13.INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN STRATEGI PENGAJARAN INOVASI.. ..PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN.. Disediakan oleh : Rosdianah binti Rasit

slide 2:

PENGENALAN Pada abad ke-21 ini negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi liberalisasi pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia KPM menyediakan program pembangunann pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan celik ICT berkemahiran dan berakhlak mulia . Pelan Induk Pembangunan Pendidikan : 2007

slide 3:

PENGENALAN Justeru para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk berubah dengan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada sesuatu yang kreatif dan berinovatif Guru perlu berperanan sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperolehi sendiri oleh pelajar melalui pelbagai media elektronik dan media cetak. Guru perlu sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapi masa depan yang sentiasa mencabar melalui aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah.

slide 4:

• STRATEGI PENGAJARAN INOVASI

slide 5:

Dalam kepesatan pembangunan guru berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalammemastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan amalan pengajaran yang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahan multimedia. Gaya pembelajaran di dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada teknik pemusatan pelajar. Oleh itu amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui strategi pengajaran yang berinovasi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

slide 6:

Apa itu Inovasi Inovasi diertikan sebagai satu proses membuat perubahan kepada sesuatu perkara dengan mempoerkenalkan sesuatu yang baharu. Perkara ini menyebabkan perubahan yang mendadak kepada produk proses dan servis.

slide 7:

INOVASI DALAM PENDIDIKAN  Inovasi Pendidikan hasil perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan.  Inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk: Pengenalan teknologi Perubahan dalam sistem penyampaian Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti

slide 8:

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN Strategi Pengajaran Inovatif Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Elektronik Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang Web Teknologi dalam Pengajaran Ciri-ciri Reka Bentuk Resos dalam Pendidikan Persekitaran Pembelajaran Penaksiran Pembelajaran Ciri-ciri Perkembangan Persekitaran Pembelajaran Persekitaran Persona Persekitaran Bilik Darjah Maya Reka Bentuk Penaksiran Pembelajaran Penaksiran Prestasi Penaksiran Portfolio Penaksiran Komputer Penaksiran Kendiri

slide 9:

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF

slide 10:

Klik video

slide 11:

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK PBL

slide 12:

Satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan autentik asli yang kompleks dan direka bentuk untuk menghasilkan produk atau tugasan.

slide 13:

Jenis PBL 1 Projek ringkas berdasarkan satu mata pelajaran. Projek jangka masa panjang berbentuk rentasan kurikulum.

slide 14:

Ciri- ciri PBL Membawa kepada penghasilan yang positif Mempunyai impak kapada kemahiran hidup pengurusan diri proses kumpulan dan penyelesaian masalah. Menggunakan alat kognitif biasanya berasaskan teknologi Menggunakan penaksiran berasaskan prestasi

slide 15:

Ciri- ciri PBL Berpusat kepada kurikulum dan pelajar Jangka masa panjang Bertitik tolak satu persoalan yang mencabar dan konstrutif Berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif dan kolaboratif Bersepadu dengan isu sebenar dan amalan sebenar dalam persekitaran.

slide 16:

Langkah Pelaksanaan PBL MEMBUAT REFLEKSI MEMBUAT PERKAITAN MENEROKA MASALAH MENGANALISIS MASALAH . TUGASAN

slide 17:

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBL • Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka • Menggunakan strategi penyoalan yang mampu mencungkil daya fikir pelajar • Memastikan pelajar mempunyai pengetahuan yang diperlukan sebelum memberikan tugasan PBL

slide 18:

 Menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar  Belajar teknik pengurusan yang mutakhir  Mewujudkan suasana bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran dan penerokaan bukan jawapan yang betul dan pertandingan Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBL

slide 19:

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH PROBLEM-BASED LEARNING

slide 20:

Pembelajaran Berasaskan Masalah Ia mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan pembelajaran berasaskan projek. Kedua-dua istilah saling bersilih ganti penggunaannya. PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH dikatakan sebagai satu strategi pembelajaran melalui ‘membuat’ atau ‘melakukan’ learning by doing

slide 21:

Ciri- ciri PBL  Masalah yang realistik  Masalah yang mencabar  Pelajar perlu mencari maklumat baharu untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah  Tanggungjawab belajar ialah tanggungjawab pelajar  Guru membantu membimbing dan membuat scaffolding

slide 22:

Ciri-ciri PBL  Kemahiran mencari maklumat dan menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber  Proses mengenal pasti isu-isu pembelajaran dan menyelasaikan masalah adalah penting dalam mencari jalan untuk menyelesaikan masalah  Pelajar belajar dalam kumpulan koperatif dan kolaboratif

slide 23:

LANGKAH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH MAKLUM BALAS UNTUK REFLEKSI SEDIAKAN RESOS PEMBELAJARAN SEDIAKAN BIMBINGAN ISI PELAJARAN DAN STRATEGI SEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SELAMAT JELASKAN HASIL PEMBELAJARAN KEMUKAKAN MASALAH

slide 24:

PEMBELAJARAN ELEKTRONIK E-LEARNING

slide 25:

klik video

slide 26:

Pembelajaran Elektronik • Pembelajaran yang berlaku dengan menggunakan komputer dan internet • Pembelajaran elektronik merujuk kepada semua jenis pembelajaran yang dicapai melalui internet jaringan komputer CD ROM televisyen interaktif atau siaran satelit

slide 27:

Bentuk Pembelajaran Elektronik SERENTAK synchronous Pertukaran idea maklumat atau perbincangan berlaku antara 2 atau lebih peserta secara serentak pada masa yang sama. Contoh : chat video konferensi telekonferensi

slide 28:

TIDAK SERENTAKAsynchronous Pertukaran idea atau maklumat berlaku pada masa tertangguh. Tindak balas kepada soalan atau maklumat yang diketengahkan berlaku pada masa yang berbeza. Contoh: e-mel SMS MMS forum maya laman sesawangweb

slide 29:

Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik  Pembelajaran berlaku mengikut kadar kendiri pelajar.  Pembelajaran berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar  Pelajar sendiri menentukan cara masa tumpuan dan kemahiran  Boleh dicapai di mana-mana sahaja ada talian internet  Memerlukan kemahiran menggunakan komputer

slide 30:

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang Web

slide 31:

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang Web Ia merupakan satu jenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video persembahan power point penerangan audio. Pembelajaran berlaku sepenuhnya melalui lawan web.

slide 32:

Fungsi Pembelajaran Berasaskan Laman Web Pengumuman berdasarkan masa sebenar Teks videopower point fail audio Bilik sembang chat room Kuiz automatik E-mel individu

slide 33:

Kemudahan pembelajaran berasaskan laman web  Maklumat pembelajaran penaksiran dan perkongsian idea dan pandangan menjadi lebih mudah pantas dicapai dan disebarkan.  Guru dan pelajar mudah berkomunikasi  Pembelajaran lebih luas dan kaya sumber pembelajaran yang pelbagai

slide 34:

• PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

slide 36:

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Perkembangan dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran:  Persembahan penyampaian - power point dan grafik lain tayangan video memainkan audio rakaman menggunakan smart board interaktif.

slide 37:

 Penggunaan sumber Internet dalam pengajaran- penggunaan e-mel papan maklumat dalam talian blog dan portal dan alat komunikasi yang lain.  Perpustakaan maya laman sesawang e-buku dan e- jurnal.  Database dan dataset dalam pengajaran.  Electronic voting system sistem undian elektronik  Menggunakan podcasting dan vodcasting

slide 38:

PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN Mengubah peringkat membuat keputusan Penggunaan media selalunya dijalankan semasa kurikulum dilaksanakan. Penggunaan media sesuka hati tiada perancangan rapi dan sistematik Teknologi pengajaran perlu dilaksanakan pada peringkat perancangan kurikulum. Untuk menjamin pp yang berkesan.

slide 39:

KESIMPULAN Teknologi pengajaran boleh memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai teknik-teknik pengajaran yang maju serta perisian yang relevan dan pengurusan yang cekap. Wajarlah bagi seorang guru untuk menimba lebih banyak ilmu serta menguasai kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang seperti ICT. Perubahan yang ingin dilakukan mestilah seiring dengan sikap yang positif serta amalan yang berterusan

slide 41:

RUJUKAN LAMAN WEB: http://bostanoordinblog.blogspot.com/2011/0/bab-5-inovasi-dalam- pendidikan.html http://azmarieina80.blogspot.my/2013/02/pembelajaran-berasaskan- masalah-pbl_11.html https://prezi.com/i2-qphxsxl06/pembelajaran-elektronik-e-learning/ BUKU : Syed Ismail bin Syed Mustapa Ahmad Subki bin Miskon. 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid et al 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor. Penerbitan Oxford Sdn Bhd.

slide 42:

SEKIAN TERIMA KASIH

authorStream Live Help