17.STRATEGI PENGURUSAN PERUBAHAN INOVASI

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN By Mohd Latif

slide 2:

Definisi Inovasi Menurut Ronger E. Miller 1971 inovasi merupakan idea amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

slide 3:

Rumusan Definisi Inovasi •Merupakan penghasilan baru •Berbentuk maujud. •Berdasarkan proses penyusunan semula •Dengan menggunakan unsur yang sedia ada •Terjelma sebagai unik memudahkan dan bernilai.

slide 4:

Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan •Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. •Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global. •Dalam sistem pendidikan di Malaysia kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. •Sehubungan dengan itu pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.

slide 5:

Kepentingan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan •Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. •Menginstitusikan idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan. •Memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan. •Melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif.

slide 6:

Antara Strategi Perubahan : •Strategi Kekuasaan •Strategi Pujukan •Strategi Pendidikan Semula •Stategi Memudah Cara

slide 7:

Strategi Kekuasaan  •Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang.  •Agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran pada perubahan yang positif atau hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan.  •Contoh -Mengenakan sistem kad perakam waktu.

slide 8:

Strategi Pujukan •Memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang ketua atau agen perubahan. •Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan dan kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu dilaksanakan. •Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak disampaikan serta kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras. •Contoh-Membudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid.

slide 9:

Strategi Pendidikan Semula •Strategi penggunaan maklumat baharu yang telah disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut untuk menentukan rancangan mereka sendiri. •Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi merenung tindakan-tindakan yang telah diambil sejauh mana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada. •Contoh-Guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

slide 10:

Stategi Memudah Cara •Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran - barangan dan perkhidmatan teknikal. •Tindakan ini untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang. •Contohnya-Guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

slide 11:

SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA Adaptasi inovasi. Pembangunan dalam sistem pendidikan negara. 2003 - Berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti JNJK. Diperakui / diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan Sekolah

slide 12:

Tujuan Sukatan aras tahap kecemerlangan kepada sekolah. Taraf atau standard pengajaran yang memusat. Akta Pendidikan 1996 – Sub seksyen 117 dinyatakan secara eksplisit Pengaplikasian sendiri sistem pemastian standart kualiti oleh sekolah tanpa nazir. Fokus pemantapan profesionalalisme tenaga pendidik. Mencetuskan kesedaran memelihara kualiti pendidikan di sekolah.

slide 13:

Memperkasa sekolah globalisasi Dasar besar negara -Pembangunan modal insan -Wawasan 2020 Kecekapan pengurusan sekolah peningkatan tahap pencapaian murid Motivasi dan komitmen sekolah dalam penjagaan kualiti pendidikan. Budaya mementingkan kualiti pengurusan pendidikan di sekolah Sekolah yakin pemastian kualiti tindakan diuruskan sendiri

slide 14:

Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia Sistem e-penarafan Standard Kualiti Sekolah

slide 15:

Dokumen SKPM Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti JNJK menyediakan dokumen-dokumen ini. Mempunyai 3 bentuk dokumen –SKPM 1 –SKPM 2 –SKPM 3

slide 16:

SKPM 1 Pernyataan standard yang memperihalkan standard.

slide 17:

SKPM 2 Instrumen Pemastian Standard IPS menjadi panduan untuk sekolah mengukur pencapaian standard kualiti sekolah khususnya melalui penarafan kendiri. IPS dimaksudkan sebagai instrumen induk yang disokong dengan instrumen iringan annex misalnya mata pelajaran iklim sekolah kepimpinan sekolah. Instrumen ini dapat dijadikan panduan kepada sekolah untuk mengukur status proses dan output

slide 18:

SKPM 3  Rancangan pemaju sekolah RPS untuk sekolah melakukan penambahbaikan selepas pengukuran dibuat.  RPS merupakan proses bersepadu collaborative bagi memastikan –pendidikan berkualiti dan menyeluruh –Proses berterusan melaksanakan dasar kerajaan  RPS – tujuan –Pantau menilai dan mengkaji semula setiap dasar dan program –Memastikan sejauh mana program yang diadakan mencapai matlamat  RPS memberi peluang kepada pihak kepimpinan sekolah menentukan perancangan sendiri kerana setiap sekolah adalah unik.

slide 19:

Rumusan SKPM  SKPM yang dibangunkan oleh JKNK adalah berupa suatu usaha penambahbaikan untuk memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan dalam memainkan peranan untuk menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti

slide 21:

Laporan penuh pppm 2013-2025  http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary- Blueprint-BM.pdf

authorStream Live Help