11.TUTORIAL 12

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 2:

Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut.

slide 3:

Organisasi pendidikan membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang mempunyai objektif mentadbir mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuah sekolah diserahkan kepada Guru Besar dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugas mengajar dipikul oleh guru-guru di sekolah tersebut. Murid- murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan.

slide 4:

Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia

slide 5:

• Dalam sistem pendidikan negara kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian paling bawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pendidikan membuat dasar pendidikan dengan diterajui oleh Menteri Pendidikan. • Dasar-dasar yang digubal itu diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri JPN untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannya kepada Pejabat Pendidikan Daerah PPD manakala PPD akan memastikan sekolah-sekolah melaksanakan dasar pendidikan tersebut. • Dalam keempat-empat peringkat itu hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di mana murid ini akan menerima proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

slide 6:

• Sekolah berperanan menyusun gerakan pendidikan untuk membangun memupuk dan menyuburkan seluruh potensi keinsanan dari sudut-sudut rohaniah mahupun jasmaniah sehinggalah pontensi itu dapat membina kemampuan kendiri boleh berdikari untuk terus subur dan berkembang. • Di samping itu mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan suasana persekitaran sehingga insan yang dilahirkan dari kesan pendidikan itu akan sentiasa berusaha membangun diri keluarga organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan kemampuan masing-masing.

slide 8:

Antara peranan sekolah sebagai organisasi pendidikan ialah: • sebagai pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia yang kompetan dan berilmu • menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat. • menjadi katalis pemangkin perubahan. • menjadi pusat pembinaan budaya ilmu dan penggerak kepada gerakan memajukan prinsip pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. • berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam pembinaan tamadun bangsa. • menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial masyarakat dan politik dan juga membangkitkan kesedaran perjuangan. • menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi latihan khidmat bimbingan dan rundingcara serta penyelidikan • melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan beradab berketrampilan bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

slide 9:

ORGANISASI SEKOLAH Pengertian Organisasi Sekolah Pentingya Organisasi Sekolah Ciri-ciri Organisasi Sekolah Yang Baik Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Susunan Organisasi Sekolah

slide 10:

Menurut beberapa ilmuwan : • Organisasi berasal dari bahasa Latin “organum” artinya alat bagian atau anggota tubuh. • Organisasi menurut Weber 1968 dalam Stoner Freeman 1995 adalah struktur birokrasi. • Wendrich et al. adalah proses mendesain kegiatan-kegiatan dalam struktur organisasi untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan • Sutarto mendefinisikan organisasi sebagai kumpulan orang proses pembagian kerja dan system kerja sama atau sistem sosial. • Griffin dan Morhead ialah sekelompok orang yang bekerja sama untuk mencapai tujuan organisasi. Pengertian Organisasi Sekolah

slide 11:

Pengertian Organisasi Sekolah • Organisasi sekolah merupakan proses kerja sama dua orang atau lebih untuk mencapai tujuan organisasi secara efektif dan efisien dalam bidang pendidikan. Kerja sama Dua orang atau lebih Secara sadar Terorganisir Tujuan yang hendak dihendaki Unsur organisasi :

slide 12:

PENTINGNYA ORGANISASI SEKOLAH Jalannya sekolah itu lancar menuju kepada tujuannya. Agar tidak terjadi overlapping tabrakan Menghindari tindakan sewenang-wenang otoriter kepala sekolah Terciptanya suasana demokrasi dalam menjalankan roda sekolah

slide 13:

Ciri-ciri Organisasi sekolah yang baik • Berfokus pada pelanggan • Berfokus pada upaya pencegahan masalah • Investasi pada manusia dan menganggap manusia sebagai aset organisasi • Memiliki strategi untuk mencapai mutu • Memperlakukan keluhan sebagai umpan balik untuk memperbaiki diri responsif • Memiliki kebijakan dalam perencanaan mutu • Membentuk fasilitator yang bermutu • Mengupayakan proses perbaikan terus- menerus dengan melibatkan semua pihak terkait partisipatif. • Mendorong orang berinovasi dan berkreasi • Memperjelas peranan dan tanggung jawab setiap orang • Memiliki strategi evaluasi yang objektif dan jelas • Memiliki rencana janka panjang • Memiliki visi dan misi • Memandang mutu sebagai bagian dari kebuayaan • Terbuka dan tanggung jawab

slide 14:

Faktor-faktor yang mempengaruhi susunan organisasi sekolah Letak dan lingkungan sekolah Tingkat Sekolah Jenis Sekolah Besar dan kecilnya sekolah

slide 15:

• Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran. • Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif kreatif dan inovatif. • Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik. • Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

slide 16:

• Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek- aspek teori-teori pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran. • Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran. • Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

slide 17:

• Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang mempunyai nilai-nilai murni bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan. • Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi sihat berpengalaman dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

slide 18:

• Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. • Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri self-image kesedaran diri self-awareness sebagai salah satu aspek motivasi diri. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

authorStream Live Help