1.GURU DAN PERUNDANGAN

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

GURU DAN PERUNDANGAN • Peraturan-peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993 • Akta Pendidikan 1996

slide 2:

Sebagai penjawat awam guru mesti mematuhi peraturan- peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 Pindaan 2002 Guru mesti mengamalkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Kawalan tatatertib ini merupakan satu alat pengurusan untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan.

slide 3:

Melaksanakan tugas dengan cekap beramanah dan bertanggungjawab. Meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

slide 4:

Antara peraturan tersebut Warta Kerajaan P.U. A 395 Pindaan 2002 adalah:- Peraturan 41 Seseorang penjawat awam guru hendaklah sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong negara dan kerajaan.

slide 5:

Peraturan 42 Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi. Tidak melakukan percanggahan kepentingan peribadi dan kepentingan awam. Tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. Perlu menjaga nama baik profesion.

slide 6:

Peraturan 42 Perlu cekap atau sentiasa berusaha. Mesti jujur amanah dan bertanggungjawab. Tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberikan tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh tidak ingkar perintah serta perlu tekun tidak cuai dalam melaksankan tanggungjawab.

slide 7:

Peraturan 4A Gangguan Seksual Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Secara umumnya gangguan seksual adalah:-  Mengambil kira segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung terhina atau terugut.  Gangguan seksual ini tidak hanya terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.

slide 8:

Peraturan 4A Gangguan Seksual  Gangguan seksual termasuk perbuatan dalam menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat sekdual kepada atau di hadapan orang lain.  Gangguan seksual tidak kira sama ada dilakukan secara lisan bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat sekdual kepada orang lain.

slide 9:

Peraturan 5 Pekerjaan Luar  Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar. Walau bagaimanapun seseorang pegawai itu dibolehkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran ketua jabatan.  Ketua jabatan akan memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan :-  Dalam waktu pejabat dan semasa menjalankan tugas rasmi.  Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam.  Tidak bercanggah dengan kepentingan penjawat awam.

slide 10:

Peraturan 23 Ketidakhadiran Tanpa Cuti  ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud seseorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi.  ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan atau tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib.

slide 11:

Peraturan 23 Peraturan-peraturan Lain yang Tidak Berkaitan Perlu mematuhi etika berpakaian. Dilarang menggunakan apa jua jenis dadah kecuali yang dipreskripsikan oleh pengamal perubatan. Tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi. Tidak boleh terlibat dengan perhutangan kewangan yang serius.

slide 12:

Peraturan 23 Peraturan-peraturan Lain yang Tidak Berkaitan Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah sama ada dengan atau tanpa cagaran. Tidak boleh mengadakan atau mengelolakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain tujuan kebajikan.

slide 13:

Perlanggaran mana-mana peruntukan yang termaktub dalam Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan tatatertib yang dikenakan akan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu mengikut jenis-jenis salah laku.

slide 14:

Amaran Denda Lucut hak emolumen Tangguh pergerakan gaji Turun pangkat Buang kerja

slide 15:

PIHAK BERKUASA TATATERTIB BOLEH MENGENAKAN MANA- MANA SATU HUKUMAN APA-APA KOMBINASI DARI DUA ATAU LEBIH DARIPADA DUA HUKUMAN TATATERTIB ATAU

slide 16:

ASAS-ASAS PIHAK BERKUASA TATATERTIB MENJATUHKAN HUKUMAN JKTT DIBERI BUDIBICARA SELUAS- LUASNYA UNTUK MENIMBANGKAN HUKUMAN SESUAI DENGAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN. SETIAP KES DIPUTUSKAN ATAS "MERIT“ SESUATU KES

slide 17:

SIFAT-SIFAT HUKUMAN TATATERTIB

slide 18:

PERATURAN 40a - AMARAN HUKUMAN AMARAN MEMBAWA MAKNA PEGAWAI DIDAPATI BERSALAH DAN MENGINGATKANNYA BAHAWA HUKUMAN YANG LEBIH BERAT AKAN DIKENAKAN JIKA BELIAU MENGULANGI KESALAHAN  AMARAN PERTAMA  AMARAN KERAS  AMARAN TERAKHIR  DLL

slide 19:

PERATURAN 40c - LUCUTHAK EMOLUMEN 414. HAD LUCUTHAK EMOLUMEN -  JIKA DIKENAKAN BAGI KES TIDAK HADIR BERTUGAS:  Hendaklah dikira tempoh sebenar pegawai tidak hadir atau  Budibicara LTT. 415 JIKA TELAH DILUCUTKAN DI BAWAH HAL CUTI DI BAWAH PERATURAN 26 TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN INI LAGI. ii. DIPOTONG DARIPADA EMOLUMEN BULANAN

slide 20:

PERATURAN 40d - PENANGGUHAN PERGERAKAN GAJI CARA PERLAKSANAAN: 421 Tempoh 3 bulan 6 bulan 9 bulan atau 12 bulan Pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya a Berubah kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir selepas habis tempoh hukuman b Hendaklah kekal pada tarikh yang diubah sehingga mencapai tangga gaji maksimum Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji 422 Kuatkuasa 424 Tarikh Pergerakan Gaji 423 Dalam Tempoh Hukuman

slide 21:

CARA PERLAKSANAAN: c Tempoh antara 12 bulan hingga 36 bulan tarikh yang ditetapkan oleh JKTT Berubah kepada tarikh berikutnya selepas habis tempoh hukuman Secara mendatar dalam peringkat yang sama 432 Kuatkuasa 433 Tarikh Pergerakan Gaji 431a Turun Gaji Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji 434 Dalam Tempoh Hukuman PERATURAN 40e - TURUN GAJI b Turun Gaji Tidak melebihi 3 pergerakan gaji

slide 22:

CARA PERLAKSANAAN: 44aTurun Gred Menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan yang sama. 44bPenetapan Gaji Mata gaji diletakkan dalam jadual gaji gred yang diturunkan yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum diturunkan pangkat. PERATURAN 40f - TURUN PANGKAT

slide 23:

PERATURAN 40g - BUANG KERJA i. PEGAWAI DIKELUARKAN/ DIBUANG DARIPADA PERKHIDMATAN PERBADANAN ii. TARIKH BUDIBICARA JKTT  Tidak boleh dibelakangkan daripada tarikh Mesyuarat JKTT. iii. AKIBATNYA HILANG HAK SEBAGAI PEGAWAI PERBADANAN

slide 24:

AKTA PENDIDIKAN 1996

slide 25:

AKTA PENDIDIKAN 1996  Adalah satu perundangan pendidikan yang lengkap dikemas kini dan bersifat futuristik.  Menegaskan bahawa ilmu merupakan penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.  Demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi ekonomi keadilan sosial kekuatan rohani moral dan etika.  Juga merupakan suatu misi negara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualitinya.

slide 27:

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1 Pendidikan Prasekolah 2 Pendidikan Rendah 3 Pendidikan Menengah 2 bahagian 4 Pendidikan Lepas Menengah stpm matrik 5 Pendidikan Tinggi diploma dan ijazah

slide 28:

SEKOLAH 1 Sekolah Kerajaan ditubuh dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kerajaan 2 Sekolah Bantuan Kerajaan menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh 3 Sekolah Swasta persendirian danpembiayaan sepenuhnya oleh pihak persendirian

slide 29:

PENDIDIKAN KHAS - Tempoh untuk murid dalam Pendidikan Khas tidak boleh kurang daripada tempoh pendidikan rendah dan pendidikan menengah. - Kurikulum bagi Pendidikan Khas hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabah dari segi praktiknya.

slide 30:

PENGAJARAN AGAMA ISLAM - Sekiranya terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut agama Islam.

slide 31:

PENGAJARAN AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM - Sesebuah sekolah boleh melaksanakan pengajaran agama lain untuk murid-muridnya tetapi peruntukan tersebut tidak dibiayai oleh kerajaan. - Tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya melainkan mendapat keizinan bertulis oleh ibu bapanya.

slide 32:

BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA - Hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau institusi lain yang telah dikecualikan.

slide 33:

KURIKULUM KEBANGSAAN UNTUK SEMUA SEKOLAH - Hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

slide 34:

IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 KE ATAS SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

slide 35:

FPK menjadi landasan akta Kurikulum diselaraskan Pendidikan Khas diberikan tumpuan Pendidikan Islam diperluas Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh

authorStream Live Help