3.ISU DAN CABARAN SEMASA

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

1.1 ISU DAN CABARAN SEMASA 1.1.1 Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan Menurut Kamus Dewan 2007 isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan untuk itu Pelan Pembangunan Pendidikan PPP 2013- 2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

slide 2:

PPPMM 2013-2025

slide 3:

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan PPP 2013-2025 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan meningkatkan standard kualiti merapatkan jurang pencapaian ekuiti menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem. 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.

slide 4:

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam KPM yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam. Sejak tahun 1997 dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan ialahledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.

slide 5:

video

slide 6:

1.2 INTEGRASI NASIONAL Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

slide 7:

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional: 1. Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain. 2. Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama- agama lain. 3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. 4. Peningkatan kes gelaja sosial 5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang. 6. Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional 2005

slide 8:

1.2.1 Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan dapat merapatkan kaum

slide 9:

Konsep Sekolah Wawasan Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhannya untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya bahasa dan pemikiran kaum lain.

slide 10:

1.2.2 Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh berdaya saing berkeyakinan tinggi damn berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara yang glokal.

slide 11:

Berdasarkan panduan KPM peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi: 1. Memperkasa bahasa kebangsaan. 2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. 3. Memupuk kecintaan kerhadap seni warisan budaya dan bangsa.

slide 12:

1.2.3 Konsep 1 Malaysia Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan hubungan antara kaun bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.

slide 13:

Konsep 1 Malaysia Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan ketabahan rendah diri penerimaan kesetiaan meritokrasi pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Dengan perlaksanaan 1 Malaysia semua rakyat harus mendasari prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan togetherness dan kekitaan sense of belonging bagi mencapai konsep ini.

slide 14:

Sekian terima kasih

authorStream Live Help