5.SIAPAKAH GURU

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

SIAPAKAH GURUCIKGUPENGAJAR

slide 2:

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESSIONAL GURU BINCANGKAN KEPENTINGAN ETIKA DAN KOD ETIKA KEPADA SESEORANG GURU

slide 3:

BAGAIMANAKAH SIFAT SEORANG GURU YANG BAIK “Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati pandai berjenaka sabar bertanggungjawab yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan ” - Mok soon sang 1988-

slide 4:

PENGENALAN  Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya dan bertamadun tinggi.

slide 5:

KONSEP ETIKA  Perkataan etika berasal dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu “ethic”. Perkataan ethic itu pula berasal daripada perkataan Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

slide 6:

KONSEP ETIKA  Etika adalah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu.  Masyarakat menggunakan etika untuk menganalisis menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia mengikut peraturan yang ditetapkan.

slide 7:

KOD ETIKA PERGURUAN

slide 8:

KOD ETIKA KEGURUAN  Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri.  Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status akhlak dan maruah dalam profesion keguruan.

slide 9:

KOD ETIKA KEGURUAN  Di Malaysia “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

slide 10:

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN: IKRAR “Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu yang taat setia yang bertanggungjawab dan berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.”

slide 11:

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN: IKRAR “dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh- penuhnya maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:”

slide 12:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR  Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.  Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani mental emosi politik ekonomi sosial keturunan atau agama.  Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

slide 13:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR  Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.  Menunjukkan satu cara pakaian pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. .

slide 14:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR  Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas persidangan mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

slide 15:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA  Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak- anak mereka.  Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.  Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

slide 16:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA  Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.  Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.  Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

slide 17:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA  Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar masyarakat negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.  Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia bertanggungjawab dan berguna menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama.

slide 18:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA  Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.  Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa institusi pendidikan dengan masyarakat.

slide 19:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA  Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.  Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

slide 20:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN  Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

slide 21:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN  Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.  Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.

slide 22:

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN  Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.  Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

slide 23:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN  Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan kerana kod ini sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.  Kod etika menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.  Dalam erti kata lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

slide 24:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN  Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di Negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di Negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di Negara ini ataupun Negara lain.  Kod Etika dalam dokumen usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesioan boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

slide 25:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN  Menerusi kod etika guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Secara tidak langsung perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan Negara.

slide 26:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN  Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalm sesebuah organisasi. Pengalaman etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan Antara ahli dalam organisasi. INTAN 1991

slide 27:

ETIKA DAN KOD ETIKA MAMPU MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN GURU YANG KOMPETEN DAN BERKESAN

slide 28:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN “Guru yang berpekerti mulia berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu demokratik progresif dan berdisiplin."

slide 29:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN  Antara perkara yang boleh dilihat dalam memastikan perlaksanaan perkhidmatan guru yang cemerlang ialah: Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Mempertingkatkan profesionalisme. Berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif.

slide 30:

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN Mahir menggunakan IT Berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak.

slide 31:

KESIMPULAN

authorStream Live Help