif Ciri-ciri autoritatif : guru sentiasa memantau tingkahlaku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran. guru memupuk sikap tolak ansur dalam kalangan murid-murid. guru juga bersifat prihatin tetapi tetap menentukan batasan-batasan tertentu dalam hubungan guru dengan murid. Oleh itu, pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dilaksanakan kerana murid-murid akan menjadi lebih aktif dan mempunyai kawalan kendiri.

MENGURUS AKTIVITI KUMPULAN SECARA BERKESAN:

MENGURUS AKTIVITI KUMPULAN SECARA BERKESAN Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi berada dalam tahap kebolehan mereka dan skop sukatan pelajaran Kesimpulannya, jika guru dapat mengurus aktiviti kumpulan secara berkesan tanpa sebarang gangguan seperti bising terlampau, pembentukan persekitaran pembelajaran dapat dilaksanakan.

MEMBENTUK DAN MENGEKALKAN PROSEDUR DAN PERATURAN:

MEMBENTUK DAN MENGEKALKAN PROSEDUR DAN PERATURAN Prosedur merujuk bagaimana aktiviti-aktiviti dilaksanakan dalam bilik darjah. Namun tidak ditulis dalam bentuk hitam putih. Sesebuah bilik darjah akan sempurna jika guru menetapkan prosedur dan peraturan kepada murid-muridnya yang tidak membebankan murid.

Berikut merupakan prosedur & rutin yang selalu diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah ::

Rutin pentadbiran : rekod kehadiran Pergerakan murid-murid : peka Pengurusan bilik darjah : jadual bertugas PROSEDUR Berikut merupakan prosedur & rutin yang selalu diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah : Rutin pengajaran dan pembelajaran termasuk mengutip tugasan dan memulangkan kerja rumah : beritahu Interaksi antara guru dan murid : mesra Interaksi antara murid : bimbingan

Slide 22:

Peraturan merujuk kepada menyenaraikan tindakan murid yang dibenarkan atau dilarang dalam bilik darjah. Peraturan biasanya tertulis dan ditampal di tempat yang strategik dalam bilik darjah. Dalam membentuk peraturan, guru perlu pertimbangkan jenis suasan pengajaran dan pembelajaran yang ingin diwujudkan. Guru mesti mengenal pasti tingkah laku murid-murid yang menyumbangkan kepada keberkesanan pengajaran dan boleh mengganggu persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Slide 23:

Bersopan sepanjang masa : Serapkan kepada diri murid-murid dengan perkataan seperti “ terima kasih ”, “ minta maaf ”, “ tumpang tanya ” mengikut kesesuaian tempat dan masa digunakan . Hormati harta benda orang lain : Minta kebenaran sebelum menggunakan harta rakan sebaya , pulangkan buku yang dipinjam daripada Pusat Sumber , tidak menconteng pada dinding dan meja . Dengar apabila orang lain sedang bercakap : Diapliskasikan kepada guru dan rakan sebaya dalam bilik darjah semasa kerja kumpulan dan sebagainya . PERA TU RAN Jangan tolak , pukul atau cederakan orang lain : Guru sentiasa mengingatkan murid-murid supaya tidak bergaduh dan bertindak kasar . Walaupun terdapat perselisihan faham , penyelesaian haruslah menggunakan cara yang halus Patuhi peraturan sekolah dalam bilik darjah : Contohnya , murid-murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit di dalam sekolah begitu juga di dalam bilik darjah . :

MENINGKATKAN KERJASAMA:

MENINGKATKAN KERJASAMA Terdapat 3 strategi untuk meningkatkan kerjasama: Membina hubungan yang positif dengan murid-murid. Meminta murid berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama. Memberi ganjaran bagi tingkah laku yang sesuai.

Membina hubungan positif dengan murid:

Membina hubungan positif dengan murid Tanyakan murid-murid secara peribadi mengenai perasaan pada hari berkenaan, “ adakah anda mengalami peristiwa di rumah atau bilik darjah yang mengganggu ketenteraman jiwa?” Tulis nota ringkas yang mengandungi kata-kata peransang. Tingkatkan kekerapan memanggil nama murid-murid semasa sesi pengajaran.

Membina hubungan positif dengan murid:

Membina hubungan positif dengan murid Jadikan seorang pendengar yang aktif dan tumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh mereka walaupun perkara yang remeh temeh. Maklum kepada mereka bahawa anda bersedia untuk memberi sokongan moral serta bantuan, jika perlu.

Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama :

Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama Rasionalnya ialah: Komitmen mereka terhadap peranan sebagai murid akan bertambah tinggi. Mewujudkan perasaan kekitaan dan espirit de corps dalam kalangan mereka.

Bagi memperoleh kerjasama murid…:

Bagi memperoleh kerjasama murid… Libatkan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti bilik darjah. Galakkan mereka untuk menilai tingkahlaku mereka. Jangan menerima alasan yang diberi. Beri peluang murid-murid melibatkan diri dalam proses membuat keputusan mengadakan perjumpaan kelas.

Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang sesuai:

Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang sesuai Pemberian ganjaran juga boleh meningkatkan kerjasama dalam kalangan murid-murid. Garis panduan yang boleh dirujuk ialah: Pilih pengukuh yang berkesan Gunakan galakan dan pembentukan tingkah laku secara berkesan. Gunakan ganjaran untuk maklumkan penguasaan pembelajaran, bukan mengawal tingkah laku.

kesimpulan:

kesimpulan Guru yang berkesan mempunyai pengurusan bilik darjah yang baik. Sebahagian pengurusan bilik darjah ialah untuk membentuk dan mengekalkan persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk proses P&P. Murid-murid dapat melibatkan diri secara konsisten dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.

Sekian. . . Fatin nurzaila rajaie muhammad al-hasyir hadimin (pismp bm/pj/psv) :

Sekian. . . Fatin nurzaila rajaie muhammad al-hasyir hadimin (pismp bm/pj/psv)