2.PENYAAHGUNAAN WANG DAN MASA DI SEKOLAH

Views:
 
Category: Entertainment
     
 

Presentation Description

No description available.

Comments

Presentation Transcript

slide 1:

PENYALAHGUNAAN MASA DAN WANG DI SEKOLAH Disediakan oleh : Rosdianah binti Rasit

slide 2:

 Menurut Ornstein dan Levine 1993 konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion.  Antara ciri – ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli

slide 3:

 Guru juga adalah seorang yang profesional.  Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri.

slide 4:

Isu  Penyalahgunaan masa di sekolah  Penyalahgunaan wang di sekolah

slide 5:

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah  Tidak menepati masa memasuki kelas  guru tidak menyampaikan isi pengajarandengan bersungguh- sungguh  guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian  guru tidak menepati masa keluar daripada kelas  guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerjayang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebookber’chatting’ bergosip melepak di kantin  guru melakukan kerja sambilan dimalam hari misalnya mengajar tuisyen berniaga di pasar malam hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan PP di siang hari

slide 6:

 terdapat dua punca utama  individu dan pentadbir.  Pertama individu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli kurang komitmen dalam kerjakurang nilai dalam kehidupan dan etika kerja yang lemah

slide 7:

 pihak pentadbir  Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan

slide 8:

Kesan-kesan  merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah.  Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka

slide 9:

Langkah-langkah mengatasi  pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan darisemasa ke semasa  pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihatkepada guru yang bermasalah  pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang.

slide 10:

 menjadi teladan kepada rakan sejawat  sentiasa muhasabah diri  perlu bijak dalam memilih kawan  menyediakan log aktiviti

slide 11:

Penyalahgunaan wang  Sebagai contoh seorang guru telah ditahan olehpihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yangmengandungi butir palsu Berita Harian 2008.  contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar .

slide 12:

 melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian mengemukakantuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri  guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid

slide 13:

Punca-punca  sikap tamak dan ingin hidup mewah  tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup  kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang  lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya

slide 14:

 penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah.  pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah

slide 15:

Langkah-langkah mengatasi  pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan monitoring  guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan  menyelia tugas-tugas pungutan sekolah  membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru- guru

slide 16:

 Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah  Rakan sejawat  memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang

slide 17:

Kesimpulan  Guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan.  Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang disekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa

authorStream Live Help